Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
bermula 24 Ogos 2017, sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan bersama #YouCanDuit peringkat negeri Perlis telah bermula. Majlis yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua penduduk sekitar. Pameran binatang ternakan, pohon-pohon, kraftangan, pelbagai jenis juadah dan makanan serta bagaimana untuk menjana pendapatan melalui platform digital menerusi program #YouCanDuit.
Majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra ini boleh dihadiri dengan percuma. Peluang untuk menambah pengalaman dan ilmu terutama dalam mendalami ekonomi digital dan bagaimana anda boleh menambah pendapatan hanya dengan mengusahakannya dari rumah.

Berpindah ke Perlis dari ibukota Kuala Lumpur
Salah seorang usahawanita yang telah berkongsi pengalaman dan cerita beliau bagaimana selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau dengan dorongan keluarga telah melibatkan diri dalam perniagaan online. Ketika itu, beliau tanpa sebarang pengalaman telah menceburkan diri dalam perniagaan atas talian.
Sokongan daripada keluarga membolehkan anak gadis muda yang baru berumur 23 tahun ini bertekat untuk menjadikan perniagaan online sebagai aktiviti menjana pendapatan beliau. Setelah bersusah payah, beliau berjaya menjana pendapatan 3 angka pada ketika itu.
Selepas sekian ketika, anak gadis ini ingin mengembangkan perniagaannya dan mula mencari cara dan kaedah bagaimana beliau boleh mencapai tujuan tersebut. Peluang untuk bertemu booth #YouCanDuit pada tahun 2016 tidak disia-siakan. Beliau telah mendaftarkan diri ke dalam kelas anjuran MDEC untuk membantu semua rakyat tak kira bangsa di tanahair tercinta, Malaysia.

Mula menghadiri kelas untuk belajar bagaimana proses pemasaran digital berlaku
Nur Izzati atau lebih mesra dipanggil Izzati mula menghadiri kelas anjuran MDEC di bawah program eUsahwan. Setiap apa yang dipelajari mula dipraktikkan dan yang paling membanggakan adalah selepas menghadiri 3 kelas berbeza, Izzati telah berjaya meningkatkan jualannya daripada 3 angka sebulan kepada 5 angka.
Purata jualan beliau ketika ini adalah antara RM10,000-RM12,000 sebulan, memang terpancar kegembiraan di wajah beliau apabila berkongsi bagaimana kelas-kelas yang dihadiri telah membantu proses menjana pendapatan lumayan melalui platform digital.

Pilihan untuk tinggal di Perlis
Tambah menarik, Izzati mengambil keputusan untuk mengikut keluarga beliau berpindah ke Perlis walaupun sebelum itu sudah hampir 20 tahun menetap di Kuala Lumpur. Semua ini berlaku kerana beliau masih boleh mengusahakan perniagaan beliau di Perlis dan dalam masa yang sama dapat bersama-sama keluarga.

Ini antara impian ramai individu di luar sana, untuk bersama-sama dengan keluarga di kampung halaman dan dalam masa yang sama, dapat menjana pendapatan tanpa sebarang masalah.
Pilihan untuk mengusahakan perniagaan online dalam era ekonomi digital ini adalah pilihan yang sangat bijak. Selain bebas menentukan masa kerja, lokasi bukan lagi kekangan. Istilah dunia di hujung jari yang suatu ketika dahulu sesuatu yang mustahil sudah tidak lagi.

Apa juga produk atau perkhidmatan yang anda sediakan boleh dipasarkan menggunakan platform digital. Waima sekiranya anda menjual hasil tani seperti tumbuhan, buah-buahan, atau makanan juga boleh dipasarkan dan dijual menggunakan platform online ini.
Jemput untuk dapatkan maklumat lanjut di Tapak Pameran #YouCanDuit di Hari Peladang, Penternak & Nelayan peringkat negeri Perlis. Anda boleh daftarkan diri untuk program bimbingan percuma yang disediakan dan mula menjana pendapatan tambahan terus dari rumah.
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- #YOUCANDUIT Kedah, MDEC meneruskan usaha untuk memacu dan menaik taraf Ekonomi Rakyat
- #YouCanDuit Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Perlis
50 Comments
menarik topik ni ! memang dalam hati ni berniat nak jadik digital nomad. boleh buat kerja kat mana2 jek..n bestnya kalau berjaya , bole buat kerja sambil melancong…rasanya kena explore lebih sikit pasal topik ni kalau betul2 serious nak buat..harap korang doakan cita2 aku ni menjadi kenyataan.
biasa mudah kan kalau buat online boleh pilih jalan nak duduk di mana2kan
Curahan rasa amirwaffi @ ..dyxy foundation malaysia
Dengan kos hidup yang lebih rendah berbanding di kota besar, memang bagus memulakan perniagaan dilokasi yang macam ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
Jika tinggal di bandar tapi kerja di rumah pun masih boleh jana pendapatan online.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Hartanah Dengan Kerja Minyak Dan Gas
betapa hebatnya kesan penggunaan internet. platform online semakin menjadi tumpuan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Webe Tukar kepada Unifi
produk hebat, strategi pemasaran atas talian pun hebat, konfem masyuk perniagaan tu
Curahan rasa JMR @ ..3 Perkara Simple Ini Perlu Dilakukan Ibu Bapa Untuk Elak Anak-anak Terjebak dengan Najis Dadah
enaknya bisa jadi blogger ful time tak ada boss kerja sendiri menentukan sendiri kapan bekerja
Curahan rasa jalan jalan @ ..RESEP UDANG TEPUNG GENDUT MAKNYUSSS!!
Kalau empunya diri sakit, makanya kerja pun terbantut dan terhenti seketika hingga sembuh kembali.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Penting Beli Kapal Layar Mewah
Keinginan tu ada. mungkin ilmu belum cukup lagi tu, Insyallah ada rezeki nanti bolehlah duduk kat kampung pula.
Curahan rasa Sani @ ..Resepi Waffle Paling Sedap Dan Paling Raggup!
banyak persediaan yang kena buat sebelum ambil keputusan besar. kena banyak belajar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Webe Tukar kepada Unifi
dengan adanya perniagaan online…
tempat dan jarak bukan lagi penghalang untuk mencari pelanggan..
saya pun teringin juga
Curahan rasa mrhanafi @ ..TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
Perniagaan online memang seronok sebab boleh berhubung dengan pelangan yang ada..
Tapi usaha tu kena ada untuk mantapkan lagi bisnes online
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu
nak bagi tips pada yg tinggal di Klang, di sana ada GM Klang, saya terkejut bila cermin mata hitam yang saya beli di GM Klang dgn harga RM9, dijual dengan harga RM100 di tempat saya… yang kelakar, ada orang beli… so ada banyak barang yg boleh dijual di sana dengan harga gila mahal dengan kos yang gila murah!
Curahan rasa abgmus @ ..Inilah Sebab Kenapa ANDA PERLU Menyertai Bit Club Network
Untung RM91 untuk cermin mata sahaja, kos murah tapi pulangan berlipat ganda.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
Salah satu cita-cita saya, nak hijrah dari KL ke kawasan kampung atau mana-mana negeri yang cost of living agak rendah. Sebab bisnes semua online sahaja 🙂
Curahan rasa sabree hussin @ ..Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris
Saya pun begitu, tak nak pencen di kawasan bandar, kos sara hidup semakin meningkat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Perubatan Gred UD41
perniagaan online boleh dilakukan di mana-mana dan ianya memberikan kemudahan kpd kita semua untuk berniaga
Curahan rasa asraff @ ..Jawatan Kosong Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad September 2017
memang tidak dinafikan dengan platform online..
segala perniagaan boleh dilakukan di mana-mana..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017
di kota saya malah semua pedagang dari desa menarik pembeli kampung guna FB atau aplikasi khusus
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Botok Jamur
Memang beruntung dapat memilih tinggal dengan keluarga..
Sememangya platform online semakin menjadi pilihan ramai kerana boleh djalankan dari tempat mereka dan dari mana sahaja..
Bila bisnes di online kan, masa sakit pun boleh berniaga dari rumah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Salahkan Orang Lain Lagi Senang
Melaksanakan perniagaan secara digital terbukti mampu menjana pendapatan jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Mesti ada keyakinan dan keberanian untuk mencuba.
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..VITAMIN BANTU KECUTKAN CYST SEMASA MENGANDUNG
ya dengan keuletan dan ketekunan maka barang-barang kampung akan mudah dijual dengan promosi yang bagus melalui dunia internet
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Botok Jamur
Comments are closed.