Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi berita ekonomi yang sedang dibincangkan seluruh dunia, jangkaan ekonomi dunia yang sedang merudum.
Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Suasana ekonomi dunia yang tak stabil ini bukan main-main. Peperangan ekonomi antara Amerika dengan China semakin meruncing. Orang bisnis kena bersedia dan mula bertindak untuk menghindari tsunami dari sekarang bukan tunggu sudah bergulung-gulung baru nak buat sesuatu.
Biar keluar modal sikit sekarang dari rugi banyak kemudian hari. Mereka yang bersedia pun belum tentu dapat bertahan apatah lagi kalau harap nasib.
Orang bisnis kena rajin dapatkan kisah dan pengalaman dari orang bisnis yang pernah melalui zaman susah senang sebab mereka ada banyak rahsia untuk bertahan di zaman ekonomi merudum. Jangan tanya mereka sedang berjaya dan tak pernah gagal sebab mungkin mereka juga tak akan dapat bertahan apabila dilanda tsunami ekonomi.
Apa yang kita boleh buat semasa ekonomi menjunam
1. Pada yang baru habis belajar di Universiti usahakan dapat biasiswa untuk sambung belajar keperingkat master dan PHD. Kepada yang lain ini masa untuk belajar ilmu perniagaan dari seminar dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh berbagai pihak.
2.Apabila ekonomi merosot ramai yang melalui fasa gangguan emosi kerana masalah kewangan. Jaga kesihatan paling utama makan makanan yang sihat supaya badan jadi sihat maka minda jadi lebih kreatif.
3. Selain menjaga makanan kita juga kena rajin bersenam. Bagus bersenam bersama keluarga atau bersama kawan-kawan seperti jogging bersama awal pagi atau petang, naik basikal, main badminton dan sebagainya. Senaman akan melancarkan pengaliran darah yang memberi kesegaran minda.
4. Jangan malu untuk menjadualkan balik segala pinjaman yang ada. Kalau perlu jual kereta mewah jangan malu untuk jual untuk mengurangkan kos kehidupan. Kereta mewah bukan sahaja perlu bayaran pinjaman yang tinggi juga kos servis yang tinggi. Bila ekonomi sudah baik boleh beli semula. Jangan kisah nak jaga maruah tapi hutang sekekliling pinggang yang akhirnya menjerut leher.
5. Urus semula bajet bulanan potong mana yang tak perlu contohnya kalau kita subcribe Astro pakej penuh boleh tukar kepada pakej yang lebih jimat.
6. Banyakkan membaca kerana dengan membaca akan memberi idea-idea baru. Sebenarnya ketika ekonomi merudum ada peluang yang ramai tidak nampak. Dengan membaca kita akan akan dapat idea baru melalui pengalaman yang ditulis oleh tokoh-tokoh tertentu.
7. Banyakan menulis pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui samada di buku nota atau di blog peribadi. Menulis pengalaman sendiri boleh beri inspirasi pada diri sendiri. Kekadang kita sendiri terlupa pengalaman yang tidak ternilai yang pernah kita lalui. Rupanya dulu lagi susah dari sekarang.
8. Buat kumpulan kecil atau think tank team yang satu fikir untuk explore peluang ketika krisis ekonomi. Jangan kerja sorang-sorang. Setiap musibah pasti ada peluang dan peluang itu perlu dicari dalam jemaah.
9. Keluar dakwah empat bulan. Ini pengalaman mahal yang hanya mereka yang dipilih ALLAH sahaja boleh melakukan. Keluar berdakwah bukan nak dakwah orang tetapi mendakwah diri sendiri untuk melalui kehidupan akhir zaman yang sangat mencabar.
10. Banyak lagi yang mungkin kawan-kawan pembaca pernah lakukan yang boleh kongsikan di ruangan komen.
Paling penting semasa krisis ekonomi dekatkan diri kita dengan ALLAH.
Kejatuhan ekonomi kali ni tak sama dgn 1997 sebab masa tu Kerajaan yang memerintah menguasai politik tetapi sekarang Kerajaan baru yang baru nak mengubah macam-macam jadi bila diuji dengan ekonomi pasti lain cabarannya.
Sekadar cerita pengalaman dari padangan mata mungkin tak akan berlaku atau berlaku lebih teruk.
ALLAH dah ajar hambanya cara menguruskan hidup masa susah dalam Al Quran.
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. – Surah Al Imran ayat 134.
Yakinlah dengan apa yang ALLAH dah ajarkan pasti berjaya, jangan ikut logik akal pasti gagal.
123 Comments
ketika ada krisis pasangan suami isteri kena saling membantu dalam mencari pendapatan keluarga
bab subscribe astro tu sy sangat sangat setuju.. kalau dah jarang tgk tv buat apa bayar kan?
Ye itu yang kami bini dok fikirkan. Subscribe unifi pun boleh layan TV gak. ada movie best best gk, dapat internet lg
Sangat penting untuk jaga kesihatan,kewangan dan memberi inspirasi. Inspirasi menyebarkan aura positif. Kena lebih kuat
berbelanja melebih pendapatan, kalau dah terbiasa akn menjadi barah dalam hidup. Jangan biasakn diri
jangan terikut ikut dgn lifestyle orng lain kalau kita tak mampu.. ni tak, asyik nak ikut kawan shj
Anggaplah krisis ekonomi ni waktu utk bertenang. Dekat diri dgn Allah swt. Yang paling penting, tak givap
Sebenarnya ketika ekonomi merudum ada peluang yang ramai tidak nampak. Mungkin dengan membaca banyak idea kita dapat, Menulis pun menjana wang juga
Eknomi turun dan naik tu perkara biasa. Yang luar biasa, , macam mana kita nak survive bila krisis ekonomi kan
anggaplah masa krisis ekonomi masa utk kita buat persediaan apabla ekonomi boom balik nanti
Paling penting semasa krisis ekonomi dekatkan diri kita dengan ALLAH. DIA akan tunjukkan jalan yang lurus
Betul tu noriza. Berserah lah kepada Nya agak dipermudahkan segala urusan rezeki kita
Banyakan menulis pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui di blog peribadi. Dengan berkongsi juga kita kurangkan stress fikir pasal ekonomi ni
Betul tu, berkongsi pengalalam atau meluahkan melaluo penulisan juga boleh kurangkan stress diri
rasanya kalau pasal kewangan ni mmg tinggi nilai cpc.. boleh buat duit jgk tu
betul tu, dengan menulis dan berkongsi blog juga akan kurang stress dan lebih rasa tak berat kepala kan
Setiap musibah pasti ada peluang dan peluang itu perlu dicari dalam teamwork
Musibah ni hanyalah ujian drp Nya utk melihat kecekalan dan keredhaan kita terhadap ujian drpNya
Banyakkan membaca kerana dengan membaca akan memberi idea-idea baru, Dan, dengan idea kita boleh buat duit juga
Urus semula bajet bulanan potong mana yang tak perlu untuk berjimat cermat seperti akaun Astro
ada juga yang tak tgk astro sangat tapi nak fungsi rekod yang ada tu utk tgk tv bersama keluarga pd weekend
Kereta mewah bukan sahaja perlu bayaran pinjaman yang tinggi tetapi juga kos servis yang tinggi, Jual dan beli yang murah
Betul tu. Buang rasa ego utk jual kereta mewah tu, pakai yang lebih kos efektif nak nak dr segi maintenance
Jangan malu untuk menjadualkan balik segala pinjaman yang ada. Semuanya tu membantu semasa ekonomi tengah merudum
Kena selalu baca kisah dan pengalaman dari orang bisnes yang pernah melalui zaman susah senang sebab mereka ada banyak rahsia untuk bertahan di zaman ekonomi merudum.
Peperangan ekonomi antara Amerika dengan China semakin meruncing, Yang jadi mangsanya negara membangun lah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.