Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW

Assalammualaikum dan Salam Rejab

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi besar Muhammad SAW yang terjadi pada malam 27 Rejab. Peristiwa Israk Mikraj merupakan suatu peristiwa yang luar biasa dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis  di Palestina) serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Peristiwa itu terjadi secara singkat pada malam 27 Rejab. Bagi orang yang tidak beriman, mungkin ini hanya fenomena belaka. Kerana mereka tidak percaya dengan kejadian tersebut yang begitu cepat yang hanya memakan waktu sedikit saja.

Tetapi bagi kita yang beriman, kita wajib memepercayai itu. Dan tidak ada keraguan pada kita kerana memang peristiwa tersebut tejadi dengan seizin Allah.

Dan atas kuasa Allah sehingga Nabi Muhammad SAW menjalankan perjalanannya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sampai ke Sidratul Muntaha dengan menggunakan Buraq dan dalam waktu yang begitu singkat. Subhanallah!

Israk iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW bersama Malaikat Jibril dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis, Palestin) dengan menggunakan buraq.

Mikraj iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Maksud Surah Al-Israa ayat 1

Perjalanan agung insan termulia. Di suatu malam yang luar biasa. Tak terjangkau imaginasi manusia. Anugerah Allah buat kekasihNya.

Dengan buraq menuju al-Aqsa. Lantas ke langit bertemu Pencipta. Kisah takjub yang benar nyata. Bukti kebesaran dan kuasaNya.

Allah memuliakan Muhammad hamba-Nya.

Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ketika Israk Mikraj ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu.

Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata:

“Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”

Solat 5 waktu difardhukan ketika peristiwa Israk Mikraj

Rasulullah SAW dan Jibril kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali.

Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.

Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja.

Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi 5 waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.

Banyak lagi peristiwa yang diperlihatkan Allah kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajnya ke langit. Baca di sini.

infografik perjalanan Isra Mikraj

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).

Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.

Semoga kita dapat bermuhasabah diri, merenung, menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada peristiwa itu pada bulan Rejab yang mulia ini.

Dan semoga kita tidak menjadikan kisah Israk Mikraj seperti cerita dogeng Sang Kancil yang hanya dibaca tetapi tidak lansung bertindak mengambil iktibar. Semoga entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” dapat menyentuh hati kita yang sentiasa lemah ini.

Dah baca ? Klik share 😉

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!