Kisah rezeki dari kurma busuk !

Assalammualaikum dan salam Rejab.

Jika tiba-tiba rasa ‘down’ sekejap dengan bisnes, ingatlah selalu akan kisah Abdul Rahman bin Auf r.a dengan kisah kurma busuknya.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sabda Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya. Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat tadi dengan harga kurma yang bagus.

Kesemuanya bersyukur.

Alhamdulillah, kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku gila! Diborong kesemuanya oleh Abdul Rahman bin Auf r.a. Sahabat gembira. Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. Semua happy !

Sahabat lain gembira sebab ada sales. Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab jatuh miskin! Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk syurga dulu. Iyalah, sebab dah miskin. Subhanallah !

Namun perancangan Allah itu memang terbaik. Tiba-tiba, datang utusan dari Yemen membawa berita, Raja Yemen mencari kurma busuk. Rupa-rupanya, di Yemen sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah kurma busuk !

Utusan Raja Yemen berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa. Abdul Rahman bin Auf r.a bukan jatuh miskin dan bankrup, tetapi lebih kaya raya.

Jadi yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk? Allah lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat sebab ia buat kita sangat yakin bahawa rezeki itu 100% datang dari Allah. Bukan sebab bisnes kita tu, sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Bagaimana cara lain untuk mengundang rezeki Allah ? Lihat dibawah.

  • Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
  • Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
  • Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. ALLAH SWT redha, hidupnya pun berkat.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang ALLAH SWT Redhai. Boleh juga baca berkenaan tips untuk menjemput rezeki yang berganda-ganda di sini.

We plan, but Allah has also planned everything for us. If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji dalam perniagaannya.

Dah baca? Klik share 🙂


5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!