Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahun 2012 blog Denaihati bermula dengan langkah kanan apabila dijemputan untuk hadir perasmian Pasaraya My Agro Hypermarket sempena Karnival Industri Asas Tani pada 8/1/2012. Karnival Asas Tani akan berlansung selama 3 hari iaitu 6 – 8/1/2012, jam 10.00 am – 10.00 pm di Malaysia Agriculture Exposition Park Serdang, Selangor. Dengar kabar Kak Jie and Frens pun nak datang. Apa lagi joom lah datang ramai-ramai terutama Rakan Blogger Lembah Klang bolehlah kita buat mini gathering.
Rugi sangat kalau tak datang sebab ada pameran produk IKS, berbagai contest mini dengan hadiah yang menarik, cabutan bertuah dan diskaun disediakan kepada pengunjung.
Antara aktiviti yang menarik :
- Pasaraya My Agro Hypermarket memberi diskaun 20% kepada semua produk IKS bermula pada 6/1/2012.
- iPhone 4S, iPad 2 dan TV LCD 40″ untuk cabutan bertuah
- Penampilan maskot Upin dan Ipin
- Contest Mini pada hari pertama, kedua dan ketiga.
- Pertandingan Karoake dengan hadiah bernilai lebih RM1500 disediakan.
Kepada yang nak test suara bolehlah datang jangan sekadar test dalam bilik air je. Kepada yang berminat nak join pertandingan Karoake sila ke Facebook Event My Agro Market. Tahniah juga kepada 50 follower pertama Fan Page My Agro Hypermarket yang dapat hadiah istimewa tu.
Jom Anarm, Jaws, Kak Yan (jangan lupa bawa kamera DSLR tu), Zulseffort, Puan Bee, Eyriqazz, Emila Yusof, Madammondoq, Abang Ensem, Juanita, Kak Ina KL, JeJai dan semua Rakan Blogger join Kak Jie, Pakcik Krueger dan Pakcik Mijie 8/1/2012 kita minum kopi sambil mini gathering. Tolong promosi juga kat kawan-kawan, jiran dan keluarga untuk datang ramai-ramai serbu Karnival Asas Tani. Kepada Rakan Blogger yang confirm nak datang sila bagi tahu ya. (Kalau ramai datang kenalah aku pakai topeng ni … heeeee). Kepada yang tak sure kat mana lokasi boleh tengok Peta di blog Puan Bee.
109 Comments
alahai…klu dpt gi best gak ni.tp macam ade plan laen je.hmmm
kalau dekat ingin juga singgah…
hadiah cabutan bertuah menarik!
ehh..mana komen sebelum ni.. masuk spam ker?
Curahan rasa zie fauzi @ ..Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi???
bestnye..klau dekat blh join..huhu
Insyaallah, akan turun untuk bagi support kepada produk IKS….
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Pengalaman dan dunia baru untuk Abang
InsyaAllah nak pegi..20-30minit je lebih kurang tu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Rabu Tanpa Kata-Senyum Sampai Ke Telinga Dapat Iphone 4S dari Churp²
alahai ada event 🙁
Curahan rasa joegrimjow @ ..Wordless Wednesday : Perempuan yang tidak sesuai dijadikan isteri
Cam menarik jer ni bro…tapi aku x pasti lagi boleh gi ke idak nih…
Curahan rasa yas @ ..Wordless Wednesday – Nak Pinjam Kejap Boleh?
majula produk iks….bantu org melayu..
Curahan rasa faiz @ ..Kata-kata Hikmah 1
huh best ni, boleh jumpe DH, tapi jauh laa
tunggu Pasaraya My Agro Hypermarket buka cawangan kat kuantan la pulak 🙂
Curahan rasa tokputih @ ..Video: Terkini Live Temuramah Dengan Nur Amalina
Wuaa..mantap kak…pingin datang..tapi aku jauh kali.. Salam Sukses aja ya …Semoga Hypermart nya selalu ramai di kunjungi
Curahan rasa Kusen Aluminium @ ..Kusen Aluminium Rumah Kemanggisan
hehe ramai blogger2 hebat yang promote dan nak pi.. jgn lepaskan peluang.. kami yang jauh ni tunggu update dari rakan2 blogger je la..
Curahan rasa CMRatu @ ..Wordless Wednesday #17
jom,teringin nak jumpa DH hahaha
Comments are closed.