Waktu Solat 1Dunia dilepaskan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1dunia kepada semua, Syukur alhamdulillah, setelah beberapa sesi percubaan, waktu solat 1Dunia sudah sedia untuk digunakan oleh umum. Seperti juga Waktu Solat 1Malaysia tempoh hari, plugin 1Dunia ini boleh digunakan oleh pengguna blogspot juga. Plugin ini akan terus dibangunkan dan dikemaskini dari masa ke semasa, sebarang maklum balas, laporan ralat, kerosakan dan sebagainya amat dialu-alukan. Halaman Projek Waktu Solat juga telah dikemaskini untuk kemudahan para blogger mendapatkan info terkini mengenai plugin terbaru ini.

Antara fungsi yang telah ditambah dalam plugin kali ini

  • Fungsi penetapan waktu solat menggunakan geolokasi
  • Countdown counter yang baru
  • Fungsi pelbagai bahasa
  • Kiraan waktu solat yang pelbagai
  • Fungsi zon masa untuk digunakan di pelbagai negara
  • Fungsi Waktu Solat Geolocator

Buat masa ini, kami mengalu-alukan sekiranya anda ingin mengalih bahasa plugin ini kepada bahasa lain terutama bahasa Indonesia, Arab, Urdu dan lain-lain. Harapan kami agar plugin ini dapat digunakan oleh blogger seantero dunia. Jika anda ingin mengalih bahasa, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Selamat mencuba. Sebarang masalah sila maklumkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya.


Spread the love

86 Comments

  1. saya punya salu je masalah..kenapa eh..??tak faham ni…sekarang ni dah masuk waktu asar…tapi…waktu di plugin solat saya masih tunjuk sekarang ni masih zuhur…seterusnya asar…tak faham la…kenapa macam tu eh..??saya try tukar dan nak tanya….cara pengiraan tu semua…sama ke..???ke ada cara pengriaan sendiri bagi malaysia….??
    Curahan rasa ERAH eiey @ ..MELANAU WORDLESS ??!!!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!