Penyelesaian kepada Peminjam PTPTN di dalam CCRIS

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti ramai di antara kita yang tahu apa itu PTPTNPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

PTPTN merupakan kemudahan yang disediakan untuk membantu ramai graduan-graduan di Malaysia agar dapat melanjutkan pengajian mereka serta menamatkan pengajian tanpa masalah untuk menyelesaikan yuran setiap semester. Namun begitu, ada satu perkara yang perlu setiap graduan ambil berat, iaitu untuk membayar semula pinjaman yang telah dibuat.

Bayaran balik diperlukan untuk memastikan generasi seterusnya dapat menikmati pinjaman yang sama. Kita perlu tahu bahawa proses bayaran balik pinjaman ini akan memastikan dana yang dimiliki oleh pihak PTPTN akan sentiasa mencukupi untuk kegunaan bakal-bakal graduan yang alin. Sekiranya peminjam terdahulu liat nak bayar hutang, maka sudah tentu peminjam pada masa sekarang akan menghadapi masalah kerana kecukupan dana di PTPTN terjejas.

Kita sebagai peminjam perlulah mengambil sikap yang bertanggungjawab menyelesaikan hutang, jangan disebabkan kita telah berjaya mendapatkan segulung ijazah, kita mengambil sikap acuh tak acuh dalam proses pembayaran semula pinjaman yang telah dibuat. Sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa ingat, hutang boleh menjadi asbab laluan kita ke syurga tersekat. Janganlah kita menyesal pula apabila telah meninggalkan dunia ini dan perlu menghadapi masalah hutang ini semasa timbangan dibuat kelak.

PTPTN

Antara inisiatif yang cuba diadakan untuk memberi kesedaran dan memastikan semua peminjam membuat bayaran semula adalah seperti:

  • taklimat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia kepada pelajar-pelajar tahun akhir di IPT.
  • menyediakan pelbagai saluran pembayaran balik seperti di bank utama dan Pos Malaysia selain kaunter PTPTN.
  • membuka 58 cawangan PTPTN di lokasi strategik di seluruh negara untuk kemudahan rundingan penyelesaian pinjaman, penjadualan semula pinjaman atau penangguhan bayaran balik.

Oleh yang demikian, langkah penyelesaian bagi semua peminjam sama ada yang telah disenaraikan dalam CCRIS atau belum ialah menjadi peminjam yang baik dengan memastikan bayaran bulanan adalah teratur mengikut Jadual Bayaran Balik.

Kadangkala berlaku juga sesuatu perkara seperti ansuran bulanan di luar kemampuan mungkin disebabkan pendapatan semasa yang kurang. Apabila perkara ini berlaku, maka peminjam perlu hadir ke mana-mana 58 pejabat PTPTN Negeri, Cawangan dan Kiosk untuk berunding. Semua maklumat lokasi dan waktu operasi dipaparkan di portal rasmi PTPTN.

Hutang tetap wajib dibayar, itulah realiti dan keperluannya. PTPTN menyediakan pelbagai penyelesaian kepada cara pembayaran untuk memudahkan peminjam. Lebih daripada 500 Eksekutif Pemasaran PTPTN boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan membuat rundingan.

Apabila masalah berlaku dan perbincangan dilakukan, insyaALLAH akan ada penyelesaian yang akan dapat dicapai. Janganlah kita lari daripada menyelesaikan masalah, kerana sekiranya kita berbuat demikian, generasi akan datang yang akan menerima akibatnya, mungkin anak kita, cucu kita dan seumpamanya.

Berita hutang PTPTN

Selain itu, kita juga boleh membuat bayaran balik melalui ejen-ejen bank yang dilantik oleh PTPTN iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Pos Malaysia Berhad. Sebanyak lebih daripada 3000 cawangan yang ada di seluruh Malaysia. Semua kemudahan ini diwujudkan untuk kemudahan para peminjam membuat bayaran balik dengan selesa.

Ingin saya kongsikan, terdapat juga saluran lain yang boleh kita gunakan untuk membuat bayaran balik pinjaman ini, antaranya adalah seperti berikut:

  1. Financial Processing Exchange (FPX) di portal rasmi PTPTN
  2. Kad ATM atau Kad Debit di kaunter-kaunter PTPTN
  3. Pengeluaran Akaun II KWSP
  4. Potongan Gaji
  5. Perbankan Internet

Isu pembayaran peminjam hutang PTPTN ini sering mendapat tumpuan dan liputan media massa termasuk di laman sesawang sosial media seperti Facebook dan Twitter. Kemudahan telah banyak disediakan untuk peminjam-peminjam membuat pembayaran balik dan sememangnya diharapkan mereka membuat langkah segera bagi memastikan rekod yang baik di dalam laporan kredit CCRIS.

Kepada semua peminjam-peminjam hutang PTPTN, inilah masanya untuk menyelesaikan hutang pinjaman yang dibuat pada masa terdahulu. Semoga dengan banyaknya ruangan, kemudahan dan cara pembayaran pinjaman ini akan menambahkan lagi kecukupan dana bagi PTPTN.

Usahlah kita hanya mementingkan diri kita sahaja, bersama-sama kita membantu bakal-bakal graduan akan datang untuk menikmati kemudahan pinjaman PTPTN seperti yang kita telah nikmati.


Spread the love

62 Comments

  1. Memang menjadi kewajipan peminjam untuk menjelaskan pinjaman mereka.. Ingatlah warisan kita akan dating..

  2. ramai gak yang masih belum membayar balik kan. inisiatif dan alternatif dah diberikan..pandai pandai bekas peminjam nak berunding macam mana, janji bayar balik kan hehe
    Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2015My Profile

  3. kalau ada niat nak bayar tu…In Sha Allah akan dipermudahkan…selagi hutang tak selesai ni…hati memang tak akan tenang…tak tahu la kenapa ada segelintir yang LIAT sangat nak bayar…biarlah bayar sikit-sikit…ni jangan tak bayar langsung…
    Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Film Review : Ant-ManMy Profile

  4. Realitinya peminjam sendiri bersikap dingin & tidak ada inisiatif langsung utk memajukan diri. Ini kerana mereka sangat berharap (dan selesa) ttp hakikatnya di dunia nyata ia adalah sebaliknya.

    Berbagai kelonggaran diberikan (kpd peminjam) ttpi masih belum cukup utk menyedarkan mereka yg bahawasanya ada “adik2” mereka yg lain amat memerlukan bantuan.

    Face it, rata2 luahan “hati” di laman sosial peminjam ini menunjukkan sikap mereka sendiri berkenaan sesuatu isu pembayaran balik semula. Sbg contoh, apabila terdengar desas desus peminjam yg bergaji lebih rm3k sebulan baru layak utk membayar semula. Nak tahu apa reaksi antara peminjam tersebut? Mereka mengatakan yg mereka lebih selesa bergaji kecil supaya tidak payah membayar balik hutang pinjaman! omg!

    So. Nampak tidak mentaliti mereka ini? Bukan semua peminjam, ttpi sebahagian besar kerana ini sy akui sendiri sebab sy sendiri berhadapan dgn mereka setiap hari kerana sy seorang usahawan.

    Maka ia sepatutnya dipupuk dr rumah & ketika muda lagi (berkenaan urus kewangan)… Kerana sebagai penghutang, anda tetap digelar penghutang selagi anda tidak membayarnya. Ini baru didunia, azhab akhirat bagaimana?

    Kpd peminjam… Pupuklah rasa “kesian” di hati masing2 bahawasanya akibat tindakan mereka melengahkan pembayaran balik pinjaman itu (walaupun sedikit) sebenarnya akan membantutkan sektor pendidikan tinggi malah membantutkan juga kemajuan bangsa mereka sendiri, jangka masa pendek mahupun panjang.

    Usah lah royak (cakap) yg anda bekerja begaji kecil dan x mampu membayar semula. Sebab berbagai faedah disediakan seperti pengecilan bayaran ansuran pinjaman juga disediakan. Tiada lagi alasan!!!

    Sy seorang graduan jg, & kami (rakan sekelas) seramai lebih 45 org berjaya masalah kewangan pembelajaran kami tanpa membebankan lebih lg ibubapa. Usah royak (cakap) itu dulu boleh lah… brg murah, tambang bas/teksi murah. Sebenarnya inisiatif itu yg ditekankan… kami sendiri mencari pendapatan tambahan utk menampung pembelajaran kami. Sekarang ini lagi lah mudah! Semua di hujung jari! So… Gunakan kelebihan tersebut!!!

    Sy sendiri sedih dgn keadaan ini sehingga sy sediakan platform utk mereka2 jana pendapatan dgn mudah. Bantu mereka lagi! Hakikatnya indah khabar dr rupa. Sambutan memang hambar walaupun dijemput secara terus dr pengurusan kami. Itu sendiri sudah menunjukkan sikap peminjam bukan. Tetapi Allah swt maha adil, walaupun projek bantuan itu khusus utk peminjam (pada asalnya) kini suri rumah , ibu tunggal, pelajar sekolah sudah berjaya memperoleh pendapatan tambahan lumayan dengan jenama sy.

    OK. Serba sedikit sy dpt mendalami mentaliti sebahagian besar peminjam ini. Harap penulisan saya tidak mengguriskan sesiapa. Namun akan berlaku, siapa makan cili akan terasa pedasnya. Harap sy dimaafkan.

    IMHO #artienatasha
    Curahan rasa artie natasha @ ..Tutorial Memakai Tudung Natasha LadyFarah Kristal (Edisi Raya 2015)My Profile

      1. Yup @mrhanafi… harap mereka lebih kuat lagi mencari alternatif. Dengan keadaan negara yang tidak stabil ini, mereka seharusnya lebih bijak mencari ruang.

        Sbg contoh, ketika ini currency rate Malaysia adalah paling rendah berbanding 4 tahun yg lalu. 17/7/2015 ketika ini 3.81 berbanding USD. So gunakan kelebihan internet untuk expose produk anda. Jual diluar dari jual di negara sendiri! Sudah tentu pengguna M’sia kini dalam keadaan “membeli dengan berhemah” bukan? So geraf perniagaan online di negara akan mendatar ataupun menurun.

        Oleh itu, bawa produk anda itu ke luar, negara jiran sebagai contoh. Jangan fikirkan “untung besar” tetapi marginal keuntungan memadai untuk support perniagaan anda tersebut. Dunia siber adalah terbuka (erk… sebelum k’jaan bakal “menghapuskan” beberapa laman sosial) Gunakan kelebihan tersebut.

        Nampak tak? Keuntungan USD1 setiap produk adalah bersamaan MYR3.810 (contoh).

        Memang ada org akan kata, bukan semua produk boleh di eksplotasikan diluar negara… Sy sendiri (boleh dikatakan) sedikit berjaya membawa jenama tudung saya ke Brunei, Thailand & Singapore dlm tahun 2015 shj, tak akan produk lain tak boleh? Tudung taw!

        Sy tak ada model/pelakon (utk popularkan) atau agensi kerajaan yang back-up saya. Malah sy tidak ada bill board besar atau sticker di kapal terbang utk memperkenalkan rekaan terbaru saya. Sy pun tidak “mahir” pun dgn ads (iklan) di Fb , Google atau mana2 🙁

        Kalau search Google memang banyak jenama (atau data) online (carian “tudung” 4 juta hits & carian “hijab” 34 juta hits). Siapa lah saya dengan jenama “cap ayam” bukan?

        Kalau sy boleh lakukan.. sesiapa pun boleh! Harap perkongsian & cabaran saya ini memberikan semangat kpd pembaca di denaihati.com . Syabas team denaihati <3

        Tidak perlu beribu-ribu likes atau followers. Yang penting targeted 🙂 Itu sy baca dr blog denaihati sendiri dlm archive article mereka terdahulu 🙂

        IMHO #artienatasha
        Curahan rasa Artie Natasha @ ..Tudung Instant Natasha 2 Loops (2 Muka) Basics Cotton dengan JalurMy Profile

  5. Anak saya dua-dua under MARA. Pinjaman juga walaupun bukan PTPTN.Saya suruh mereka score setiap semester kalau tak nak bayar hutang atau CGPA kena tinggi kalau nak bayar sikit aje dari jumlah pinjaman. Dua-dua dah ada SSM untuk back up berniaga habis belajar nanti. Pilihan tempat belajar ada banyak kerana bila dah habis belajar nanti, cara nak dapatkan duit untuk meneruskan kehidupan selepas itu yang lebih utama.
    Curahan rasa rahimah @ ..Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!