Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti ramai di antara kita yang tahu apa itu PTPTN. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
PTPTN merupakan kemudahan yang disediakan untuk membantu ramai graduan-graduan di Malaysia agar dapat melanjutkan pengajian mereka serta menamatkan pengajian tanpa masalah untuk menyelesaikan yuran setiap semester. Namun begitu, ada satu perkara yang perlu setiap graduan ambil berat, iaitu untuk membayar semula pinjaman yang telah dibuat.
Bayaran balik diperlukan untuk memastikan generasi seterusnya dapat menikmati pinjaman yang sama. Kita perlu tahu bahawa proses bayaran balik pinjaman ini akan memastikan dana yang dimiliki oleh pihak PTPTN akan sentiasa mencukupi untuk kegunaan bakal-bakal graduan yang alin. Sekiranya peminjam terdahulu liat nak bayar hutang, maka sudah tentu peminjam pada masa sekarang akan menghadapi masalah kerana kecukupan dana di PTPTN terjejas.
Kita sebagai peminjam perlulah mengambil sikap yang bertanggungjawab menyelesaikan hutang, jangan disebabkan kita telah berjaya mendapatkan segulung ijazah, kita mengambil sikap acuh tak acuh dalam proses pembayaran semula pinjaman yang telah dibuat. Sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa ingat, hutang boleh menjadi asbab laluan kita ke syurga tersekat. Janganlah kita menyesal pula apabila telah meninggalkan dunia ini dan perlu menghadapi masalah hutang ini semasa timbangan dibuat kelak.
Antara inisiatif yang cuba diadakan untuk memberi kesedaran dan memastikan semua peminjam membuat bayaran semula adalah seperti:
- taklimat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia kepada pelajar-pelajar tahun akhir di IPT.
- menyediakan pelbagai saluran pembayaran balik seperti di bank utama dan Pos Malaysia selain kaunter PTPTN.
- membuka 58 cawangan PTPTN di lokasi strategik di seluruh negara untuk kemudahan rundingan penyelesaian pinjaman, penjadualan semula pinjaman atau penangguhan bayaran balik.
Oleh yang demikian, langkah penyelesaian bagi semua peminjam sama ada yang telah disenaraikan dalam CCRIS atau belum ialah menjadi peminjam yang baik dengan memastikan bayaran bulanan adalah teratur mengikut Jadual Bayaran Balik.
Kadangkala berlaku juga sesuatu perkara seperti ansuran bulanan di luar kemampuan mungkin disebabkan pendapatan semasa yang kurang. Apabila perkara ini berlaku, maka peminjam perlu hadir ke mana-mana 58 pejabat PTPTN Negeri, Cawangan dan Kiosk untuk berunding. Semua maklumat lokasi dan waktu operasi dipaparkan di portal rasmi PTPTN.
Hutang tetap wajib dibayar, itulah realiti dan keperluannya. PTPTN menyediakan pelbagai penyelesaian kepada cara pembayaran untuk memudahkan peminjam. Lebih daripada 500 Eksekutif Pemasaran PTPTN boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan membuat rundingan.
Apabila masalah berlaku dan perbincangan dilakukan, insyaALLAH akan ada penyelesaian yang akan dapat dicapai. Janganlah kita lari daripada menyelesaikan masalah, kerana sekiranya kita berbuat demikian, generasi akan datang yang akan menerima akibatnya, mungkin anak kita, cucu kita dan seumpamanya.
Selain itu, kita juga boleh membuat bayaran balik melalui ejen-ejen bank yang dilantik oleh PTPTN iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Pos Malaysia Berhad. Sebanyak lebih daripada 3000 cawangan yang ada di seluruh Malaysia. Semua kemudahan ini diwujudkan untuk kemudahan para peminjam membuat bayaran balik dengan selesa.
Ingin saya kongsikan, terdapat juga saluran lain yang boleh kita gunakan untuk membuat bayaran balik pinjaman ini, antaranya adalah seperti berikut:
- Financial Processing Exchange (FPX) di portal rasmi PTPTN
- Kad ATM atau Kad Debit di kaunter-kaunter PTPTN
- Pengeluaran Akaun II KWSP
- Potongan Gaji
- Perbankan Internet
Isu pembayaran peminjam hutang PTPTN ini sering mendapat tumpuan dan liputan media massa termasuk di laman sesawang sosial media seperti Facebook dan Twitter. Kemudahan telah banyak disediakan untuk peminjam-peminjam membuat pembayaran balik dan sememangnya diharapkan mereka membuat langkah segera bagi memastikan rekod yang baik di dalam laporan kredit CCRIS.
Kepada semua peminjam-peminjam hutang PTPTN, inilah masanya untuk menyelesaikan hutang pinjaman yang dibuat pada masa terdahulu. Semoga dengan banyaknya ruangan, kemudahan dan cara pembayaran pinjaman ini akan menambahkan lagi kecukupan dana bagi PTPTN.
Usahlah kita hanya mementingkan diri kita sahaja, bersama-sama kita membantu bakal-bakal graduan akan datang untuk menikmati kemudahan pinjaman PTPTN seperti yang kita telah nikmati.
62 Comments
Jika susah nak bayar guna duit gaji..apa kata usahakan carik duit melalui bisnes sambilan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch
Betul tu saya setuju… Sekarang ni ada banyak Bisnes sambilan yang boleh kita lakukan… Terutamanya dengan adanya kemudahan internet, boleh menjadikan bisnes sambilan kita berjalan dengan lancar…
Curahan rasa Anuar @ ..Solat Mesti On time, Full Time dan kalau boleh buat Overtime
Bayar sikit-sikit,
Lama-lama jadi bukit.
Yang penting sebagai peminjam kena mulakan bayaran walau serendah RM10 ke RM50. nanti gaji makin tinggi boleh tambah lagi jumlah ansuran bayaran.
Curahan rasa emalin mohd @ ..9 Punca Haid Lambat Tetapi Tidak Hamil Dan Cara Mengatasinya
Alahmdulillah Mek ila juga tidak terikat dengan PTPTN. Masa degree dulu gunakan pinjaman MARA dan kemudiannya di convert menjadi biasiswa. Master pula bayar guna KWSP dan duit sendiri. Tapi tak dinafikan memang perit juga kalau ambil pinjaman PTPTN sebab nak bayar balik ambil masa berpuluh tahun.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Teruja Nak Naik Keretapi Laju ETS
Namun andai tidak mampu, kita bayarlah semula ikut kemampuan. Yang menjadi kesilapan ialah bila peminjam terus tak nak bayar dan tidak berhubung dengan PTPTN.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Teruja Nak Naik Keretapi Laju ETS
Bestnya kalau dapat Convert daripada Pinjaman kepada Biasiswa.. Tak payar bayar pinjaman… Tahniah Mek Ila.
Curahan rasa Anuar @ ..Solat Mesti On time, Full Time dan kalau boleh buat Overtime
Nak bayar balik, tapi website PTPTN selalu error selepas duit dibayar melalui FPX.
“Sistem sedang diselenggara … sila cuba kemudian.”
Curahan rasa Teoh @ ..5 Ways to Increase The Trustworthiness of Your eCommerce Website
Kalau macam tu kena buat report.. Supaya mereka tahu ada kelemahan yang perlu mereka perbaiki
Curahan rasa Anuar @ ..Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri
Betul, hutang tetap hutang, dah berjanji nak bayar, jadi perlulah bayar.
Syukur Alhamdulillah, dulu dapat biasiswa.
Curahan rasa myliferia @ ..7 Tips Merawat Gastrik Secara Semulajadi Agar Tidak Berulang Lagi
Samalah kita.. Saya pun bersyukur sangat, sebab dapat biasiswa semasa belajar di peringkat Degree dan Master… Tak perlu bayar duit pinjaman.. Cuma terikat kontrak bekerja dengan kerajaan selama 10 tahun..
Curahan rasa Anuar @ ..Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri
Dalam tak sedar sekejap jer 10 tahun hampir berlalu.. 4 April 2016 genap perkhidmatan saya selama 10 tahun dengan kerajaan..
Curahan rasa Anuar @ ..Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri
Bermula dari sekarang saya nak solat Taubat banyak-banyak, Solat hajat banyak-banyak… Kemudian selepas genap 10 tahun perkhidmatan saya, saya nak buat Solat Ishtiqarah… Samada nak terus bekerja dengan kerajaan, ataupun mengubah haluan pekerjaan saya… Harap dapat sama-sama doakan yang terbaik untuk saya..
Curahan rasa Anuar @ ..Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri
Semoga diberi ilham dan dibukakan jalan, petunjuk pilihan yang terbaik dan hati yg aman tentang pilihan itu nanti
Curahan rasa muhammad nizam @ ..JIBRIL TURUN PADA 27 RAMADHAN
Aameen, semoga dikurniakan yang terbaik. Sangat bagus, apa-apa hal, bertanya Allah dahulu. Pasti diberikan jalan dan kesudahan yang manis 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..8 Tips Kawal Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat
Kurangkan belanja yang tidak penting, lagi cepat hutang di bayar , lagi senang kita di kemudian hari 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..9 Tanda Kanak-Kanak Mengalami Kekurangan Nutrisi
Betul tu… Saya setuju sangat… Struktur semula perbelanjaan harian, supaya dapat selesaikan hutang pinjaman PTPTN dengan secepat mungkin..
Curahan rasa Anuar @ ..Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri
Tak kira la hutang sesama manusia atau dgn kerajaan. Hutang kena bayar. Kita dah sign kontrak janji nak bayar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Semak Oppo Original
Hutang tetap hutang.. hutang wajob dibayar.. semoga semua peminjam mula membayar pinjaman PTPTN setelah membaca entri ini..
Curahan rasa anuar @ ..Kelas Persediaan MUET di PSIS dan Malam Lailatul Qadar
ada banyak cara untuk bayar balik ptptn, guna akaun 2 kwsp pun boleh.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Langsai PTPTN Cara Pantas
Ooo.. Baru saya tahu.. Terima kasih di atas perkongsian info.. Kalau macam tu tak susahlah nak selesaikan pinjaman PTPTN… Tapi kenapa ramai kakitangan kerajaan menghadapi masalah nak bayar pinjaman PTPTN?
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
Sikap berat hati menyebabkan kita sukar nak bayar hutang.
Sebenarnya hutang selesai hati kita akan lebih tenang.
Rezeki akan lebih murah..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar
Betul tu saya setuju… Selagi kita berhutang, selagi itulah hati kita takkan tenang… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
Nikmat bila tiada hutang rezeki lebih murah dan hati lebih tenang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar
mak ayah yg muda muda sekarang ada anak , start la kumpul untuk tabung pendidikan.. nanti tak perlu pinjam ni.. pinjam mudah.. nak berbayor memang semput..
Curahan rasa muhammad nizam @ ..TAWARAN BERGANDA SELAIN LAILATUL QADAR
Yalahkan…guna duit cara tunai tanpa berhutang lebih bagus
.hati pun tak bingung memikirkan ttg hutang yang tertunggak.
Eloklah macam tu.. Kalau kita mampu, tak perlulah berhutang untuk menanggung yuran pengajian anak belajar di Universiti… Tapi kalau tak mampu, PTPTN antara pilihan yang kita ada..
Curahan rasa Anuar @ ..Kelas Persediaan MUET di PSIS dan Malam Lailatul Qadar
pernah dengar-dengar ayat orang ni.. bayar balik pinjaman ni sampai ke mati pun tak habis…
Curahan rasa muhammad nizam @ ..JIBRIL TURUN PADA 27 RAMADHAN
saya ada baki RM3,500 lagi dengan pinjaman negeri selangor, masih berusaha untuk melunaskannya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Langsai PTPTN Cara Pantas
Teruskan berusaha tuan
Semoga Allah limpahkan murah rezeki supaya ada kemudahan untuk lunas hutang yg tertunggak.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar
Dah tak banyak dah tu hutang pinjaman tuan Ikhwan Fahmi… Kena promote lebih produk IKR tu.. Nanti dapat komisyen dan Royalti duit ebook boleh selesaikan hutang..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
Dkna bayar setakat yang mampu.. kalau nak potong gaji, rasanya semput sikit kot..hehehee
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Rezeki Itu Milik Allah
Dkna, bayar sikit-sikit pun tak apa.. Asalkan bayar.. Kalau tak bayar langsung, nanti boleh kena Black List..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
Saya pernah berurusan dengan client yg buat loan dan tersekat sebab CCRIS di PTPTN even kat Bank Negara records cantik…2,3 kali appeal akhirnya syarat dilonggarkan dan loan approved.
Curahan rasa Supian Mustapa @ ..STICKER & LABEL – ELS SPRAY PENCUCI BARANG KEMAS TERHEBAT ABAD INI!
PTPTN dah laksanakan CCRIS ke? Sebelum ni Jemaah menteri kata ditangguhkan dahulu..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
Perlu ada inisiatif untuk membuat pembayaran balik sebab duit tersebut adalah dipinjamkan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Kongsi kegembiraan Raya dengan tin peribadi Coca Cola
Masa tandatangan Agreement PTPTN dulu, kita bersetuju nak bayar selepas 6 bulan tamat pengajian… Tapi bila dah habis belajar, ada yang cuba nak mengelak daripada membayar hutang.. Tak baiklah macam tu..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!
Tanggung jawab orang berhutang ialah membayarnya..
Jika engkar macam zalim namanya …itulah yang kita tak nak.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar
Comments are closed.