Assalamualaikum dan salam 1 dunia, dulu pening juga nak buat keputusan beli domain dan hosting. Bila dah ada domain dan hosting sendiri, rasa lebih bebas bak kata Seniman Agung TS P. Ramlee “Dunia seperti ana yang punya”. Kali ini kita nak belajar sikit tentang domain yang mungkin ramai Rakan Blogger tak ambil kisah. Entri kali tentang domain adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini adalah untuk mengajak rakan-rakan blogger untuk mengambil berat mengenai domain yang kita gunakan. Sekarang ini memang ramai rakan-rakan blogger yang menggunakan domain sendiri atas platform yang berbeza-beza, ada yang menggunakan platform WordPress, blogspot dan juga lain-lain perkhidmatan. Apa juga platform yang anda gunakan, pengurusan domain adalah penting untuk dititikberatkan.
Perkara yang sering menjadi perbualan adalah untuk meletakkan www atau tidak pada pangkal awalan domain, contohnya www.denaihati.com atau denaihati.com. Bagi pengguna platform WordPress, masalah ini bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi untuk pengguna blogspot, silap percaturan, blog anda tidak akan dapat diakses.
Ada beberapa blog rakan blogger yang saya kenalpasti mengalami masalah ini, antaranya adalah blog Mia Namia, domain namiacinta.com jika diakses tanpa awalan www akan mengalami masalah ralat 404 – tidak ditemui. Ini adalah perkara yang seharusnya dielakkan, jika kita tidak mahu menggunakan domain tanpa awalan, setiap trafik yang pergi ke namiacinta.com perlulah dialihkan ke www.namiacinta.com untuk mengelakkan ralat 404 daripada berlaku.
Ada beberapa lagi rakan-rakan blogger yang menghadapi masalah yang sama, semoga akan dapat diperbaiki masalah ini untuk mengelakkan daripada para pembaca menghadapi masalah tidak dapat membuka blog anda walaupun domain adalah betul. Ada beberapa lagi perkara lain mengenai pengurusan domain yang perlu diambil berat oleh para blogger dan empunya laman sesawang, jika ada kesempatan akan dikongsikan dalam artikel yang berlainan.
Anda bolehlah mencuba domain anda untuk mengenalpasti sama ada ralat ini akan berlaku jika anda menulis domain anda dengan atau tanpa www pada pangkal domain tersebut. Jika dengan awalan atau tanpa awalan, blog anda masih boleh dibuka, maka domain anda tiada permasalahan ini.
Jika anda menggunakan subdomain lain, seperti blog.domain.anda dan sebagainya, masalah ini mungkin akan berlaku sekiranya ada pelawat yang hanya mencari domain domain.anda melalui pelayar komputer mereka. Sila pastikan domain utama anda, sekiranya tiada sebarang maklumat, akan membawa ke subdomain yang telah anda tetapkan.
143 Comments
thanks bro.. aku mmg risaukan benda ni berlaku.. nasib ko ingatkan..
Curahan rasa poruman @ ..Live Streaming Harimau Muda vs Hougang United FC 29 Oktober 2012
Pernah sekali waktu domain saya muncul pesan seperti diatas ketika di akses di browser. Bingung juga waktu itu. Untunglah dapat di koreksi dengan baik..
Curahan rasa Hybrid car @ ..Midsize Hybrid Cars on the Market
memang penting sekali dalam urusan domain,,,
jangan sampai kejadian itu terulang pad diri saya..hehe
Curahan rasa Obat Herbal Penyakit Diabetes @ ..Obat Herbal Penyakit Kolesterol
Saya memang recommend semua webmaster untuk menggunakan Google Webmaster Tools. Itu membolehkan kamu detect errors dalam website anda, sungguh bagus bagi yang membuat SEO.
GWT mmg terbaik..
Baru guna tahun ni..
Recommend dari Oh!Khai..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Jana Trafik Ke Web Anda
nasib baik jmr23.com & http://www.jmr23.com boleh dibuka..heheh
Curahan rasa JMR @ ..BANA Homemade Grill Burger || Bintulu
Pengurusan yang benar akan domain dan sub domain memang pentinh
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Buta Warna Dan Jenisnya
Sekarang dengan algoritma google yang baru nama domain juga berpengaruh
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Buta Warna Dan Jenisnya
penyelarasan domain ni kalau di Blogspot boleh di selaraskan …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Supplier of Hydraulic Pump for EICHER and SWARAJ Tractor from India
nice info bro..saya pun pernah mengalami masalah yang sama..sekarang dah ok..tak perlu www
Curahan rasa hafiz @ ..Top 10 Blog Paling Popular Malaysia – Oktober 2012
kalau kena letak http://www..url blog akan jadi agak panjang..kadang2 orang malas nak taip http://www..
Curahan rasa hafiz @ ..Helah Sorokkan Folder Dari Pandangan Mata Kasar
kadang2 saya tengok pelik member2 saya type www kalau nk bukk satu2 site tu…
sbb mmg saya tak penah buat,trus type je alamat blog tu,x payah nk letak www tu semua…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Jana Trafik Ke Web Anda
artikel menarik dan bermanfaat,,saya jadi tau perbedaannya…..thanks and nice info
betul tu..sy pernah terjadi..mujur cepat detect..dapat solve 🙂
Curahan rasa MK Syahir @ ..Raya Macam Tak Raya..Ehh?
ooo…macam tu ya..patutlah kdg2 masuk dkt blog ‘dia’ tu tiba2 aje keluar erro…kena letak www rupanya..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Jana Pendapatan Dengan Stiforp
nasib baik saya takde masalah mengenai awalan tersebut… so far ok.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Misi 6 Packs dan Kurangkan Berat Badan
mohon admin dapat sebarkan penderitaan yang dialami anak kepada rakan saya ini…terima masih
Curahan rasa ritz @ ..SOS! SOS! KANAK-KANAK INI MEMERLUKAN BANTUAN SEGERA
naseb baik takde masalah ni jugak..kalau ade, msti sy mati kutut tatau nak wat ape sbb mmg x reti pun bab2 ni… huhuhu
Curahan rasa Nadot @ ..Ketidaklengkapan di Aidiladha
Suatu saat bila telah bertekad menjadi blogger untuk mendapatkan penghasilan akan mempunyai domain tersendiri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Bayi Menangis
Sekarang sedang dalam masa belajar dan belajar mengenai dunia perbloggeran dengan sungguh-sungguh
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Bayi Menangis
Comments are closed.