Assalamualaikum dan salam 1 dunia, dulu pening juga nak buat keputusan beli domain dan hosting. Bila dah ada domain dan hosting sendiri, rasa lebih bebas bak kata Seniman Agung TS P. Ramlee “Dunia seperti ana yang punya”. Kali ini kita nak belajar sikit tentang domain yang mungkin ramai Rakan Blogger tak ambil kisah. Entri kali tentang domain adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini adalah untuk mengajak rakan-rakan blogger untuk mengambil berat mengenai domain yang kita gunakan. Sekarang ini memang ramai rakan-rakan blogger yang menggunakan domain sendiri atas platform yang berbeza-beza, ada yang menggunakan platform WordPress, blogspot dan juga lain-lain perkhidmatan. Apa juga platform yang anda gunakan, pengurusan domain adalah penting untuk dititikberatkan.
Perkara yang sering menjadi perbualan adalah untuk meletakkan www atau tidak pada pangkal awalan domain, contohnya www.denaihati.com atau denaihati.com. Bagi pengguna platform WordPress, masalah ini bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi untuk pengguna blogspot, silap percaturan, blog anda tidak akan dapat diakses.
Ada beberapa blog rakan blogger yang saya kenalpasti mengalami masalah ini, antaranya adalah blog Mia Namia, domain namiacinta.com jika diakses tanpa awalan www akan mengalami masalah ralat 404 – tidak ditemui. Ini adalah perkara yang seharusnya dielakkan, jika kita tidak mahu menggunakan domain tanpa awalan, setiap trafik yang pergi ke namiacinta.com perlulah dialihkan ke www.namiacinta.com untuk mengelakkan ralat 404 daripada berlaku.
Ada beberapa lagi rakan-rakan blogger yang menghadapi masalah yang sama, semoga akan dapat diperbaiki masalah ini untuk mengelakkan daripada para pembaca menghadapi masalah tidak dapat membuka blog anda walaupun domain adalah betul. Ada beberapa lagi perkara lain mengenai pengurusan domain yang perlu diambil berat oleh para blogger dan empunya laman sesawang, jika ada kesempatan akan dikongsikan dalam artikel yang berlainan.
Anda bolehlah mencuba domain anda untuk mengenalpasti sama ada ralat ini akan berlaku jika anda menulis domain anda dengan atau tanpa www pada pangkal domain tersebut. Jika dengan awalan atau tanpa awalan, blog anda masih boleh dibuka, maka domain anda tiada permasalahan ini.
Jika anda menggunakan subdomain lain, seperti blog.domain.anda dan sebagainya, masalah ini mungkin akan berlaku sekiranya ada pelawat yang hanya mencari domain domain.anda melalui pelayar komputer mereka. Sila pastikan domain utama anda, sekiranya tiada sebarang maklumat, akan membawa ke subdomain yang telah anda tetapkan.
143 Comments
Pada saat pemilihan nama domain harus memikirkan secara tepat agar sesuai dengan yang diharapkan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Stroke
Karena anam domain akan tetap seperti itu selama ngeblog
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Stroke
ada sesetgh blogger pun yg suka ubah2 nama domain…ini pun akan menjejaskan pencarian blog anda nanti^^
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Tempahan Design Timeline Facebook
info yang berguna, pernah juga hadapi masalah ni dulu masa mula-mula blogging..
Curahan rasa donnyien @ ..(True story) Dr Richard Teo – Thoughts of Life, Wealth, Success & Happiness
setuju kang :). niche sama. insya Allah pengunjung banyak 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Latihan Beban Turunkan Kolesterol & Trigliserid
terima kasih infonya denai hati 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Whey Protein untuk Menurunkan Berat Badan
yup nmpak mcm mudah..tp itulah kesilapan teknikal yg sering berlaku..thanks bro
Curahan rasa Jai @ ..AsiaCube Reward and Giveaways Program
terima kasih info domain ni bro DH.
Curahan rasa pokok manggis depan rumah @ ..Selamat Hari Raya AidilAdha Kepada Semua
satu lagi info yang bermanfaat telah diberikan disini,,salam
Curahan rasa rojash @ ..One Way to Enjoy a Holiday Trip in Europe
Blog hp belum check lagi pasal awalan www nie tetapi rasanya wordpress tiada masalah.
Curahan rasa hatiputera @ ..Produk dan perkhidmatan dari eizil network
makasih deh..
kmaren saya juga mengalami hal yang sama..
alhamdulillah sekarang udah tidak terjadi lagi
oo..begitu ker? ingatkan x kepentingan itu http://www...
tq for info bro
Curahan rasa jeffry @ ..Manchester united vs Chelsea 2012
yang penting url mudah diingati pengunjung
Yup..betul tu..kalau x buat betul2,kesian kat tuan punya blog..org nak singgah dah,tp pintu x bukak..
Curahan rasa Budak Desa @ ..Eh,Sembelih Itu Kejam?
aah..dan tetamu mula la melarikan diri ke blog2 len haha..bhye tu
Curahan rasa Jai @ ..AsiaCube Reward and Giveaways Program
Nama domain yang tepat dengan tema dan isi seuatu website juga akan lebih memudahkan untuk para pengunjung untuk mengingat dan juga untuk kembali membaca-baca artikel yang ada pada suatu website / blog.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Stroke
Comments are closed.