Assalamualaikum dan salam 1 Dunia, terus terang aku memang tak suka blog yang bagi macam-macam syarat untuk menulis komen … kena approve lah .. kena masuk kod ini kod itu lah … dan macam-macam syarat yang lain tapi itu hak tuan punya blog jadi terpulang pada tuan badan. Cuma padangan peribadi aku kenapa nak susahkan pembaca. Entri kali tentang komen adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Komen atau perkongsian pendapat dalam artikel sudah menjadi sebahagian daripada kegiatan yang dilakukan dalam bidang penulisan blog, walaupun ada sesetengah blogger yang lebih gemar artikel mereka tidak diberi komen, namun kuantiti blogger sebegini amatlah sedikit. Kita sendiri sebagai empunya blogger, biasanya akan menulis dan berkongsi pendapat dalam artikel-artikel yang rakan-rakan blogger yang kita baca, semuanya dilakukan dengan tujuan yang berbeza-beza.
Menulis komen sekadar untuk meninggal jejak
Seringkali penulisan pendapat atau komen ini dilakukan untuk meninggalkan jejak, ingin memaklumkan kepada empunya blog, saya sudah melawat dan membaca artikel ini. Namun seringkali persepsi yang berbeza yang kita akan sampaikan apabila komen atau pendapat yang diberikan tidak seiring dengan artikel yang telah ditulis. Sudah beberapa kali terserempak dengan komen yang berunsur soalan yang jawapannya sudah tertulis dalam artikel yang ditulis.
Apabila soalan-soalan begini diajukan, dan jawapannya telah pun di tulis, ini akan memberi tanggapan kepada empunya blog, anda memang tidak membaca artikel yang telah ditulis. Soalan hanya diajukan untuk memastikan “jejak” tadi dapat ditinggalkan.
Tidak kurang juga yang menulis pendapat sejurus selepas membaca tajuk artikel semata-mata, walaupun mungkin anda rasa anda berjaya menulis pendapat dengan baik, namun sebenarnya ianya jelas kelihatan apabila komen atau pendapat yang diberikan bercanggah dan fokus semata-mata pada tajuk.
Ramai blogger yang gemar menggunakan tajuk yang menarik untuk perhatian pembaca, oleh itu perlu hati-hati.
Jika anda tidak mempunyai masa yang begitu panjang untuk membaca keseluruhan artikel, adalah penting untuk anda pastikan soalan yang akan diajukan itu memang berkaitan dan tiada dalam artikel, fungsi carian dalam pelayar anda boleh digunakan untuk mencari info tersebut sekiranya artikel yang ditulis itu terlalu panjang. Sekiranya memang anda pasti tiada info berkenaan soalan yang ingin diajukan, bolehlah anda mengajukan soalan tersebut.
Bacaan pantas
Teknik bacaan pantas ini akan membolehkan anda membaca artikel yang panjang, dengan masa yang sedikit. Sekiranya anda sudah biasa dengan penulisan empunya blog, ini bukanlah masalah yang besar untuk dilakukan. Anda sudah tahu rentak atau gaya penulisan mereka, jadi mudah untuk anda mengenalpasti mana isi kandungan yang penting dan sebagainya.
Ini adalah sebahagian daripada teknik bacaan pantas, anda hanya akan membaca perenggan yang mempunyai kata kunci yang berkaitan dengan tajuk. Teknik ini amat sesuai dilakukan apabila penulisan blogger tersebut mempunyai struktur yang hampir sama. Contohnya beliau akan menulis mukadimah yang berkaitan dengan aktiviti seharian, sebelum menulis isi kandungan sebenar. Jika kita memahami struktur ini, perenggan pertama atau kedua mungkin boleh kita abaikan tanpa menyebabkan komen atau pendapat kita lari daripada konteks artikel tersebut secara keseluruhan.
Baca dan baca
Akhir sekali, dalam memastikan seni penulisan komen kita sentiasa berada dalam tahap yang memuaskan, apa yang paling penting, adalah kita perlu baca dan baca keseluruhan artikel. Walaupun mungkin kita sedang dalam keadaan yang tergesa-gesa, lebih baik kita tinggalkan penulisan komen tersebut daripada menulisnya, kerana khuatir, disebabkan kekalutan tersebut, kita menulis sesuatu yang mungkin akan memalukan diri kita sendiri tanpa kita sedar.
138 Comments
Terima kasih bro Eizil … Satu perkongsian yang berguna. Menulis komen kalau kena caranya memeng berbaloi.
Curahan rasa Slik @ ..10 Blogger Terbaik Malaysia
Terima kasih Tuan DH… Satu lagi perkongsian yang sangat menarik..
Pada pandangan sy.. apabila kita membaca sesuatu artikel… kita harus memahami setiap perkongsian ilmu/input yang diberikan… cara untuk memahami secara keseluruhan adalah dgn cara membaca artikel/entri itu sepenuhnya.. bukan hanya membaca sambil lewa.. Byk yg saya pelajari dari artikel tuan DH… Ini termasuklah perkongsian idea mengenai blog, ilmu semasa dan society…
Bagi pengomen pula… kita seharusnya memberi komen yang dpat sama2 membantu pembaca lain utk faham atau komen yg membina… Sebagai contoh… dulu pada awalnya.. blog sya memerlukan pengomen memasukan verified word.. ini menyusahkan pengomen.. Saya hanya sedar akan kesusahan ini apabila pengomen memberikan komen mereka..dan sebagai solusinya… saya telah disable kan function tu bagi memudahkan pengomen serta tidak mebuang masa…
Komen in berdasarkan pengalaman dan pandangan sy..
Terima Kasih..
Curahan rasa AmiRini @ ..Api Api Api…
menjadi sebuah dasar bagi seorang yang memiliki hobi menulis, dengan memahami cara penulisan sebuah artikel dengan baik dan benar
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
menulis haru berdasarkan suasana hati dan melihat keyword yang akan di berikan…untuk tulisan tersebut.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.