Assalamualaikum dan salam 1 dunia, dulu pening juga nak buat keputusan beli domain dan hosting. Bila dah ada domain dan hosting sendiri, rasa lebih bebas bak kata Seniman Agung TS P. Ramlee “Dunia seperti ana yang punya”. Kali ini kita nak belajar sikit tentang domain yang mungkin ramai Rakan Blogger tak ambil kisah. Entri kali tentang domain adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Artikel kali ini adalah untuk mengajak rakan-rakan blogger untuk mengambil berat mengenai domain yang kita gunakan. Sekarang ini memang ramai rakan-rakan blogger yang menggunakan domain sendiri atas platform yang berbeza-beza, ada yang menggunakan platform WordPress, blogspot dan juga lain-lain perkhidmatan. Apa juga platform yang anda gunakan, pengurusan domain adalah penting untuk dititikberatkan.
Perkara yang sering menjadi perbualan adalah untuk meletakkan www atau tidak pada pangkal awalan domain, contohnya www.denaihati.com atau denaihati.com. Bagi pengguna platform WordPress, masalah ini bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi untuk pengguna blogspot, silap percaturan, blog anda tidak akan dapat diakses.
Ada beberapa blog rakan blogger yang saya kenalpasti mengalami masalah ini, antaranya adalah blog Mia Namia, domain namiacinta.com jika diakses tanpa awalan www akan mengalami masalah ralat 404 – tidak ditemui. Ini adalah perkara yang seharusnya dielakkan, jika kita tidak mahu menggunakan domain tanpa awalan, setiap trafik yang pergi ke namiacinta.com perlulah dialihkan ke www.namiacinta.com untuk mengelakkan ralat 404 daripada berlaku.
Ada beberapa lagi rakan-rakan blogger yang menghadapi masalah yang sama, semoga akan dapat diperbaiki masalah ini untuk mengelakkan daripada para pembaca menghadapi masalah tidak dapat membuka blog anda walaupun domain adalah betul. Ada beberapa lagi perkara lain mengenai pengurusan domain yang perlu diambil berat oleh para blogger dan empunya laman sesawang, jika ada kesempatan akan dikongsikan dalam artikel yang berlainan.
Anda bolehlah mencuba domain anda untuk mengenalpasti sama ada ralat ini akan berlaku jika anda menulis domain anda dengan atau tanpa www pada pangkal domain tersebut. Jika dengan awalan atau tanpa awalan, blog anda masih boleh dibuka, maka domain anda tiada permasalahan ini.
Jika anda menggunakan subdomain lain, seperti blog.domain.anda dan sebagainya, masalah ini mungkin akan berlaku sekiranya ada pelawat yang hanya mencari domain domain.anda melalui pelayar komputer mereka. Sila pastikan domain utama anda, sekiranya tiada sebarang maklumat, akan membawa ke subdomain yang telah anda tetapkan.
143 Comments
dalam proses bertukar ke wordpress… rela bermula dari bawah semula.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Pelumba moto 3 bawa penumpang misteri
Guna blogspot..kikiki.
Blm ada pengalaman guna domain
Curahan rasa Hanif @ ..Beli kucing berharga RM100,000
ooh, baru tau psl nie..ingatkan sme je..
Curahan rasa syu90 @ ..JOM SERTAI SEGMEN “FOLLOW DAN GIVE AWAY BERSAMA FATIN ZAINI”
Alhamdullilah tidak mengalami masalah ini. Syukur! Hehehe Kalau tak sure panik attacked
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Peminat Chiffon Bergaya Dengan Qashmere
namiacinta tu guna blogspot eh?? baru tau ada masalah ni.. kena berhati utk “www”
Curahan rasa muazfaris @ ..Kenapa belajar Medic sukar?
Terbaik bro…^^info yeang sangat berguna
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Hot! Aaron Aziz masuk hospital
bagus infonya nih,,sebelumnya saya tak pernah berpikir seperti itu, tapi sekarang menjadi tahu,,thanks
Curahan rasa fira @ ..Best 5 places to vacation in Phuket, Thailand
info yang amat bguna skali…
Curahan rasa Nana @ ..Kepala Lembu Disangka Mayat Manusia
Pelajaran penting ni, 1 ilmu berguna yang mungkin akan digunakan nati 😀
Tima kasih
Curahan rasa Myra Jay @ ..Puding Triffle di Hari Raya
setakat hari nih blog saya tak de masalah nih….sebab saya gunakan platform wordpress…jadi semasa installation menggunakan softaculous yang disediakan oleh pihak penyedia hosting semua setting boleh kita set kan…itulah pentingnya memilih hosting dan pakej yang menyediakan skrip yang kita perlukan kerana pelanggan boleh melakukan apa jua installation atau setting dengan sendiri….secara tak langsung pelanggan boleh berlatih membuat installasi….jika menghadapi masalah boleh merujuk kepada video tutorial atau melalui email terus kepada pihak penyedia hosting.
Curahan rasa Syarih @ ..Mohon Bantuan AKPK – Susun Semula Hutang Anda.
Alhamdulillah~ blog saya tiada masalah tersebut… klu taip tanpa ‘www’, dia terus pergi ke alamat yg ada ‘www’ tu juga…
Curahan rasa Akuro San @ ..Kenapa Perlu BerBlog Dan Campaign Dari Nuffnang
terima kasih dengan info ni.
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Salam Aidiladha 2012/1433
terima kasih atas infonya ….
domian utama kena menggunakan awalan WWW tapi sub-domain tidak perlu menggunakan awalan WWW ….
masa setting domain tuh pihak syarikat yg jual domain tuh yg tolong setting kan .. sbb tuh saya akan pastikan url blog sentiasa betul supaya memudahkan rakan pembaca masuk ke blog
Curahan rasa namia cinta @ ..Zaman Sekarang Dengan Zaman dulu Tak Sama
biasanya blog di platform blogspot yang jadi takleh akses tanpa W W W.. kena aktifkan “Redirect xxxxxx.com to www. xxxxxx.com”
Curahan rasa Anarm @ ..Bau Kedai – Wordless Wednesday
saya punya ada masalah tak? saya tak pernah tau pula tentang ni… terima kasih utk perkongsian ni ye.. 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Terima Kasih Budak Nakal Dan Mama Maszull
blog bro kena atur setting sbb tak dapat diakses tanpa www
Curahan rasa beckhr00y @ ..Liverpool VS Everton Manchester United VS Chelsea
oooo memang kena titik beratkan jugak ek www tu, tapi kalau guna platform blogger je kan jadi mcm tu
Curahan rasa jal @ ..Zulfahmi bakal mengharumkan Malaysia
Comments are closed.