5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.

Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.

tip blogging

Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.

Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?

Jawapannya, tidak.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).

Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya

Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?

Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.

5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger

Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:

#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan

Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.

Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.

#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan

Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.

Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.

#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten

Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.

Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?

#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik

Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.

Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?

#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati

Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.

Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?

Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉

Kredit gambar: Jorge Quinteros


Spread the love

295 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!