Pengurusan Kewangan kini mudah dengan Aplikasi TouchStyle Bank Rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.

Bank Rakyat kini telah mempunyai sebuah aplikasi baharu mereka dalam memudahkan pengurusan kewangan. Sebuah aplikasi yang kelihatan menarik dan percuma untuk dimuat turun serta mesra pengguna. Pelbagai fungsi dan menjadi aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah.

Screenshot_2015-07-28-08-43-08

Kini, semua pengguna android dan iOS dapat memuat turun aplikasi ini yang memberikan satu kaedah baru dalam pengurusan kewangan diri, keluarga mahupun syarikat. Aplikasi touchstyle ini juga membolehkan pengguna mendapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat.

Pengguna dapat membuat kiraan dengan memasukkan jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan harian, pembayaran bil, serta kos lain pada dalam aplikasi ini.

Screenshot_2015-07-28-08-47-19

Pembahagian dalam perbelanjaan seseorang itu amat penting dan dengan aplikasi TouchStyle ini, dapatlah sedikit sebanyak mengetahui aliran masuk dan keluar kewangan peribadi. Berapa banyak amaun yang kita mahu untuk simpanan dan kita juga boleh melihat perbelanjaan seharian seterusnya dapat mengawal aliran kewangan.

Screenshot_2015-07-28-08-48-36

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Android atau iOS, anda boleh memuat turun aplikasi TouchStyle ini hari ini dan menggunakannya.

TouchStyle

Bank Rakyat TouchStyle

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.lightgearlab.touch

https://itunes.apple.com/my/app/touchstyle/id993594011?mt=8


Spread the love

114 Comments

  1. Semua apps yang diberikan amat bagus utk dipakai. Semua buat pindahan wang secara online jadi semakin senang. Dengan beberapa langkah saja dah jaya buat pindahan. Tetapi sikit risau ttg keselamatan wang I jugak. 🙁

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!