Pengurusan data lebih sistematik dengan blockchain dan smart contracts

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

tempoh hari kita ada berbincang mengenai Bagaimana Blockchain membantu dalam kehidupan dunia digital. Kali ini kita akan berbincang mengenai satu lagi elemen dalam rantaian blok yang akan memberikan faedah lebih hebat.

ianya dinamakan smart contract atau kontrak pintar.

blockchain smart contract

Apakah kontrak pintar dan apa kaitan dengan rantaian blok?

Kontrak pintar ini adalah kontrak yang kita telah buat tetapan apa yang perlu kita masukkan untuk perjanjian yang telah ditetapkan. Kemudian kontrak pintar ini akan dimasukkan ke dalam rantaian blok untuk ianya menjadi sah kepada dua pihak.

Apa yang menarik mengenai kontrak pintar ini, sekiranya ianya melibatkan bayaran antara dua pihak, kita boleh buat tetapan agar, nilai transaksi yang dibayar, akan terlebih dahulu disimpan dalam rantaian blok. Apabila penjual telah menghantar produk atau telah menunaikan elemen dalam kontrak.

Bayaran akan automatik diserahkan kepada penjual melalui pengurusan rantaian blok tadi. Bagaimana pula jika penjual tidak membuat penghantaran? Ia bermaksud, kontrak itu telah terbatal sebab tidak mengikuti semua tetapan yang telah dibuat, dan pembayar akan menerima semula nilai yang telah diserahkan lebih awal.

bagaimana kontrak pintar berfungsi

Ini membolehkan semua urusan berlaku dengan baik, penipuan akan sukar untuk dilakukan, kecuali jika tetapan dalam kontrak itu berat sebelah.

Apa bidang yang boleh menggunakan teknologi kontrak pintar ini?

Antara bidang yang sesuai untuk menggunakan teknologi kontrak pintar ini adalah seperti industri takaful dan insurans. Sudah banyak kes kita dengar tuntutan sukar untuk dibuat, lambat, ejen lari dan pelbagai lagi. Semua ini hanya menguntungkan pihak syarikat insurans, kerana duit telah mereka kutip dengan mudah setiap bulan.

Dengan menggunakan rantaian blok dan kontrak pintar ini, kita dapat menguruskan proses ini dengan lebih mudah. Bayaran akan tetap dilakukan seperti biasa, namun apabila kondisi untuk membuat tuntutan telah dipersetujui, kontrak pintar akan dapat membuat bayaran dengan lebih cepat dan telus kepada penerima.

Bagaimana proses kontrak pintar boleh berlaku

Tiada penipuan atau manipulasi yang akan berlaku dan semua rekod transaksi tersebut dapat dirujuk melalui rantaian blok ini.

Bayangkan, selepas ini, tiada lagi yang boleh memanipulasi urusan jual beli rumah, kereta, barangan. Lebih menarik, melalui rantaian blok ini, kita juga dapat melindungi hak cipta penulisan artikel, gambar dan lain-lain apabila ianya telah diterima dalam ekosistem dunia digital masa kini dengan lebih meluas.

Teknologi rantaian blok dan kontrak pintar ini hanyalah sebahagian kecil daripada perkembangan rantaian blok yang telah berkembang pesat pada masa kini.

Jika anda boleh melindungi hak milik anda seperti gambar, artikel dan lain-lain dengan lebih baik menggunakan rantaian blok, adakah anda ingin gunakannya?


Spread the love

37 Comments

  1. Tahun 2019, dijangka pengurusan data menggunakan blockchain akan menjadi pilihan ramia..sebenarnya tak fahm sgt psl cara ini

    1. Setiap teknologi yang dicipta pasti ada kelebihan dan kekurangan, tetapi penambahbaikan pasti ada untuk mengawal masalah yang bakal melanda.

      1. betul tu tuan. Nak nak teknologi yang baru diperkenalkan. Tak kan betul betul sempurna. Pasti nak kena ditambah baik lagi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!