Doa-Doa Pendek Yang Ada Di Dalam Al-Quran

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta’ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya.

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda.

Baca : Amalkan 5 Doa Ini Setiap Hari – Allahyarham TG Ismail Kamus

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Ini adalah beberapa doa yang kita boleh amalkan bersama.

  • DOA KHAWATIR HATIMU BERPALING DARI HIDAYAH.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب

RABBANA LAA TUZIGH QULUU BANAA BA’DA IDZ HADAITANAA WAHAB LANA MILLADUNKA RAHMATAN, INNAKA ANTAAL WAHHAB.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. (QS. 3),

  • DOA INGIN MATI SYAHID.

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

RABBANA AAMANNAA BIMAA ANZALTA WAAT TABA’NAAR RASUULA FAAK TUBNAA MA ‘ASY SYAAHIDIIN.

Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang Engkau turunkan dan kami telah mengikuti Rasul, kerana itu tetapkanlah kami bersama golongan orang yang memberikan kesaksian. (QS. 3 : 53).(hr).

  • DOA APABILA TERIMA KESUSAHAN.

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

HASBI YALLAH LAA ILAAHA ILLAA HUWA ‘ALAIHI TAWAK KALTU WA HUWA RABBUL ‘ARSYIL ‘ADHIIM.

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy (singgahasana) yang agung. (QS. 9 : 129).

Baca : Doa Ini Rasulullah SAW Wasiat Untuk Kita Amalkan

  • DOA MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR SOLAT KITA BESERTA KELUARGA TERJAGA.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

RABBIJ ‘ALNII MUQIIMASH SHALAATI WA MIN DZUR RIYYATI RABBANA WA TAQABBAL DU’AA.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. (QS. 14 : 40).

  • DOA MEMOHON AGAR ISTERI DAN KELUARGA MENYENANGKAN DAN MENYEJUKKAN HATI.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

RABBANAA HABLANAA MIN AZWAA JINAA WA DZURRIY YATINAA QURRATA A’ YUN WAAJ’ALNAA LILMUTTAQIINA IMAAMAA.

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 25 : 74).

  • DOA AGAR RUMAH PENUH KEBERKATAN.

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِين

RABBI ANZILNII MUNZALAM MUBAARAKAA, WA ANTA KHAIRUL MUNZILIIN.

Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik baik pemberi tempat. (QS. 23 : 29).

  • DOA AGAR DIJAUHKAN DARI GANGGUAN SYAITAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

RABBI A’UDZU BIKA MIN HAMAZAATISY SYAYAATHIINI, WA ‘AUDZU BIKA RABBI AYYAH DHZURUUN.

Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan bisikan syetan.
Dan aku berlindung pula kepada Engkau ya Tuhanku agar mereka tidak mendekati aku. (QS. 23 : 97 – 98).

  • DOA TAKUT MASUK NERAKA.

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

RABBANAASH RIF ‘ANNAA ‘ADZAABA JAHANNAMA, INNA ‘ADZAA BAHAA KAANA GHARAAMAA.

Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahanam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal. (QS. 25 : 65).

  • DOA AGAR ALLAH TERIMA AMAL BAIKMU.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

RABBANAA TAQABBAL MINNAA INNAKA ANTAS SAMII’UL ‘ALIIM.

Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh Engkaulah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (QS. 2 : 127).

  • DOA KETIKA KESEDIHAN YANG MENDALAM.

إنما أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّه

INNAMAA ASYKUU BATS TSII WA HUZNII ILAALLAH.

Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. (QS. 12 : 86).

Baca : Teruskan Berdoa Kerana Itu Adalah Senjata Umat Islam

Semoga kita dapat melazimi dan memperbanyakkan doa dalam kehidupan seharian serta dikabulkan permintaan kita kepada-Nya. Amin.

Wallahu’alam. Sebarkan jika bermanfaat 🙂


Spread the love

4 Comments

  1. Pilih doa-doa yang bagus dan jadikan zkir tetap selepas solat yang dibaca dengan jumlah tertentu. Bukan sekadar doa yang dibaca sekali sahaja.

  2. setiap doa dalam alquran bagus di amalkan, cuma kita tak tahu atau terlupa nak amalkan. kerana leka dengan dunia

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!