Seminar Keusahawanan Muzikal #YouCanDuit di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesuatu yang cukup menarik apabila sebuah seminar keusahawanan diterjemahkan dalam bentuk muzikal. Itulah yang berlaku pada #YouCanDuit @Karnival CEO Desa yang bertempat di Istana Budaya Kuala Lumpur. Buah tangan terakhir untuk siri jelajah kempen #YouCanDuit bagi tahun 2017 yang berlangsung pada 19 sehingga 21 Januari 2018.

Alhamdulillah, pihak Denaihati Network telah menjadi sebahagian daripada pasukan untuk menjayakan program YouCanDuit sejak tahun 2016 lagi. Dari selatan hingga utara, dari pantai barat hingga ke borneo, kesemuanya telah dijelajahi untuk membawa eUsahawan dan eRezeki ke seluruh Malaysia.

Untuk eUsahawan sahaja pesertanya telah menjana pendapatan RM227 juta dan akan terus bertambah apabila perniagaan peserta itu semakin mantap, manakala eRezeki pula sudah melebihi RM112 juta. Angka-angka tersebut telah membuktikan bahawa kempen ini telah berjaya merakyatkan ekonomi digital di negara kita.

Sambutan mantap di setiap negeri

Kempen #YouCanDuit ini telah menjelajah ke seluruh negara dengan jayanya membuka mata usahawan-usahawan yang berada di bandar mahupun luar bandar. Tidak kira perbezaan kaum, jantina mahupun umur, kesemuanya bersatu di bawah satu bumbung dan kesedaran untuk menjana pendapatan melalui alam digital telah diterapkan. Sudah pasti tahun 2018 akan terus menggiatkan usaha untuk mengadakan kempen kesedaran bagi mereka yang berpendapatan rendah untuk meraih peluang pendapatan.

Sejak tahun 2016 sehingga sekarang, #YouCanDuit yang membawa program eUsahawan dan eRezeki telah melatih seramai 307,778 peserta dan menjana lebih daripada RM340.1 juta pendapatan terkumpul.

Sokongan Kerajaan yang berterusan

Penutup majlis #YouCanDuit di Istana Budaya Kuala Lumpur baru-baru ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Datuk Yasmin Mahmood, Ketu Pegawai Eksekutif MDEC.

“Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak program bagi meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya menerusi bidang ekonomi digital, jika terus dipilih menerajui negara pada pilihan raya umum akan datang,” Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Perkongsian artis-artis dalam Keusahawanan

Muzikal #YouCanDuit kali ini mengambil pendekatan yang istimewa untuk berkongsi informasi melalui persembahan muzikal.

Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Erma Fatima (Mok Cun), Nabil Ahmad, Fizo Omar dan Sifu Jamal tidak terkecuali dalam sesi perkongsian untuk usahawan-usahawan dan pengunjung yang datang. Kesemuanya hadir untuk mendengar sendiri kisah jatuh bangun mereka yang telah mengecapi kejayaan.

Kehadiran semua hadirin di dalam Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur amat berbaloi apabila ramai yang menghayati kisah-kisah selebriti yang bersusah payah menempa nama.

Tidak mudah mengalah, banyakkan bersedekah, bantu membantu dalam perniagaan adalah di antara tips-tips yang diberikan oleh selebriti yang hadir.

Diharapkan program yang dibawakan oleh MDEC ini akan sentiasa diteruskan bagi memberi peluang kepada jutaan rakyat untuk terus menjana pendapatan secara digital pada zaman ini.

32 Comments

  1. Harap seminar sebegini dapat diterus pada masa akan datng. biarkan kerajaan dah bertukar. Program yang memberi byk manfaat ni

      1. Memang ini car mereka. Menarik perhatian orang ramai ke acara sebegini ialah dengan menjemput public figure, mereka ada aura yang tersendiri. Artis plak bukan calang calang

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!