Mengapa seorang wanita katakan poligami itu menyakitkan?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apabila bercakap mengenai poligami pasti seseorang wanita itu mudah melenting. Itu belum lagi apabila suaminya sendiri yang berkata ingin berpoligami. Pasti hati serta fikirannya tidak keruan dan celaru akan keputusan suaminya itu.

Bagi seorang isteri dan wanita, bermadu atau poligami itu adalah satu hal yang paling menyakitkan, kalau boleh perkara tersebut tidak ingin berlaku dalam rumah tangganya. Tapi bagi seorang lelaki atau suami, bermadu atau berpoligami itu adalah perkara yang manis dan bahagia.

Tahukah wahai lelaki, seorang wanita mampu hilang pertimbangan apabila mendengar berita suaminya mahu menduakan dirinya. Walaupun pedih, seorang wanita pasti tidak mampu mengharunginya di dunia ini. Walaupun di dalam hatinya menyatakan redha tapi hakikatnya si isteri pertama banyak makan hati.

Gambar hiasan : kahwin dua serentak

Tiga perkara ini membuatkan seorang wanita itu, menolak sekeras-kerasnya mengenai poligami dalam hidupnya.

1. Takut suami tidak adil

Sebelum bernikah baru, seorang suami pasti akan menjanjikan keadilan bagi isteri pertamanya. Tetapi apabila sudah bernikah baru, janji-janji itu hanya palsu seperti tidak pernah diucapkan. Seorang isteri ini, begitu takut jika suami mereka tidak berlaku adil terhadap mereka. Perkara apa yang perlu diadili?

Perkara seperti nafkah, hak bermalam serta keperluan-keperluan lain. Bukan itu sahaja, bagaimana dengan hak anak-anak pula? Jika si isteri tidak bekerja bagaimana mereka mahu menyara hidup mereka? Banyak perkara yang akan difikirkan oleh isteri pertama apabila si suami menyatakan akan berlaku adil selepas berpoligami.

2. Rasa cemburu yang melampau

Wanita ini mampu menyembunyikan rasa sayangnya terhadap seorang lelaki selama bertahun-tahun. Tetapi seorang wanita itu tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walaupun seminit. Jadi bagaimana dirinya ingin melepaskan suaminya ke pelukan wanita lain.

Pasti rasa cemburu akan muncul dan membawa kepada sifat amarah yang sangat melampau. Akhirnya apa akan jadi? Pasti akan berlaku pergaduhan antara isteri-isteri yang dimadukan itu.

3. Hilang tempat berlindung

Suami adalah tempat seorang isteri berlindung bahaya daripada apa sahaja yang bahaya yang mendatang. Apabila seorang suami mempunyai lebih dari satu isteri, pasti perhatiannya juga sudah berubah. Suami pasti tidak lagi fokus pada isteri yang pertama. Jadi si isteri akan merasa kehilangan tempat berlindung.

Walaupun ramai wanita yang menentang poligami, tetapi ada sahaja yang boleh menerima perkongsian suami ini. Cuma kehadiran wanita-wanita kuat ini tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. Hal ini kerana, wanita yang betul-betul kuat dan terpilih sahaja yang boleh menerima ujian seperti ini.

Undang-Undang Poligami Di Malaysia

Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini: Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123. ( AKTA 303 : AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005 )

Mahkamah mengambil kira 4 syarat kebenaran sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984 iaitu :

1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.

2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.

3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.

4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

Gambar hiasan

Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka.

Mungkin banyak yang berlaku adalah Bila isteri tak percaya suami dah berpoligami.


Spread the love

2 Comments

  1. Setiap orang tentunya memiliki cara pandang yang berbeda-beda begitupun dengan poligami. Seperti halnya pada artikel diatas ada beberapa faktor penyebab istri sangat takut akan poligami begitupun saya setuju dengan beberapa alasan tersebut

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!