Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pengalaman membeli secara online bukanlah satu budaya di Malaysia. Di luar negara terutama di Europe dan Amerika membeli secara online adalah satu kebiasan yang memudahkan kehidupan mereka. Jom kita sama-sama baca pengalaman Eizil membeli secara online di Nile.com.my.
Minggu lepas berkesempatan untuk membeli belah di halaman membeli belah atas talian Nile.com.my. Pertama kali membuka laman mereka, tampak seperti halaman yang lain, dengan pelbagai produk yang mereka tawarkan. Namun apabila mula melihat produk demi produk, ternyata barangan yang ditawarkan oleh pihak Nile adalah lebih murah jika dibandingkan dengan kedai lain.
Membeli-belah di halaman nile.com.my ini amat menyeronokkan apabila terdapat begitu banyak pilihan barangan dari perkakasan rumah, alat senaman, pakaian, aksesori dan banyak lagi. Kesemuanya pada hanya yang rendah dan menarik.
Dinyatakan dalam halaman nile.com.my ini, mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran dalam 24jam untuk kawasan KL dan juga Petaling Jaya. Ditambah dengan perkhidmatan yang lebih menarik, iaitu pembayaran semasa penghantaran diterima (Cash On Delivery).
Pihak nile.com.my juga memberi jaminan harga paling rendah atau pihak mereka akan membayar anda perbezaan harga yang anda perolehi dari syarikat lain yang lebih rendah dari mereka. Ini adalah sesuatu yang berani oleh pihak mereka, dan terus terang, memang kagum dengan keberanian mereka dengan harga mereka.
Hampir sejam dihabiskan untuk membeli belah di halaman mereka kerana terlalu banyak barang yang menarik yang ditawarkan. Antara yang menjadi pilihan semasa proses beli belah tersebut boleh di lihat dalam gambar di bawah.
Selepas membuat tempahan dan menggunakan perkhidmatan courier biasa sahaja kerana lokasi penghantaran berada di luar kawasan penghataran 24Jam. Tempahan dijanjikan untuk dihantar menggunakan perkhidmatan courier kangaroo, dan nombor traking diberikan selepas semua bayaran dan tempahan dibuat. Namun begitu, barangan tempahan telah diterima keesokan harinya pada sebelah petang (masih dalam tempoh 24jam).
Pengalaman membeli belah di nile.com.my memang menarik ditambah dengan penghantaran yang cepat membuatkan terasa untuk mengulang belian di laman mereka pada masa akan datang. Sekiranya anda ingin mencuba perkhidmatan mereka, amat dialu-alukan dan jaminan harga rendah yang diberikan pasti akan memberikan anda peluang untuk berjimat cermat.
75 Comments
Alin tak boleh tengok online2 shopping ni…laju jek tangan pi cimbclick nanti…hehehe
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Jom Buat Duit dengan Jomniaga.Com
boleh cuba dan jangan tak shopping, banyak barang-barang yang menarik ni…..
Curahan rasa Denaihati @ ..Koleksi Pilihan: Gambar-gambar sekitar Majlis Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
barang-barang excercise tu suma menarik je..nak kena terjah jap lagi window shoping
Curahan rasa wandisini @ ..Basuh Baju Percuma Di Dandy Laundry
macam menarik je barang2 yg ditawarkan…boleh cuba ni..
Curahan rasa hafiz @ ..Mesin jahit sudah diperbaiki
baru tahu. menarik juga nih ^_^
Wow..memang menarik. harga pun agak murah. macam konsep mudah.my agaknya ni. bagus. thanks for the info bro
Curahan rasa halif @ ..Rumah Untuk Disewa – Sg Buloh
mcm best je..selama ni aku pengguna tetap shopping di lelong.com.my, selalu cari screen protector je..murah bangat kat sana..pasang sendiri je..hehee
bila dah murah ni, kerap tukar pun ok lagi, sikit rosak pun takde masalah lah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Koleksi Pilihan: Gambar-gambar sekitar Majlis Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
siapa yang tulis nih??
Curahan rasa titan @ ..Buat duit dengan AssignJobs.
sudah update tuan…perkongsian dari saudara eizil.
Curahan rasa Denaihati @ ..Koleksi Pilihan: Gambar-gambar sekitar Majlis Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
Sekarang sepertinya segala sesuatunya bisa dilakukan dengan cara online
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Hikmah Puasa Ramadhan
Terima kasih tuan… informasi yang sangat bagus… teruskan share ilmu nya ya…
Menarik juga barang-barang yang ditawarkan…
Curahan rasa PerenLee @ ..Tips ChurpChurp : Manfaatkan Instagram
Betul tu memang banyak sekali barang-barang menarik dengan harga yang berpatutan.
terimakasih infonya…
sangat membantu sekali…
Curahan rasa harga tricajus @ ..Agen tricajus semarang
Dapat apa yang dicari memang best..
Curahan rasa weschairs @ ..Bunga Sedap Malam
Suatu hari nanti mungkin akan emakin banyak orang yang belanja online seperti ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips Jitu Irit BBM
nak terjahlah laman web tuh , nampak macam menarik lagi tertarik jer…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Akibat Mendesak Ditekupnya Bantal
Jom terjah jangan tak terjah dan kalau ada barang menarik bolehlah buat pesanan .. online jimat masa.
Curahan rasa denaihati @ ..Koleksi Pilihan: Gambar-gambar sekitar Majlis Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
shopping sakan nmpk kt nile.com.my
hehe
Curahan rasa lin azlina @ ..TERJEBAK JUGA DENGAN JOB DI RUMAH
Jimat masa tak perlu buang minyak kenderaan nak pergi mall .. shopping je online .. tak gitu??
Curahan rasa denaihati @ ..Koleksi Pilihan: Gambar-gambar sekitar Majlis Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
Comments are closed.