Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan “Seminar Buat Duit dengan Blog“, pasti ramai tidak akan lupa kerana banyak ilmu yang kita perolehi daripada ahli panel cuma seberapa banyak yang kita dapat praktik itulah yang lebih penting. Mereka yang berjaya adalah mereka yang sangguh bertindak dengan ilmu yang telah diperolehi kerana itu tidak ramai yang berjaya contohnya hanya 14 peserta daripada lebih 200 yang berani menyahut cabaran contest yang yang sedang berlansung di SINI. Joom kita baca perkongsian daripada Rakan Blogger Azman Ishak.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak menyiapkan tugasan pada hujung minggu lepas. Meskipun sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan rutin harian yang semakin mencabar.
Seperti semua sedia maklum dan seperti yang telah diwarkan-warkan dalam blog hebat ini, saya mewakili team AI MEDIA NETWORK telah diberi kepercayaan oleh Tuan Ilham (Denaihati) untuk menjadi Official Photographer, bagi menjalankan tugas membuat liputan bergambar sepanjang Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 ini berlangsung.
Ianya merupakan satu penghormatan dan amanah yang sangat besar diberikan oleh Tuan Ilham untuk team kami. Sepanjang seminar ini berlangsung, saya telah dibantu oleh saudara Azman Ismail selaku second photographer untuk mengambil beberapa angle yang sukar dicapai dengan kampuan lensa saya. Dalam pada itu, kami dah membuat pembahagian tugas seawal pagi semasa proses penunggu para hadirin tiba supaya setiap detik berharga tak dilepaskan begitu saja.
Jom kita layan gambar. Hari ni kita biar gambar berkata-kata. Kalau ade gambar yang tak cantik tu, kami mohon maaf. Kalau ade yang terkena “candid” tu… jangan marah 😀
Ok, saya berhenti sampai di sini dahulu. Kalau nak diikutkan banyak lagi fotonya. Tapi ini yang seleksi dan koleksi terpilih untuk tatapan anda semua. Jika ada umur yang panjang, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi semua. Salam ceria dan harapnya anda dapat manfaatkan tips-tips yang diberikan oleh ahli panel sepanjang Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 baru-baru ni.
Terima kasih tak terhingga kepada penaja utama Little Scarf Collection (tahniah Fanpage dah melebihi 1k) dengan gabungan penaja Ummi Umairah, Ajwa Travel Sdn Bhd (jangan lupa join kelab kembara ajwa), Serverfreak Web Hosting (menyediakan diskaun hosting 50%) dan eQurban (dengan website dan sistem baru). Juga tak lupa semua penaja hadiah cabutan bertuah AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources.
Berjumpa kita di WordPress Junior dan Master Class yang akan dianjurkan pada 22 dan 23 June 2013. Hanya yang berani untuk BERJAYA akan menyertai dan ANDA adalah salah seorang daripadanya joom SINI.
No related posts.
62 Comments
Meriah tengok aktiviti yang ada dalam gambar tu. Kalau ada lagi seminar ni. InsyaAllah nak cuba hadir supaya dapat buat duit sampingan melalui blog
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
meriahnya seminar tu..nak join jugak la kalau ada buat seminar lagi..
tahniah, majlisnya sangat sukses
perghh… makin meriah ni, rasa macam berminat gak nih.
Curahan rasa encikarman @ ..PAPA OK, MAMA TAK OK
acara ini semoga akan terus berlanjut tiap tahun amin dan semakin meriah tahun depan
Curahan rasa metrolisa @ ..Selamat Ulang Tahun untuk Bang Yuliawan Kakakku, Mentor Blogku, Motivatorku
Comments are closed.