Pengalaman berkawan dengan artis popular

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Bisnis perlukan modal untuk iklan“, dalam entri  tersebut ada tips untuk berjaya dalam bisnis. Kali ini Abang nak menulis kisah santai berkawan dengan  artis.

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dalam hidup ini memang banyak yang tidak disangka. Tak pernah termimpi anak orang kampung tak popular mana pun boleh berkawan dengan artis terkenal Malaysia.

Sahabat artis pertama Abang adalah Zarul Umbrella. Abang kenal ketika beliau aktif sebagai blogger tapi sekarang blog Zarulumbrella.com sudah terkubur. Daripada bertukar-tukar komen sehinggalah dapat mengopi bersama, dijemput rumah terbuka aidil fitri dan menjadi artis jemputan disemua majlis anjuran Denaihati. Kami memang rapat. Alhamdulillah kerjaya Zarul semakin berkembang selepas Gegar Vaganza 3, sekarang sudah jadi pelakon dalam telemovie “Cik Serba Tahu” bersama Sari Yanti dan Remy Ishak.

Siapa yang tidak kenal Adi Putra seorang pelakon yang sangat berbakat. Abang berkenalan dengan Adi Putra di tempat yang paling istimewa di Mekah. Daripada situ persahabatan kami semakin  rapat. Ketika itu Adi Putra sedang rancak dengan pengambaran telemovie Cinta Si Wedding Planner.

Pertama kali masuk set pengambaran telemovie “Cinta Si Wedding Planner” macam orang jakon juga lah. Selama ini hanya tengok drama kat TV, rupanya setiap adegan punyalah ramai insan belakang tabir yang bekerja tungkus lumus siang malam. Masa inilah berkenalan dengan kak Mira Filzah.

Kemudian follow Adi Putra di lokasi pengambaran telemovie “Lambaian Ramadan“. Banyak lokasi pengambaran yang Abang jejaki. Dapatlah berbual dengan Balqis dan Siti Elizad. Cerita ini memang trending hebat dan ramai yang marah sehingga maki hamun pelakon utama lelakinya.

Terbaru Abang dapat ikut sessi pengambaran telemovie 60 episod untuk TV3 bertajuk Dia. Berselisih dengan Janna Nick dan Irwan Syah tapi belum sempat nak berbual. Kena sabar sebab masa masih panjang lagi. Biasa kalau drama 60 episod, pengambaran mesti lebih daripada 3 bulan.

Hidup memang penuh dengan kejutan. Majlis paling tidak boleh dilupakan adalah Sarapan pagi Bersama Mira Filzah dan Adi putra. Kami anjurkan khas untuk blogger bertemu dengan artis kesayangan mereka. Sekarang kami menguruskan sosial media Adi Putra dan Mira filzah.

Artis pun manusia biasa yang perlu dihormati dan menghormati.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

25 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!