Mira Filzah, usahawan digital; antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

minggu baru bermula lagi, kali ini kisah usahawan muda ini perlu kita jadikan teladan. Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman pelakon utama drama Cinta Si Wedding Planner, merupakan gadis muda yang telah memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak umur beliau 17 tahun lagi.

Gadis kelahiran Negeri Perak ini merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur, dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan antarabangsa di UiTM, Shah Alam.

Mira filzah mora essentials

Memulakan perniagaan menggunakan platform digital

Mira Filzah memulakan aktiviti berlakon beliau dalam drama tempatan, sebelum bercuti sebentar selama 2 tahun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran beliau.

Selepas itu, Mira telah memulakan perniagaan dan menjadi usahawan digital menggunakan platform Instagram sebagai medium utama pemasaran produk beliau.

Mira Filzah mempunyai 2 perniagaan utama iaitu melibatkan produk kecantikan beliau sendiri dengan jenama MORA ESSENTIAL yang diusahakan bersama-sama rakan kongsi beliau.

Mira juga mempunyai shawl keluaran beliau sendiri di bawah jenama MF SHAWLS yang dipasarkan melalui platform online juga.

MF Shawls Mira Filzah

Menyeimbangkan aktiviti perniagaan dan lakonan

Mira Filzah sehingga kini begitu sibuk dengan pelbagai pengambaran, namun dalam masa yang sama, masih meneruskan perniagaan beliau dengan dibantu oleh team yang komited. Jika anda belum lagi like fanpage Mira Filzah, sila pergi ke Halaman FB Rasmi Mira Filzah dan like serta set see first.

Jangan lupa untuk langgan Channel YouTube Mira Filzah untuk video-video terkini yang dikongsikan daripada beliau kepada para peminat di seantero dunia.

Mira Filzah top 100 Young Entrepreneur Award

100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh

Terbaru, Mira Filzah telah disenaraikan dalam barisan 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh oleh Entrepeneur Insight. Pengiktirafan yang diterima ini memberikan satu lagi kayu ukur untuk pencapaian beliau setakat ini dalam bidang keusahawanan digital.

100 Usahawan muda paling berpengaruh

Semoga selepas ini, Mira Filzah akan terus berkembang maju dalam perniagaan yang dijalankan dan dapat terus menyumbang bakat beliau dalam bidang seni yang diceburi.

Tahniah Mira Filzah!


Spread the love

65 Comments

  1. Boleh jadika Mira Filza sebagai banchmark ni.. beruntung bakal suami Mira Filza nanti.. serba serbinya nampak sempurna..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!