Zarul Umbrella mengegar Gegar Vaganza 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat yang hebat dan berjaya?

Tahniah pada Abang Zarul Husin yang terpilih untuk menjadi perserta program realiti Gegar Vaganza 2016. Kalau ikut cerita daripada Zarul Umbrella, Astro telah melamar beliau sejak musim pertama tetapi tidak dapat ikut serta kerana komitmen kerja sebagai pramugara MAS.

zarul umbrella

Nak cerita sikit kisah bagaimana Abang kenal dengan Abang Zarul ini. Dulu awal-awal jadi blogger Abang suka komen kat blog blogger terkenal untuk tumpang tuah. Antaranya blogger retis yang Abang selalu komen adalah blog Abang Zarul. Hari-hari Abang tulis komen pada setiap entri baru di blog Zarul. Asbab daripada kerajinan Abang menulis komen tersebut bukan sahaja Abang kenal Abang Zarul malahan kenal semua kuncu-kuncu retis antaranya blogger hartanah Meor Zaidee, blogger ruamhtangga Mior Hafis Mior Ahmad, blogger hebat Nor Iman Nazuki dan ramai lagi.

Abang pernah menulis entri tentang Zarul bertajuk “Zarul Umbrella the singging blogger” tapi kini blog Zarulumbrella.com sudah terkubur. Kepada blogger baru boleh tiru strategi Abang untuk lebih dikenali tapi janganlah merajuk kalau blogger retis yang kita komen itu tidak balas balik komen kita atau tidak datang ziarah blog kita.

Salah satu sebab branding Denaihati Network terkenal sebab berkawan dengan kekawan yang dah terkenal seperti Abang Zarul. Bila team Denaihati Network buat event sepetang bersama blogger kami jemput Abang Zarul buat persembahan sebagai daya tarikan. Zarul Umbrella ikut serta sepetang bersama blogger tahun 2012, 2013 dan 2014.  Itu strategi untung sama-sama untung.

Video persembahan power Zarul Umbrella dalam Gegar Vaganza

 

Senarai lagu Zarul Umbrella untuk Gegar Vaganza 3

Sekarang abang Zarul Gegar Vaganza dah meletop. Kalau ikut ilmu branding tak mustahil Astro buat skrip untuk Zarul Umbrella jadi juara Gegar Vaganza 3. Kepada yang nak kenal Abang Zarul sila baca biodata Zarul Umbrella.

Good luck bro. U are the best.

Abang Denaihati
Ushawan Sosial Media
Denaihati Network (jangan lupa follow FB page kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

39 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!