Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Lambakan cryptocurrency di pasaran“. Apa yang kita nak buat mesti ada ilmu jangan ikut sahaja sebab orang kata. Kali ini Abang nak menulis kisah pengalaman untuk memandu kejayaan masa depan kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada pendapat Abang, adik-adik yang baru tamat belajar tak kisah peringkat apa kalau ada niat nak sukses besar dalam bisnis, bagus juga bekerja dahulu paling tidak tiga ke empat tahun untuk cari pengalaman. Tak kisah kerja kat mana sekali pun, semua itu ada pengalaman yang sangat berguna. Jangan risau berapa besar gaji yang penting berpatutan dengan kelulusan supaya boleh meneruskan kehidupan untuk mencapai misi besar pada tahun mendatang.
Ambil contoh pomen Cina mereka selalu hantar anak-anak mereka bekerja di bengkel orang lain untuk mencari pengalaman. Begitu juga kalau kita berhasrat nak buka restoran, bagus kalau boleh kita bekerja dahulu di restoran yang sudah maju untuk memahami perjalanan sebuah restoran dan segala susah senang supaya mudah apabila menjadi toke restoran.
Pengalaman Abang dulu pun sama apabila tamat belajar dari UKM memang sudah pasang niat nak jadi usahawan. Untuk mencapai niat tersebut Abang perlu bekerja dengan orang lain untuk mempelajari skil pengurusan kewangan, pengurusan manusia, pengurusan pelanggan, pengurusan pembekal dan macam-macam selok belok pengurusan perniagaan. Lebih 10 tahun Abang bekerja di sektor Kerajaan dan swasta demi mencari pengalaman sebagai bekalan sebagai seorang usahawan. Pernah dimarah, diherdik dengan Bos dengan perkataan kasar anjing dan babi, pernah bekerja tiga hari tiga malam none stop, pernah dimaki oleh pelanggan dan macam-macam lagi pengalaman masam dan manis.
Walau susah bagaimana sekali pengalaman tak pernah berundur atau kecil hati sebab dari awal sudah pasang niat nak mencari sebanyak boleh pengalaman untuk bekalan masa depan. Alhamdulillah apabila tiba masanya Abang bersama-sama beberapa sahabat telah memulakan perniagaan sendiri dalam bidang katering. Antara pengalaman menarik jadi katerer adalah menguruskankan kantin Hospital Klang selama lebih empat tahun, buat katering di Pejabat Perdana Menteri, katering di rumah Perdana Menteri, katering di rumah Timbalan Perdana Menteri, buat katering untuk Formula 1 dan Moto GP.
Setelah bergelumang dengan berbagai pengalaman suka dan duka selama tiga tahun dalam bidang katering akhirnya Abang beralih arah ke dalam bidang ICT sehinggalah sekarang. Sekarang sedang mengumpul berbagai pengalaman dalam bisnis digital yang banyak menghidangkan peluang yang besar.
Pengalaman Kerja untuk menilai diri
Pengalaman guru terbaik untuk bantu kita menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan. Selain daripada itu pengalaman bekerja juga akan menunjuk hala tuju samada kita sesuai untuk berniaga sendiri atau lebih sesuai membina kerja dalam perniagaan orang lain.
Ramai sahaja tokoh-tokoh korporat di dunia dan di Malaysia yang sangat terkenal menguruskan syarikat yang berjaya tanpa mempunyai perniagaan sendiri. Mereka mendapat pendapatan jutaan ringgit setahun. Antara toloh korporat yang sangat berjaya di malaysia adalah Tan Sri Aziz yang menguruskan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Shazalli Ramly orang kuat Telekom Malaysia dan ramai lahi kalau nak disenaraikan.
Kejayaan tiada jalan singkat
Paling penting JANGAN nak sukses cepat contohnya pergi dua tiga seminar terus tiru apa guru buat, tengok video youtube berulang-ulang terus tiru apa yang dipaparkan. Korea dan Jepun pun meniru asalnya tapi mereka tak tiru 100% malahan mereka ambil masa buat lebih baik lagi sehingga hari ini mereka mendahului teknolgi dunia.
Beri masa kepada diri sendiri untuk mencari pengalaman untuk kejayaan yang berpanjangan bukan hanya sebentar.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
85 Comments
Pengalaman lepas boleh jadi ubat dan bekal untuk perjalanan jauh di alam dunia yang menjadi pentas ujian
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..22 Cara nak tahu hamil atau tidak! Anda ada tanda mengandung ini?
Budaya copy paste memang berbahaya. Biar salah awal-awal. at least kita boleh belajar dari kesilapan kita.
Btw terima kasih sebab info yang sangat menarik.
tentulah demikian makanya blogger baru seperti saya ini selalu melihat gaya penulisan dan juga cara master blog memengelola blog mereka
Curahan rasa Bujang @ ..Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang
Betul. Tanpa pengalaman kita tak akan tau selok-belok sesuatu bidang tu.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
Bila sebut tentang pengalaman dalam perniagaan, saya suka melihat cara orang Cina berniaga..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Orang Cina berniaga melalui pengalaman.. sebab tu bila mereka dah mula berniaga, mereka akan pertahankan perniagaan tersebut untuk diwariskan kepada generasi-generasi mereka yang seterusnya…
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Tapi sesetengah tokey cina tak menghalang anak-anak mereka daripada belajar tinggi-tinggi.. tapi lepas habis belajar kena meneruskan perniagaan keluarga..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
betul tu tuan anuar.. mereka berniaga utk membina legasi. mereka bagi pengalaman kpd anak2 utk dpt ilmu perniagaan..
Curahan rasa JMR @ ..Scott’s champions children’s curiosity through learning experience at KidZania Kuala Lumpur
Jatuh bangun itu adat untuk berjaya. Kita jadikan ia panduan atau pengajaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan kita. Orang berjaya tak pernah putus asa.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Tiru bulat-bulat ni bahaya. boleh menyesatkan juga, Kena pandai berinovasi untuk berjaya
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Istimewa 3 Hari Promosi Sempena Hari OSTEOPOROSIS Sedunia 2017
orang kata tiruvasi. tiru idea boleh, tapi janganlah tiru bulat2 orang tu, kita tak jadi lebih baik pulak
Curahan rasa raihanah @ ..Tahap 3 Buah Pinggang Jadi Normal
bagiku pengalaman adalah salah satu proses untuk menuju kesuksesan. kesuksesan seseorang sudah pasti dia memiliki pengalaman berharga yang lebih banyak.
Curahan rasa paket karimunjawa @ ..PAKET WISATA KARIMUNJAWA DENGAN PENGINAPAN HOTEL AC
betul tu. jangan tiru, ambil contoh dan olah spy lebih baik dari yg original
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano
Produk yang sama dipasaran kita tiru dan jadikan lebih baik dan unik. Kemudian kita jual dengan harga yang lebih mahal. Itulah inovasi namanya.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Tak ada yg lebih berharga darpada pengalaman
Artikelnya keren dan sangat menginspirasi, terima kasih
Curahan rasa CreepyPasta Indonesia @ ..Tabrak Lari
sering dan kesini sahabat mesti beroleh banyak hal positif dan pengalaman baru dalam berblog
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Kalau kita belajar dari pengalaman sendiri memang makan masa
Sambil tu ada tunjuk ajar dari mentor, kita dapat pengalaman orang lain
learning curve jadi lebih cepat
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..PILIH 15 Makanan ini untuk pesakit buah pinggang! TERBAIK
Betul setuju…
Boleh ambil jalan short cut dengan mengambil pengalaman mereka yang telah berjaya sebagai panduan…
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
memang patut orang muda berkelana mencari pengalaman semacam saya ini blogger baru mesti terjah blog otai nak belajar banyak kaidah blog
Curahan rasa Bujang @ ..Sedekah Dengan Choki-Choki Pun Boleh
Betul tu..
Sama macam saya masa mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini… Selalu terjah blog otai-otai..
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
seperti blog tuan pun selalu saya terjah kalau bw ke blog-blog sahbat dari malaysia
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Masa habis belajar dulu, saya nak kerja makan gaji, lepas sekian lama tengok orang jual ebook, saya pun mula menceburi niche kerjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Tahniah tuan Ikhwan Fahmi…
Tian telah membuat pilihan yang tepat dengan menceburi bidang ini..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Tak ada ke yang nak bagi Diskaun 100% ??
Ebook-ebook yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan sentiasa menghasilkan jualan yang cukup memberangsangkan..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Tak ada ke yang nak bagi Diskaun 100% ??
dan tuan telah berjaya dengan menceburi bidang tersebut di sini jualan ebook entah mengapa tak seramai di malaysia
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Betul.. cari la lebih banyak pengalaman dan kegagalan kerana dari itu kita lebih banyak belajar darinya..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
Jatuh sekali, bangun berkali kali. Itulah semangat yang tak kenal erti putus asa dalam berusaha.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
benar sekali, Bang. bekerja untuk menilai kapasitas diri dan kejayaan ini hanya sementara ibarat roda yang berputar, ada kalanya di atas ada kalanya di bawah. nice post, very inspiring
Lumrah hidup memang begitu, tak selamanya di bawah dan di atas.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Comments are closed.