Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Lambakan cryptocurrency di pasaran“. Apa yang kita nak buat mesti ada ilmu jangan ikut sahaja sebab orang kata. Kali ini Abang nak menulis kisah pengalaman untuk memandu kejayaan masa depan kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada pendapat Abang, adik-adik yang baru tamat belajar tak kisah peringkat apa kalau ada niat nak sukses besar dalam bisnis, bagus juga bekerja dahulu paling tidak tiga ke empat tahun untuk cari pengalaman. Tak kisah kerja kat mana sekali pun, semua itu ada pengalaman yang sangat berguna. Jangan risau berapa besar gaji yang penting berpatutan dengan kelulusan supaya boleh meneruskan kehidupan untuk mencapai misi besar pada tahun mendatang.
Ambil contoh pomen Cina mereka selalu hantar anak-anak mereka bekerja di bengkel orang lain untuk mencari pengalaman. Begitu juga kalau kita berhasrat nak buka restoran, bagus kalau boleh kita bekerja dahulu di restoran yang sudah maju untuk memahami perjalanan sebuah restoran dan segala susah senang supaya mudah apabila menjadi toke restoran.
Pengalaman Abang dulu pun sama apabila tamat belajar dari UKM memang sudah pasang niat nak jadi usahawan. Untuk mencapai niat tersebut Abang perlu bekerja dengan orang lain untuk mempelajari skil pengurusan kewangan, pengurusan manusia, pengurusan pelanggan, pengurusan pembekal dan macam-macam selok belok pengurusan perniagaan. Lebih 10 tahun Abang bekerja di sektor Kerajaan dan swasta demi mencari pengalaman sebagai bekalan sebagai seorang usahawan. Pernah dimarah, diherdik dengan Bos dengan perkataan kasar anjing dan babi, pernah bekerja tiga hari tiga malam none stop, pernah dimaki oleh pelanggan dan macam-macam lagi pengalaman masam dan manis.
Walau susah bagaimana sekali pengalaman tak pernah berundur atau kecil hati sebab dari awal sudah pasang niat nak mencari sebanyak boleh pengalaman untuk bekalan masa depan. Alhamdulillah apabila tiba masanya Abang bersama-sama beberapa sahabat telah memulakan perniagaan sendiri dalam bidang katering. Antara pengalaman menarik jadi katerer adalah menguruskankan kantin Hospital Klang selama lebih empat tahun, buat katering di Pejabat Perdana Menteri, katering di rumah Perdana Menteri, katering di rumah Timbalan Perdana Menteri, buat katering untuk Formula 1 dan Moto GP.
Setelah bergelumang dengan berbagai pengalaman suka dan duka selama tiga tahun dalam bidang katering akhirnya Abang beralih arah ke dalam bidang ICT sehinggalah sekarang. Sekarang sedang mengumpul berbagai pengalaman dalam bisnis digital yang banyak menghidangkan peluang yang besar.
Pengalaman Kerja untuk menilai diri
Pengalaman guru terbaik untuk bantu kita menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan. Selain daripada itu pengalaman bekerja juga akan menunjuk hala tuju samada kita sesuai untuk berniaga sendiri atau lebih sesuai membina kerja dalam perniagaan orang lain.
Ramai sahaja tokoh-tokoh korporat di dunia dan di Malaysia yang sangat terkenal menguruskan syarikat yang berjaya tanpa mempunyai perniagaan sendiri. Mereka mendapat pendapatan jutaan ringgit setahun. Antara toloh korporat yang sangat berjaya di malaysia adalah Tan Sri Aziz yang menguruskan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Shazalli Ramly orang kuat Telekom Malaysia dan ramai lahi kalau nak disenaraikan.
Kejayaan tiada jalan singkat
Paling penting JANGAN nak sukses cepat contohnya pergi dua tiga seminar terus tiru apa guru buat, tengok video youtube berulang-ulang terus tiru apa yang dipaparkan. Korea dan Jepun pun meniru asalnya tapi mereka tak tiru 100% malahan mereka ambil masa buat lebih baik lagi sehingga hari ini mereka mendahului teknolgi dunia.
Beri masa kepada diri sendiri untuk mencari pengalaman untuk kejayaan yang berpanjangan bukan hanya sebentar.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
85 Comments
Tanpa pengalaman kita tidak bisa apa2,terus mencari pengalaman di usia muda dan sukses terus ya pak 🙂
Boleh pinjam dari pengalaman orang lain bagaimana mereka bisa berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
pengalaman memang guru terbaik yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X
Salah satu cara untuk jimat masa ialah dengan upah orang yang berpengalaman untuk buat kerja yang kita tak boleh buat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa
Ni pun idea yang bagus juga tuan Ikhwan Fahmi… denan cara ni kita dapat mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama yang pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Tak ada ke yang nak bagi Diskaun 100% ??
setuju sangat, pengalaman mendewasakan dan dari pengalaman banyak ilmu baru diperolehi
Curahan rasa raihanah @ ..Shaklee Suplemen ‘Beyond Organic’
Ada orang muda yang bijak untuk bekerjasama dengan orang yang berpengalaman untuk buat projek bisnes bersama sama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
Saya rasa salah seorangnya adalah tuan Ikhwan Fahmi sendiri.. resign kerja sedia ada dan sertai Tim Infokerjaya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Tak ada ke yang nak bagi Diskaun 100% ??
Dalam Tim Infokerjaya ada tuan Muaz Hadi yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan bisnes ebook..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Tak ada ke yang nak bagi Diskaun 100% ??
proses belajar perlukan masa..
lagi banyak ..
lagi bagus..
lama-kelamaan akan membentuk pengalaman ..
itulah guru kepada kita.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018
Masa tak boleh dibeli, tapi nak jimat kita boleh upah orang lain untuk buat kerja kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Kesilapan Utama Pelaburan Hartanah
Selain upah orang lain kita juga boleh belajar dengan guru melalui kelas sebenar, kelas online, beli ebook, video dan sebagainya untuk belajar daripada mereka yang telah berjaya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Tak ada ke yang nak bagi Diskaun 100% ??
Betul, setuju …. nak ada pengalaman yang banyak, mesti kena berani mencuba sesuatu perkara yang baru. Mahu ilmu baru, kena buat benda baru. Mahu pengalaman baru, kena hadap dan lakukan benda baru.
🙂
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jualan Online #MYCYBERSALE Besar-Besaran – Diskaun 90%
hahaha..
banyak perkara baru yang dihadap setiap hari..
itulah yang dinamakan membina pengalaman baru
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018
Kalau kita ambil inisiatif untuk buat perkara baru, ilmu akan berkembang dengan mudah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Kapal Layar Mewah Termahal Di Dunia
Betul seperti apa penulis menulis, pengalaman adalah guru terbaik dan saya masih lagi mencari guru terbaik, tetapi tiada peluang diri berikan ” ibarat menunggu bulan jatuh keriba ” saya tekad memulakan perniagaan sendiri dengan pengalaman tak seberapa dalam bidang IT, masih tidak berjaya tapi saya akan terus berusaha kerana ianya juga pengalaman jatuh bangun 🙂 ..
Curahan rasa broayietech @ ..Cara Daftar E-mail Domain Sendiri Di Zoho Mail
Kalau tak nak tunggu bulan jatuh, kita sendiri kena usaha untuk dekati bulan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Jangka Panjang Dan Bisnes Jangka Pendek
Guru terbaik adalah pengalaman..ya memang betul.
Saya sendiri akui bahawa pengalaman bekerja selama 20 tahun bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018
20 tahun bekerja dah masuk peringkat tenaga pakar, saya kerja baru masuk 12 tahun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
Benarlah kata orang pengalaman dapat mendewasakan dan mematangkan kita untuk tempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan. Biar bersusah dahulu bersenang kemudian. Sabar itu manis bila kita dapat raih sebuah kejayaan.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Asid Lemak Omega-3 Lemak Sihat Untuk Anda
memang betul la..
tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan..
sabar dan istiqamah amat dituntut..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018
pengalaman akan berguna jika kita perbaiki diri dari pengalaman tersebut..kalau pengalaman saja..tidak nilai diri seperti yg dikatakan penulis..itu membuang masa sahaja
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Senarai Lokasi Program Hari Sukan Negara 2017 (HSN2017) Mengikut Negeri
Penulis turut ambil masa yang lama untuk kumpul pengikut dan pembaca.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
pengalaman sesuatu yang tak boleh dibeli..kena melaluinya untuk mendapatkannya sendiri. orang banyak pengalaman ni banyak ilmunya
Curahan rasa reezluv @ ..Video Animasi Best Masa Zaman 90an Yang Masih Syok
Dengan pengalaman yang ada, kita boleh elakkan dari tertipu dengan orang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Hartanah Dengan Kerja Minyak Dan Gas
Bila sebut tentang pengalaman ni saya teringat tentang buku tulisan Billi Lim yang bertajuk Berani Gagal..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Setiap kali kita melalui pengalaman berhadapan dengan kegagalan, sebenarnya kita tidak gagal… tetapi kita belum berjaya..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Sekiranya kita bersikap positif terhadap apa juga kegagalan, kemudian kita cuba perbaiki mana yang patut… lama-lama kejayaan akan berpihak kepada kita.
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Dengan adanya pengalaman, ia mengajar kita untuk lebih bersiap ke arah apa yang dituju. Guru tebaik adalah pengalaman. Sewaktu menimba pengalaman, pelbagai keadaan terpaksa dilalui. Pengalaman itu kadangkala begitu pahit saat melaluinya. Namun setelah berlalu dan mengingatinya kembali, ia adalah sangat manis.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Akasia Senegal Dan Akasia Seyal Diterima Sebagai Gum Arabic
Matlamat jadi lebih jelas bila ada pelan jangka panjang dan pendek.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Pengalaman tu sebenarnya lebih mahal.. bila mohon kerja pun kebanyakkan nak yang berpengalaman.. pendek kata lagi banyak pengalaman menjadikan kita semakin berharga
Curahan rasa Suria lekatlekit @ ..SARAPAN DENGAN KOPI MERCIK MEMANG SPOIL BETUL LA
Betul tu… sebab tu menimba pengalaman tu penting… melalui pengalaman dapat menjadi guru terbaik..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Kalau kita baca dalam buku melalui teori semuanya nampak indah belaka.. tapi bila kita hadapi pengalaman sebenar secara realiti.. baru lah kita tahu pahit manisnya..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
itu pengalaman peribadi la tuan…
teori senang.
Praktikal susah.
Ambil konsep mudah..
buat dulu baru tahu ..
itulah pengalaman namanya.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018
Banyak lagi ilmu yang perlu saya belajar dari guru-guru pemasaran online untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
saya juga belajar dari tuan Anuar..
cara nak belajar secara indirect dan merasai pengalaman sendiri penulisnya ialah baca blog dan catatan media sosialnya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018
Pengalaman merupakan guru terbaik untuk kita jadikan panduan untuk maju kehadapan. Tanpa pengalaman kita akan cepat terkandas bila berhadapan dengan masalah. Salah satu cara berpartnerlah dengan mereka yang berpengalaman, supaya kita dapat belajar dari pengalamannya.
setuju tu dengan berpartner kita dapat kurangkan risiko kegagalan kerana masing-masig sudah ada pengalaman berbeza. Cuma ada cabaran lain bila berpartner ni.
Curahan rasa denaihati @ ..Senarai Syarikat Yang Mempunyai Lesen Khas Umrah
Kalau nak berpatner boleh.. tapi kena cari rakan kongsi yang bersefahaman dan boleh bertolak ansur..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Comments are closed.