Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Pengalaman adalah guru yang terbaik“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak menulis cara untuk mempromosi produk baru kita.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini Abang bertemu dengan usahawan yang sangat berjaya. Kami sudah berkawan lama tetapi sudah hampir dua tahun tidak sempat nak mengopi bersama. Lapan tahun lepas beliau membuka sebuah syarikat membekalkan produk kesihatan dan kini produknya sudah diterima masyarakat dengan mendapat angka jualan yang tinggi setiap bulan. Majoriti hasil jualan adalah dari pada pelanggan yang membeli semula produk setiap bulan. Tertarik sungguh dengan nasihatnya –

Zaman sekarang bisnis baru kena fokus market online bukan beli iklan di majalah atau billboard tepi highway, dua tempat ini hanya sesuai untukk produk yang sudah ada jenama besar sahaja, untuk awareness dan strengthen jenama yang sudah terkenal.

Abang setuju dengan nasihat sahabat ini. Contohnya apabila Mc Donald buat iklan besar dalam surat khabar The Star pasti pengemar Mc Donald nak tengok apa produk baru yang mereka jual. Atau apabila Samsung beli iklan di billboard, peminat Samsung akan diberitahu model baru yang mereka lancarkan. Mc Donald dan Samsung adalah nama besar dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi jadi apabila mereka beli iklan hanya untuk memberitahu kepada follower apa produk baru mereka.

Teknik iklan untuk syarikat baru

Sekarang banyak syarikat baru yang membeli iklan billboard di tepi highway, soalnya, adakah cara itu berkesan? Bayangkan kita sebagai pemandu tiba-tiba nampak satu billboard besar syarikat ABC Sdn Bhd. Memandu dengan laju pasti hanya nampak iklan tersebut beberapa saat sahaja. Memang betul beratus ribu pemandu akan melihat iklan tersebut tetapi berapa ramai yang benar-benar balik rumah buat kajian tentang syarikat yang kita iklan kan apatah lagi produk yang kita paparkan. Banyak juga billboard syarikat baru yang serabut dengan macam-macam fakta yang hendak dipaparkan macamlah pemandu ada masa hendak membaca semua. Iklan billboard mesti ringkas tapi melekat dalam hari pemandu yang nampak hanya beberapa saat.

Banyak juga syarikat baru yang mengiklankan produk mereka di surat khabar contohnya Harian Metro. Kalau anda pembaca Harian Metro adakah anda akan baca iklan-iklan ini? Pakej iklan di surat khabar bukannya murah tetapi majoriti pembaca akan hanya membaca sekali lalu kemudian simpan dalam kotak untuk dijual kepada pembeli surat khabar lama. Itu belum lahi kira statistik pembaca surat khabar yang semakin merudum berbanding media online.

Kalau ikut nasihat sahabat Abang yang sudah berjaya dalam bisnis, cara promosi terbaik untuk syarikat baru adalah pengiklanan secara digital iaitu gabungan perkongsian sosial media, video dan penulisan blog. Kosnya lebih murah dan kadar capaiannya lebih tinggi. Bila kos murah, promosi boleh dibuat berulang-ulang kali. Iklan secara online boleh juga dibuat secara percuma kepada yang sudah mahir dengan caranya. Nak memahirkan diri perlu keluarkan belanja untuk belajar daripada sifu-sifu online yang bagus.

Pengiklanan Secara Digital

Contonya kita buka bisnis baru di kawasan Alor Star jadi apabila kita buat iklan menggunakan Facebook atau Google Adwords atau Instagram, peringkat permulaan kita tetapkan lokasi capaian di Alor Star dan daerah yang berada di sekeliling Alor Star. Apabila bisnis kita sudah semakin stabil barulah kita luaskan kawasan capaian untuk iklan yang kita buat. Kos pengiklanan di sosial media sangat murah dan kita boleh tetapkan bajet untuk setiap hari dan setiap bulan. Kita boleh ulang-ulang iklan dengan cara penulisan iklan yang berbeza-beza sehingga berjaya. Kos pengiklanan secara online boleh dibuat serendah USD1 sehari berbanding pergiklanan di billboard dan surat khabar yang pakejnya perlu dibayar berpuluh-puluh ribu ringgit.

Pengusaha baru mesti mencari penulis yang boleh menulis blog atau upah blogger yang sudah terkenal untuk menulis produk yang  dikeluarkan supaya produk kita tersenarai di Google. Lebih daripada 20 juta rakyat Malaysia menggunakan Google untuk mencari semua informasi baru dan lama. Nak cari lokasi makan guna Google, nak beli produk kesihatan guna Google, nak cari homestay untuk bercuti guna Google dan macam-macam lagi informasi semuanya kita cari di Google. Jadi kita kena pastikan produk kita juga tersenarai di Google tapi jangan pulak harap sekali buat terus tersenarai di Google. Ianya perlu dibuat berulang-ulang kali sehingga produk kita tersenarai di Google.

Bajet untuk pengikalan

Team Denaihati pernah juga bekerjasama dengan Syarikat baru tapi masalah utama bajet pengiklanan yang terlalu kecil, sekali buat terus mengharapkan keputusan yang hebat, nak jualan produk yang banyak dan tersenarai di Google muka surat satu. Bila kita buat keputusan untuk berniaga selain bajet untuk membuat produk, pengusaha wajib ada bajet untuk mengiklanan bukan 5% tapi 50% dan akan berkurangan kepada 20% apabila produk kita sudah dikenali ramai. Kalau tak ada bajet pengiklanan lebih baik jangan mulakan bisnis tersebut kerana sudah tahu hujungnya pasti kecundang.

Cara terbaik sebelum mulakan perniagaan minta nasihat daripada pakar pengiklanan digital, tanyakan berapa bajet yang sesuai untuk dikeluarkan untuk mempromosi produk untuk setahun. Bila sudah tahu bajet baru mudah untuk kita merancang perniagaan kita.

Jangan jadikan bisnis baru kita gagal seperti gagalnya beribu-ribu pengusaha yang hanya buat bisnis sebab ikut-ikut. Orang lain buat bisnis kita pun tak buat bisnis tapi cara dan startegi lansung tak ada. Ilmu dan guru bisnis sangat penting untuk sukses dalam bisnis.

Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

138 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!