Pembantu Rumah Indonesia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada yang panggil pembantu rumah ada yang panggil amah dan ada yang panggil bibik. Apa pun panggilannya maksudnya adalah sama dan isu pembantu rumah Indonesia menjadi sensasi apabila konsep satu amah, satu kerja dengan gaji minima RM700 yang diumumkan oleh pegawai buruh Indonesia dilihat sebagai suatu yang tidak muhasabah.

Isu Pembantu Rumah Indonesia sudah berlarutan beberapa bulan apabila Kerajaan Indonesia membekukan kemasukan amah ke Malaysia setelah berlaku beberapa penderaan seperti Wifainda dan Mantik Hani. Penderaan pembantu rumah Indonesia sebenarnya adalah kes terpencil yang juga berlaku di Arab Saudi, Kuwait dan ada juga berlaku di Indonesia. Nak dapat pembantu rumah Indonesia yang bagus bukan senang, banyak keluarga telah bertukar lebih lima amah barulah dapat seorang yang bagus.

Sudah tiba masanya keluarga Malaysia tidak mengharapkan pembantu rumah Indonesia atau Kemboja atau Filipina menguruskan rumahtangga mereka. Tidak kurang ramai ibubapa sekarang yang melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada pembantu rumah sehingga melahirkan generasi Malaysia yang sakit dengan berbagai masalah sosial. Ibubapa lebih seronok bergurau senda dengan kawan-kawan di pejabat daripada melayan kerenah anak yang berbagai. Alasan isteri bekerja untuk membantu suami hanya boleh diguna pakai untuk sebahagian kecil keluarga selebihnya hanya untuk keseronokan melepaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya.”  (Hadis riwayat Muslim)

Agaknyalah kalau kita membiarkan pembantu rumah Indonesia yang mendidik anak kita bolehkah anak tersebut menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan ibubapanya. Jangan kita menjadi antara ibubapa yang hanya pandai menternak anak tetapi tidak pandai mendidik anak hanya kerana terlalu mengejar urusan dunia. Kalau kita faham konsep mendidik dan menguruskan rumahtangga untuk mendapat keberkatan pasti isu pembantu rumah Indonesia tidak akan masuk dalam kamus kehidupan keluarga kita.


Spread the love

159 Comments

  1. love this article!setuju yg parents xptut harapkn pembantu rmh sepenuhnye dlm bab jaga anak..

  2. kita selalu memikirkan apa yg terjadi pada pembantu rumah, pernahkah anda terfikir apa yg terjadi pada majikan yg mendapat pembantu yg pemalas, banyak cakap, dan terlebih teruk mendera anak2 secara mental dan juga mencuri . Saya pasti ada majikan yg mengalami masalah ini, tapi tidak memperbesarkannya.

  3. Kalau dilihat dgn keadaan mereka suami isteri yg bekerja memang
    sukar untuk menjaga dan memantau anak2 tanpa pembantu rumah.
    Amanah Allah berikan maka jalankanlah dgn sebaik mgkn hingga
    mereka menjadi anak2 yg soleh/solehah..
    Curahan rasa nurmisnan @ ..10 kebaikan minum susuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!