Pembantu Rumah Indonesia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada yang panggil pembantu rumah ada yang panggil amah dan ada yang panggil bibik. Apa pun panggilannya maksudnya adalah sama dan isu pembantu rumah Indonesia menjadi sensasi apabila konsep satu amah, satu kerja dengan gaji minima RM700 yang diumumkan oleh pegawai buruh Indonesia dilihat sebagai suatu yang tidak muhasabah.

Isu Pembantu Rumah Indonesia sudah berlarutan beberapa bulan apabila Kerajaan Indonesia membekukan kemasukan amah ke Malaysia setelah berlaku beberapa penderaan seperti Wifainda dan Mantik Hani. Penderaan pembantu rumah Indonesia sebenarnya adalah kes terpencil yang juga berlaku di Arab Saudi, Kuwait dan ada juga berlaku di Indonesia. Nak dapat pembantu rumah Indonesia yang bagus bukan senang, banyak keluarga telah bertukar lebih lima amah barulah dapat seorang yang bagus.

Sudah tiba masanya keluarga Malaysia tidak mengharapkan pembantu rumah Indonesia atau Kemboja atau Filipina menguruskan rumahtangga mereka. Tidak kurang ramai ibubapa sekarang yang melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada pembantu rumah sehingga melahirkan generasi Malaysia yang sakit dengan berbagai masalah sosial. Ibubapa lebih seronok bergurau senda dengan kawan-kawan di pejabat daripada melayan kerenah anak yang berbagai. Alasan isteri bekerja untuk membantu suami hanya boleh diguna pakai untuk sebahagian kecil keluarga selebihnya hanya untuk keseronokan melepaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya.”  (Hadis riwayat Muslim)

Agaknyalah kalau kita membiarkan pembantu rumah Indonesia yang mendidik anak kita bolehkah anak tersebut menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan ibubapanya. Jangan kita menjadi antara ibubapa yang hanya pandai menternak anak tetapi tidak pandai mendidik anak hanya kerana terlalu mengejar urusan dunia. Kalau kita faham konsep mendidik dan menguruskan rumahtangga untuk mendapat keberkatan pasti isu pembantu rumah Indonesia tidak akan masuk dalam kamus kehidupan keluarga kita.


Spread the love

159 Comments

    1. Banyak juga kejadian bibik yg dilayan macam keluarga akhirnya makan tuan. Layan baik tapi mesti ada had antara majikan dan pekerja.

  1. besarnya rm 700 tu..dah la makan minum pakai semua kita tanggung. tu makan kos die sorang aje dah lebih seribu setiap bulan..kalau orang bergaji 5000 pun masih belum mampu
    Curahan rasa segalabenda @ ..Harga EmasMy Profile

  2. Mahal juga untuk yg berpendapatan rendah,tapi memerlukan pembantu.Majikan disini kena sediakan pusat asuhanlah nampaknya.Tak pun makin byk pembantu yg tak der permit/pasport akan laku selepas ni.
    Curahan rasa azmanisma @ ..Basuh KudaMy Profile

  3. mengurus anak sendiri sebetulnya kalau dipikir memang lebih efektif dari pada menyerahkannya pada orang lain (pembantu) sebba perhatian kita akan memberi dampak positif bagi perkembangan anak kita sekaligus kita bisa memantau secara langsung dia dan apabila ada tanda2 berbelok arah kita sendiri bisa lekas mengarahkan pada jalan yang benar..
    Nice share denaihati
    Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mengatasi dan Keluar dari Google SandboxMy Profile

  4. gaji minimun untuk pekerja kat malaysia ni (baca orang kita sendiri) pun sampai sekarang tak boleh nak luluskan, pelbagai alasan diberi, menaikan kos syarikat, mungkin berlaku inflasi dan sekianya.. tapi kalau gaji minimun 700 untuk satu kerja dan untuk pekerja dari luar, itu tidak adil, dan tidak berpatutan.

    Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
    Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Persoalan Hidup : Adakah elok berkeluarga muda?My Profile

  5. bagi ibu2 yg bekerja guna pembantu yg ikut jam je dan sewaktu kta berada di rumah..yg selebihnya buat sdiri, lebih penting memasak utk keluarga lebih baik air tangan sdiri , jgn terlalu bergantung kpd pembantu rumah untuk semua kerja.

  6. “Alasan isteri bekerja untuk membantu suami hanya boleh diguna pakai untuk sebahagian kecil keluarga selebihnya hanya untuk keseronokan melepaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.”

    Tajam dan pedas ni.. mau ramai ibu2 yg bekerja — “melompat” bila dengar statement nih…

    Alhamdulillah, kakyong bersyukur kakyong surirumah & masih berusaha untuk menjadi ibu & isteri , juga pengurus rumahtangga yang lebih baik…
    Curahan rasa kakyong @ ..Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIAMy Profile

  7. Sebahagian ibu bapa ada yang menyokong sesi persekolahan macam waktu pejabat..jadi cikgu boleh jadi pengasuh anak-anak mereka.;)

    ada juga kisah amah Indonesia yang saya dengar dari kawan yang mengalaminya sendiri..ada yang ‘bela’ dan ada juga yang melakukan sesuatu yang amat buruk dan dikesan melalui CCTV..moga² anak² kita semua sentiasa dilindungiNya
    Curahan rasa cikgu naman @ ..Kita Patut Malu Kalau Berinternet berjam-jam kita sanggup….My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!