Kan aku dah cakap aku tak pandai

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku nak kongsi satu kisah benar yang berlaku disebuah tempat di Nusantara. Kisah ini berlaku suatu petang di sebuah surau.

Sekumpulan rombongan singgah untuk solat maghrib di sebuah surau. Setelah ambil wuduk mereka menunggu kalau ada orang tempatan yang datang untuk azan dan seterus solat berjemaah. Setelah menunggu beberapa ketika tiada seorang pun jemaah tempatan yang datang.

Salah seorang dari ahli rombongan mencadangkan supaya salah seorang iqamat dan terus solat berjemaah tanpa menunggu jemaah tempatan. Maka salah seorang dari mereka pun berdiri melaungkan iqamat dan semua jemaah meluruskan shaf.

Setelah selesai iqamat mereka saling berpandangan mencari siapa yang boleh jadi iman. Masing-masing saling menolak satu sama lain. Akhirnya majoriti memilih seorang yang paling tua di kalangan mereka tapi beliau menolak kerana katanya tak pandai baca surah tetapi semua memaksa beliau jadi iman.

Dengan berat hati abang yang terpilih pun bergerak ke hadapan mengambil tempat menjadi imam. Dengan perasaan yang berdebar-debar beliau mengangkat takbir solat maghrib berjemaah. Setelah membaca surah Al Fatihah belaiu senyap je tak baca apa-apa dan tak buat apa-apa. Makmum tertunggu apa yang bakal dibuat oleh imam.

Setelah beberapa minit menunggu tiba-tiba imam menoleh ke belakang lalu berkata “kan aku dah cakap aku tak pandai baca surah tapi kauorang paksa juga”.

Semua terdiam dan saling memandang satu sama lain.


Spread the love

66 Comments

  1. Berilmu tapi kurang keyakinan berbeza dengan tak berilmu dan tiada keyakinan. Golongan pertama masih boleh dipaksa dan ada baiknya namun golongan kedua adalah seperti dalam cerita di atas. Simpati dan beriktibar cerita di atas…

  2. entri yg bagus utk renungan bersama betapa kurangnya asas agama dalam diri sesetengah daripada kita

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!