Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada pelbagai cara untuk buat duit secara online selain menjual iklan, menjual produk dan menyertai program affiliate ada satu cara lagi yang menjadi tumpuan sebahagian daripada kita iaitu dengan menyertai kontes. Pelbagai kontes yang dianjurkan secara online menyediakan hadiah yang lumayan untuk disertai dan merancang strategi yang betul untuk menang. Mungkin kita juga ada peluang seperti Blogger Eyriqazz yang menang hadiah RM25,000.
Sempena kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“, Yeo’s menganjurkan satu kontes yang menyeronokkan diberi nama Yeo’s Funderful Video Contest 2013. Kempen ini membawakan konsep hidup sihat dan gembira bersama-sama Yeo’s. RM40,000 satu jumlah hadiah yang sangat besar untuk dimenangi.
Anda hanya perlu rakam video yang menyeronokkan dan kreatif untuk menyertai kontes ini. Ajak rakan-rakan anda, rakam video dengan idea yang difikirkan paling menarik, kemudian hantar penyertaan untuk kontes ini. Apa yang penting ianya mestilah menyeronokkan, lain daripada yang lain dan boleh berkongsi kegembiraan (gelak tawa) bersama mereka yang menontonnya. Mudah bukan?
[box type=”shadow”]
Apa yang anda perlu tahu mengenai kontes ini:
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan mendaftar sebagai kumpulan (beserta senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu.
- Anda boleh menghantar video anda menggunakan online transfer ataupun emailkan kepada Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes.
- Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kontes ini sila ke Halaman Yeo’s Funderful Video Contest ataupun hubungi wakil media Yeo’s di 03-7787 3553 atau 03-7787 3811 atau email ke [email protected] untuk penerangan lanjut.
[/box]
Kontes ini memang menarik kerana hadiah yang ditawarkan adalah sangat lumayan, sejumlah lebih RM40,000 disediakan untuk kontes ini. Antaranya adalah:
Hadiah Utama
- Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s
- 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 dan Produk Yeo’s
Hadiah Istimewa
- Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000
Memang menarik hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kontes ini. Apa tunggu lagi, ajak rakan-rakan anda untuk bersama-sama dalam kontes yang bermula pada hari ini 1 November. Serlahkan kreativiti anda dalam seni merakam video, ajak rakan-rakan, saudara mara dan semua kenalan anda untuk memeriahkan lagi kontes ini. Peluang untuk memenangi hadiah lumayan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
152 Comments
alamak…cam best jek tapi tak dapat nak buat video2 ni…hehehehe
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Wordless Wednesday #038
Yeo’s. Semoga produk malaysia semakin maju di pasasaran dunia.
Curahan rasa Sehat Berbisnis @ ..7 Tanda Kegagalan Bisnis
Selamat berkompetisi. Bersiap narsisi di depan kamera
Curahan rasa Miftahudin @ ..Perbedaan Antara Pages dan Posts Pada WordPress
Part buat video ni yang problem ni. Bukan saja segan duk depan kamera tapi nak edit video pun tak pandai. Aishh.. tapi hadiahnya lumayan juga tu.
Curahan rasa Siti HipMom @ ..Where to Buy Cheap Winter Clothes in Malaysia, Other Than Universal Travelers?
Projek ni tak boleh buat sesorang kena ada team dan hadiah kongsikan … Apa lagi masuk lah.
wah contest yg menarik cuma lemh skit bab video..
maybe kena cari pelakon dl ni…hehe
Curahan rasa cik tom @ ..Tempahan Qurban dan Aqiqah Secara Online
Kontest yang menarik. tapi malangnya saya seorang yang segan di hadapan kamera. hehehe…
Curahan rasa Pendekar @ ..Nanti Orang Melayu Merajuk Baru Padan Muka UMNO! @NajibRazak
tak perlu pun bro ada depan kamera boleh cari kawan2 sebagai pelakon
Tengah minum Chrysanthemum Tea by Yeo’s terbaca pulak artikel kontes ni. Menarik! Housemate suka sangat join kontes video ni. Mana tau rezeki hadiah utama RM20,000! hehe
Curahan rasa Harian Post @ ..14 Fakta Menarik Mengenai Walmart
Mesti cuba bukan mudah nak join contest dengan hadiah sebanyak RM20k .. banyak tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Jadual Peperiksaan SPM 2013 untuk abang
ini ceritanya membuat video lucu dengan produk yeos yah sob, menarik ini, tapi sayangnya tak bisa di ikutin narablog Indonesia, sukses dengan kompetisinya sob
Curahan rasa Rizkyzone.com @ ..Masuk Neraka Siapa Takut | Sosok Ibu yang Sabar
Ayo saatnya unjuk gigi, tunjukkan kebolehan, gak erlu malu atau merasa blom bisa, jadikan sebagai motivasi untuk menjadi terbaik, ,
Curahan rasa penowo @ ..Tips Menjadi Blogger Sukses
hadiah nya WOW,yang ikutan semoga dapet jadi juara ya.
Curahan rasa Pelangsing Herbal terbaik dan terpercaya @ ..Obat Pelangsing Cepat
mmg lumayan hadiah tu.. 🙂
Macam menarik, malangnya kekurangan kepakaran dalam edit video dan kekurangan gajet yang sesuai untuk merakam video (audio pada iPhone sekarang ada problem, so ada gangguan sedikit sewaktu merakam)
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Highland Tower – Pengalaman Sebenar Pelakon Dikongsikan Dalam Filem Seram
Bro buat team lah 2-3 orang .. Peluang ni mana tahu rezeki anak.
Comments are closed.