Pelajaran percuma baguskah untuk generasi masa depan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.

Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.

Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.

Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.

Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.

Sekolah di Kemboja
Kelas di bawah masjid
Madrasah di Kemboja
Kelas di bawah rumah penduduk

Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?


Spread the love

222 Comments

  1. ya, stuju dgn pndangan di atas.. tapi bgaimana pula dgn kos untuk ke ipta bgi ibubapa yg memiliki ramai anak.. untuk 1 sem, sudah lebih 1200.. itu paling murah di universiti sy..
    Curahan rasa zhazmi @ ..A Pregnant Frog?My Profile

  2. Kepada yang tak mampu elok di beri bantuan,kalau yang mampu tu,berilah ruang kepada ibu/bapa yg susah.Pendidikan percuma perlu pada yg susah/yg mmg tak mampu – bukan 100% percuma,cuma kos pengajian sahaja,lain2 kena guna duit sendiri juga- pandang peribadi.
    Curahan rasa azman @ ..Enjoy The SilenceMy Profile

  3. Ya..memang bagus, membantu org yang tak mampu sbb selama ini bila saya jumpa org2 yang tak sekolahkan anak2 mereka di kampung2..alasan ialah tak mampu kerana anak banyak..memanglah org pandai mereka sbg org yang mungkin “tidak menunaikan tggjwb” tp tiada ibu bapa yang x mahukan yg terbaik untuk anak2 mereka, 🙂
    Curahan rasa hackerkini @ ..Tabung bantuan untuk Ahmad SufiMy Profile

  4. Tiada ruginya apa apa bila ilmu yang berkat diberi percuma kepada sekalian umat.Terutama sekolah pondok dan yang berkaitan dengan Islam jika diberi percuma, InsyaALLAH, tiada yang mustahil Malaysia akan terus maju dan menjadi satu tarikan dan destinasi ilmu di rantau ini.Ganjaran ALLAH memang tiada siapa dapat menafikannyam hanya kita mahu melaksanakannya atau sebaliknya.Cukup hebatlah Malaysia sebagai negara maju dari Ilmu dunia, tetapi tambahkan lagi dengan tempat menimba ilmu ALLAH,pasti ganjarannya hebat.AMin.

  5. saya sebagai guru tak setuju peperiksaan PMR dan SPM percuma, ibu bapa sambil lewa sebab x keluar duit, kos printing kertas soalan di luar negara sahaja dah berapa Juta.. elaun polis pengiring keras, guru bertugas jaga peperiksaan, pos kepada pemeriksa kertas dan bayaran pemeriksa kertas mana sumbernya?
    Curahan rasa CMRatu @ ..Kuasa SEOMy Profile

  6. Ada betul idea DH tu..bagi saya sebagai seorang pelajar, sistem sekarang sudah memadai..kalau result 3.5 ke atas PTPTN tak perlu dibayar..baru adil pada yang rajin belajar dan yang malas belajar..

    Lagi satu, kalau mansuhkan PTPTN, adakah kerajaan kena tanggung makan minum, sewa rumah, duit minyak motor pelajar, dan juga topup telefon? kalau begitu adilkah hanya pelajar hanya yang ditanggung sedangkan ramai lagi orang2 miskin di luar sana yang hanya diberi bantuan sekadar mencukupi..
    Curahan rasa Adib @ ..Akhirnya Blog BerupdateMy Profile

    1. macam saya dulu.. pinjaman JPA. pinjam 12K lebih bayar tanpa faedah.. student yang dapat pointer 3.5 ke atas atau yang bagus, di’waive’kan pinjaman itu jadi biasiswa. kan untung! pelajar akan belajar lebih rajin. 🙂
      Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!