Pelajaran percuma baguskah untuk generasi masa depan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.

Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.

Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.

Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.

Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.

Sekolah di Kemboja
Kelas di bawah masjid
Madrasah di Kemboja
Kelas di bawah rumah penduduk

Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?


Spread the love

222 Comments

  1. yang percuma selalunya tak dihargai oleh orang.Tapi ada kontranya juga.Amat bagus jika di beri pada mereka yang amat memerlukan.Tapi jika di beri pada mereka yang mampu kadang2 tidak dihargai.
    Curahan rasa syiela @ ..Bola SepakMy Profile

    1. Keluarga dunia ini tidak bisa lepas dari kehidupan kita. Ketika lahir, kita sudah disambut oleh kasih sayang dan cinta orang tua yang siap berkorban apa saja agar bisa memberi yang terbaik

      1. Masa kecil adalah masa yang paling bahagia, kita bisa belajar banyak hal, selalu mendapat pertolongan, dan menerima segala yang kita butuhkan.

  2. saya rasa bagus kalau kita bagi pada yang betul-betul memerlukan dan yang nak belajar, sebab yang percuma nih jarang dihargai orang. kat sini pun walaupun cikgu rajin buat kelas percuma ramai yang tak datang. diberi percuma makin malas plak dibuatnya. sikap diorang tu kena ubah, sikap menghargainya tuh kurang dalam budak-budak sekaarang.
    Curahan rasa eiela @ ..BismillahirrahmanirrahimMy Profile

  3. kebanyakan budak2 zaman sekarang malas nak berusaha kerana tak merasai kehidupan yang susah.. apa yang dorang nak semuanya disediakan. ini pun sedikit sebanyak mempengaruhi gaya kehidupan mereka.
    Curahan rasa boni @ ..Maafkan Aku Hanis ZalikhaMy Profile

  4. Percuma sepenuh nya ? dah tak ada taraf anak orang kaya dengan anak orang miskin , senang dapat .. tapi mesti ramai juga tak hargai apa yang senang dapat tu , faham2 sudahlah ..zaman sekarang memang susah nak mendidik anak ..
    Curahan rasa puanbee @ ..Small Contest : Lactolite PercumaMy Profile

  5. Bersyukur sangat sebab dapat ibu & ayah yang sanggup korbankan wang ringgit termasuk menggadaikan barang kemas kerana demi pendidikan kami 11 orang beradik.. Masih ingat lagi masa aku nak masuk kolej dulu.. kami tidak mampu untuk membayar yuran pengajian untuk semester pertama.. Ibu mencagarkan rantai emas kepada saudara mara untuk mendapatkan duit Tunai demi membayar yuran.. Alhamdulillah lepas habis belajar berjaya juga aku tebus semula barang kemas tu.. bayangkan berapa tahun barang kemas tu tergadai.. huhu..

    Sungguh besar pengorbanan ibu & ayah aku.. semoga Allah terus memberi kesihatan kepada mereka berdua..

    Setuju dengan pandangan bro Denaihati.. pendidikan percuma rasanya akan membuatkan seorang pelajar tu tidak menghargai apa yang dia belajar sebab semua dapat percuma dan bukan dengan pengorbanan..

    Orang yang pernah susah akan menghargai zaman susah tu..
    Curahan rasa myvitrd @ ..Rezeki Anak Emas Pulau Pinang Yang Dilahirkan Tahun 2011My Profile

      1. Seperti kata Bro DH.. Percuma haru diberikan kepada Orang yang betul2 tidak mampu dan bukan pada semua..

        Sama macam korang dapat Kawin Free.. rasanya korang hargai tak bini korang tu.. sebab dapat freekan.. cuba korang kerja siang malam kumpul duit sampai kurus kering.. last-last berjaya dapat kawin dengan titik peluh sendiri.. pastinya korang akan hargai perkahwinan tu..
        Curahan rasa myvitrd @ ..Rezeki Anak Emas Pulau Pinang Yang Dilahirkan Tahun 2011My Profile

  6. cikgu sekarang dah hilang kuasa..hanya boleh mengajar jer..lepas tu buat pula program guru penyanyang..lagi lah udak2 naik kepala…mana nak hormat cikgu dah…apatah lagi nak belajar… 🙁

  7. percuma tu boleh juga,tapi kena balik zaman saya makan penampor dan penendang diam sahaja,kalau mengadu dengan ibu bapa takut kena kali yang kedua (teacher always right) hehe
    Curahan rasa onlajer @ ..Ini Bukan Muka BukuMy Profile

  8. Sedihnya tengok suasana kelas kat Kemboja.. Kita kat sini mewah dengan pelabagai kemudahan.. tapi tak pernah dan bersyukur..

    Pemebelajaran dulu dan sekarang sangat2 berbeza.. kalau dulu guru ade kebebasan untuk merotan anak2 murid yang degil.. tapi skrang semuanya dah berubah…
    Curahan rasa Nurul @ ..Dengan Manik tambah pendapatan?? Biar Betul??My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!