Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.
Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.
Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.
Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.
Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.
Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?
222 Comments
yuppp betul tu, tapi zaman akak belajar dulu, ibu bapa keluar belanja bayar yuran sekolah dan yuran periksa sekolah rendah dan menengah, apabila di U ada pinjaman dan biasiswa menanti. Beza budak sekarang, kerajaan dah percumakan pelajaran peringkat rendah dan menengah tapi menkomersialkan pulak pendidikan tinggi.. sepatutnya, kembali pada zaman dulu, baru anak2 menghargai pengorbanan ibu bapa dan ibu bapa pula tahu tanggungjawab.. apabila di u bagi pinjaman boleh ubah macam dulu2…jangan pulak kerjaan sibuk cari untung jer…
Curahan rasa aimaniman @ ..Wow Bida WWW 1 dan WWW 5
kita boleh nampak di PTPTN. PTPTN bagi pinjaman secara percuma kepada sesiapa bg performance yang bagus.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Cara Senaman Yang Mudah
SAYA SETUJU DENGAN PENDIDIKAN PERCUMA!!! tapi kepada yang layak sahaja.
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
kena pilih2 juga nak bagi percuma pada siapa.. kalau percuma pada orang yang dah memang berharta, best la diorang.. bagi percuma pada keluarga yg betul2 hidup susah je.. insyaAllah akan lebih dihargai.. rasanya kebanyakan pelajar2 pintar lebih ramai datang dari keluarga yg susah.. pelajar yg hidup senang selama ni tengok asyik banyak main je.. duit banyak kan.. nak risau apa..
Curahan rasa Anarm @ ..Aku Suka Kucing
pelajar pintar dari golongan miskin patut diberi pendidikan percuma.. cuma selection kena pada tempatnya
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
percuma untuk semua rasanya tak adil..mungkin perlu dibataskan untuk keluarga yang betul-betul tak mampu.. contohnya; pendapatan kurang dari 1000 boleh dapat pendidikan percuma.. duit gaji diorang tu bolehlah diorang guna untuk beli barang keperluan asas yang lain.. tak gitu kawan-kawan
Curahan rasa Azydy @ ..CEO Proton Dato Syed Zainal Letak Jawatan dan CEO Lotus Dany Bahar Digantung
saya setuju dengan azydy..
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
betul saya pun setuju akan apa yang dikata azydy…
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
kena lihat pendapatan boleh guna, kalau pendapatan 3 ribu pun, duduk di KL, anak 8, .. masih kira tak mencukupi juga sebab tu pemilihan biasiswa di sekolah semua aspek diambil kira…
Curahan rasa aimaniman @ ..Wow Bida WWW 1 dan WWW 5
percuma sgt rasanya tak elok..kalau yg betul2 susah tu dorang will apreciate..kalau yg dari kelaurga senang agak kurang hargai saya kira..
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Naik Pentas
yang betul2 susah patut dibantu dari pelajaran.. termasuk urus pakai persekolahan..
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
selalunya benda di beri percuma, kurang dihargai… ilmu dapat dengan cara susah lagi berkesan dan memberi makna mendalam…bukan sahaja belajar secara formal, tapi informal..belajar untuk lebih tabah, kegigihan untuk berjaya..
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Perlu ke Beauty awareness since young age?
kalau semua free.. mungkin mood nak belajar tak berapa nak ada bagi mereka yang lain
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
entah la..xtau nak cakap..ramai yang dah malas sekarang ni..
kalau fre, makin goyang kaki lah kan.. still dapat belajar kerana free
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
selain masalah free masalah boleh naik ke tingkatan 4 walaupun tak lulus pmr pun satu hal,.. sebenarnya sistem pendidikan kita yg terlalu longgar tak macam zaman dulu, selagi x lulus srp x boleh naik tingkatan 4,..
Curahan rasa aimaniman @ ..Wow Bida WWW 1 dan WWW 5
sy sepndpt dgn bro DH..x semua yg percuma itu byk manfaatnya jika sikap buruk masih kekal dan x berubah..
Persoalan yang serius ini…
Tempoh hari ada melihat debat PTPN dan kedua-dua pihak memberi alasan yang bernas…
Pada saya bagus kerana kita berpeluang menimba ilmu seberapa banyak yang boleh..sampai PHD kot…hehehehe.
Yang tak mahu belajau rugi sendiri..selama ini pun tugas ibubapa memastikan anak mereka belajar…siapa tak nak anak pandai…
Ibubapa pasti takkan melepaskan tangan..kerana walau percuma tapi usaha memastikan fokus anak terus belajar masih sama..
Ini pendapat aku ..hehehehe tapi hati tetap BN..hahahaha
Curahan rasa Hanif @ ..Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah..Lalu Pekerja Swasta?
ada kebaikan juga disebalik pendidikan percuma ini.. bagi mereka yang benar2 nak belajar hingga peringkat tertinggi
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
yupp sebenarnya perbelanjaan pendidkan peringkat tinggi amat mahal, akak sambung master guna perbelanjaan sendiri, gaji sendiri tapi akhirnya skim gaji master tak ada pun,..
Curahan rasa aimaniman @ ..Wow Bida WWW 1 dan WWW 5
saya tak setuju dengan pendidikan percuma. bukan saja ia menghilangkan nilai ilmu, malah macam yang DH kata ia boleh menyebabkan ibu bapa tidak ambil pusing hal pendidikan anak-anak. beruntung kita tak perlu bersusah mencari guru ternama dipelusuk dunia atau berkaki ayam berkilometer jauhnya. malaysia menyediakan peluang pembelajaran yang baik. melainkan keluarga yang betul-betul susah dan daif, duduk di pedalaman, saya rasa yang itu mmemang perlu dibantu bagi meringankan beban kos pembelajaran.
mungkin boleh dimulakan dengan pendidikan percuma di kawasan pedalaman dahulu atau golongan orang susah
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
bila kena bayar, baru kita rasa nak berusaha.
Curahan rasa rozuan @ ..HOW TO BE A PANDA?
mostly nya banyak macam tu lah kan?
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
u all tengok pengajian tinggi jer, cuba lihat kesan pelajaran percuma peringkat rendah dan menengah, sepatutnya yang mampu dibayar oleh ibu bapa biar ibu bapa uruskan, bila peringkat tinggi yg mahal tu kerajaan bantu dengan berikan biasiswa dan jaminan kerja dengan badan yg memberi biasiswa,.. kan bagus gitu..
Curahan rasa aimaniman @ ..Wow Bida WWW 1 dan WWW 5
Terpulang pada tanggapan masing-masing. Yang layak sahaja patut mendapat pelajaran percuma itu sudah memadai.
Curahan rasa keretahitam @ ..Oh My English – Open
yang layak dapat tanggungan pendidikan percuma pasti rasa lega jika dari golongan orang yang susah
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
Sekarang pada jaman sekarang sekolah yang gratis memang langka sekali yah…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pola Hidup Sehat
Malah sekarang umumnya sekolah negeri sudah gratis sampai tingkat SMA Mas..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan Bangsa
karena itu sudah merupakan program Menteri.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan Bangsa
Jadi hanya sekoalah Swasta saja yang memungut pembayaran untuk siswanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..SOEGIJA , Sebuah Perenungan Untuk Permasalahan Bangsa
betul Bang, tinggal kesadaran masyarakatnya saja..
Curahan rasa Dadan @ ..Papa, Mama Terima kasih
Justru karena tidak ada beban, maka kepedulian juga semakin berkurang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lambang Baru KOPERASI INDONESIA
Padahal Orang tua merupakan pendidik utama dan pertama bagi anak-anak mereka, karena dari mereka anak-anak mula-mula menerima pendidikan.
maka sebaiknyaS ebagai peletak pertama pendidikan, orang tua memegang peranan penting bagi pembentukan watak dan kepribadian anak, maksudnya bahwa watak dan kepribadian tergantung kepada pendidikan awal yang berasal dari orang tua terhadap anaknya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lambang Baru KOPERASI INDONESIA
Saya jugak sependapat dgn DH. Hanya mereka yg benar2 layak (contohnya yg miskin) utk diberi pendidikan percuma.
Buku percumapun ramai yg pandang sepi….
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Jawi
buku teks percuma pun ada..
Curahan rasa KiD @ ..ILHAM kembali sihat!
Comments are closed.