Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
pada harini berlangsung Karnival Industri Asas Tani, Usahawan dan Kerjaya Jeli 2017 di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Karnival ini turut disertai oleh kempen #YouCanDuit untuk memberi hebahan kepada penduduk sekitar bagaimana mereka boleh menambah pendapatan menggunakan platform digital.
#YouCanDuit bertapak di Kelantan pada tahun 2015
Pada tahun 2015, program eUsahawan Muda mula diperkenalkan di institusi-institusi TVET seluruh negara. Atas kejayan program ini, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah menyatakan aspirasinya untuk program yang sama diperkenalkan kepada usahwa mikro di Kelantan.
Program eUsahawan Mikro pertama kali telah bertapak di Kelantan di mana seramai 268 peserta telah dilatih dan 97% dari mereka telah melaporkan jualan tambahan sebanyak lebih RM2.3 juta.
Program-program yang dijalankan selepas itu telah membantu ramai peserta di seluruh negara. Sehingga kini Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya melatih lebih 200,000 peserta dan sebanyak lebih RM222 juta hasil jualan dan pendapatan tambahan.
Darwish salah seorang peserta program #YouCanDuit di bawah kempen #eRezeki
Pagi tadi, team Denaihati Network berkesempatan untuk menemubual seorang pelajar yang mengambil jurusan Teknologi Kreatif (Animasi) di Universiti Malaysia Kelantan, kampus Bachok. Beliau baru menyertai program #eRezeki sejak 2 bulan yang lalu.
Namun dalam tempoh yang singkat itu, secara purata beliau menjana RM3,000 sebulan. Dan kini beliau menjadikan aktiviti rekaan grafik dan kreatif sebagai aktiviti menjana pendapatan walaupun sebagai seorang pelajar.
Minat beliau dalam bidang rekaan grafik telah membolehlah aktiviti menjana pendapatan melalui platform digital lebih mudah. Namun itu bukanlah alasan untuk sesiapa yang ingin turut serta dalam program #youcanduit ini dan berjaya menambah pendapatan seperti ratusan ribu peserta yang telah berjaya selama ini.
Pelanggan dari luar negara
Darwish turut mendapat tempahan grafik daripada pelanggan luar negara, buat masa ini pelanggan daripada Amerika Syarikat adalah antara yang mendapatkan perkhidmatan beliau. Ini selaras dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) baru-baru ini yang membuka ruang untuk semua usahawan dalam negara untuk memasarkan perniagaan mereka ke seluruh dunia.
Andai rakan-rakan semua masih tidak pasti apa yang boleh dilakukan di masa lapang, jemput untuk turut serta dalam program bimbingan #YouCanDuit ini dan memulakan aktiviti menjana pendapatan menggunakan platform digital.
112 Comments
Kejayaan tidak mengena umur. Asalkan kita berusaha kejayaan pasti akan datang. So, jangan berhenti berusaha.
Curahan rasa semakkini @ ..Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online
terima aksih udah di share artikel nya sangat menarik i like it thanks
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
#youcandoit, #icandoittoo hahahaha. Baru nak cuba daftar di erezeki.
Tadi lepas dah daftar ada 3 langkah mudah kena di lengkapkan.
Belum habis kan lagi. Fuh.
Curahan rasa Pisyek @ ..Pengalaman Guna Digi Infinite bersama TP-Link AC750 4G LTE Router
Kata pepatah inggeris, real millionaire have 7 sources of income. Buat satu sampai jadi, baru tambah lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
tahniah pada beliau.
bukan senang tu nak dapat 3k.
nak tak nak, semua kena usaha.
takde hasil datang goyang kaki je.
Curahan rasa titan @ ..Buat Duit dengan ShushiVid
Betul… Dapat gaji RM3K sebagai seorang student boleh dianggap lumayan… lebih puas hati sebab atas usaha sendiri
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
konsep mudah.
teori senang cuma praktikal agak mencabar..
saya percaya konsep tersebut…
mudah -mudahan boleh berjaya sebagaimana pelajar yang menjana RM3K tu..
aamiin
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Kalau dapat digabungkan teori dan praktikal, ditambah lagi dengan sedikit sentuhan inovasi… In Shaa Allah akan memberikan hasil yang lebih luar biasa
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Comments are closed.