Pekerja KLIA campak air zam zam
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tindakan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencampakkan kotak berisi air zam zam milik jemaah yang baharu pulang menunaikan ibadah umrah telah mengundang kecaman netizen.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Video berdurasi 12 saat yang dimuat naik di Facebook milik Zahari Basaruddin dikongsi lebih 21,000 kali dan ditonton seramai lebih 900,000 netizen.
Menurut Zahari, kakitangan KLIA telah mencampak air zam-zam ke lantai tanpa rasa segan dan hormat di khalayak umum.

Kejadian tersebut berlaku di KLIA. Penat macam mana sekali pun tak wajar tunjuk marah begitu rupa dengan melemparkan air zam zam milik jemaah umrah ke lantai tanpa rasa segan dan hormat.
Malah tindakan itu juga dilakukan di khalayak umum. Kita tak bermaksud nak hukum kakitangan tersebut tapi jelas perbuatannya menyalahi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pihak terbabit memohon maaf di atas insiden tersebut namun tindakan kakitangan KLIA itu terpaksa dibuat berikutan situasi conveyer yang penuh sehingga boleh menyebabkan air zam zam tersebut pecah.
“Kami tidak dapat melakukan pengasingan air zam zam satu persatu ke lantai kerana bagasi telah bercampur di converyer,”

Situasi itu berlaku apabila bagasi yang sepatutnya keluar di converyer F terpaksa ditukarkan atas masalah teknikal dan menyebabkan pertembungan dengan bagasi lain di converyer G.
Bayangkan betapa padatnya converyer itu dan boleh menyebabkan ia sangkut sekiranya kakitangan tidak mengeluarkan bagasi dan air zam zam itu secepat mungkin.
Dalam hal ini, pihak pengurusan syarikat pelancongan juga perlu keluarkan kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan satu pihak sahaja yang dipersalahkan dalam hal tersebut.
