Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kes pecah masuk rumah semakin menjadi-jadi dengan aksi yang semakin berani. Kes terbaru seorang lelaki gila seks telah memecah masuk rumah untuk mencuri pakaian dalam tetapi malang tersilap langkah apabila rumah yang dimasuki adalah milik seorang anggota polis. Kes yang lain rumah ibu kepada Wakil Rakyat Balik Pulau, Pulau Pinang telah dipecah masuk jam 4.00 am dan berjaya melarikan barangan berharga dan wang tunai. Sebelum itu 5 lelaki Indonesia diberkas kerana pecah rumah kerabat Di Raja Selangor.
Apa perasaan kita apabila membaca berita penjenayaah pecah masuk rumah sehingga ada yang dirogol dan terkorban? Pecah masuk rumah pengalaman mengerikan kepada yang pernah melalui. Mungkin tidak terasa sangat sehingga terkena batang hidung sendiri seperti kami.
Suboh 12/7/2012 tidur nyenyak kami sekeluarga diganggu. Aku, isteri dan anak perempuan bongsu sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan aku dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan isteri dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging sambil meminta kami diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Daripada bahasa yang dipertuturkan sangat jelas loghat Indonesia tetapi bukan Jawa atau Padang atau Aceh mungkin bahasa Flores.
Aku, isteri dan anak perempuan bongsu terbaring dikatil dikelilingi beberapa lelaki yang sedang mengeledah almari pakaian dan almari solek. Aku terfikir apa yang terjadi kepada anak perempuan 14 tahun dan anak lelaki 9 tahun yang tidur di bilik bawah. Ketika itu aku sudah mengambil keputusan untuk tidak melawan kerana nyawa keluarga lebih bernilai daripada segala barang dan wang tunai. Di dalam hati aku terdetik ini sebagai ujian daripada ALLAH SWT di atas apa juga ke khilafan aku sebagai hamba Allah. Lega rasanya apabila anak perempuan aku dibawa masuk ke bilik dengan tangan terikat juga.
Dalam bilik aku memang tak ada banyak barang berharga. Salah seorang penjenayah agak marah dan bertanya di mana emas. Beliau menarik isteri dan dibawa untuk menunjukkan tempat simpanan emas dengan seorang penjenayah berdiri di samping aku. Isteri aku bukanlah seorang yang begitu minat dengan emas jadi memang tak ada banyak simpanan emas. Setelah beberapa minit isteri aku dibawa masuk kembali ke bilik. Selang beberapa minit penjenayah itu beredar dari bilik aku sambil meminta aku untuk tidak berbuat apa-apa kalau nak anak lelaki aku yang masih di bawah selamat. Setelah merasa penjenayah sudah keluar aku membuka ikatan tangan isteri dan anak perempuan dan terus turun ke bawah untuk melihat anak lelaki. Anak lelaki aku sedang tidur nyenyak lansung tidak sedar kejadian yang berlaku.
Anak perempuan aku yang pertama melihat 5 lelaki Indonesia masuk melalui dapur kerana kebetulan ketika itu jam locengnya berbunyi. Isteri aku cakap punyalah gembira penjenayah sampai mengigil-gigil memasukan duit yang mereka perolehi. Harap-harap mereka tak kecewa kerana duit yang mereka ambil itu adalah gabungan duit Rupiah, Yuan, Hong Kong Dollar, Singapore Dollar, USD, Euro dan paling banyak duit Republik Czech yang semuanya dalam dominasi kecil. Selain daripada wang tunai mereka rembat barang kemas, paling mahal koleksi jam tangan aku dan isteri dan semua tujuh biji berbagai jenis smart phone, tiga buah laptop termasuk yang terbaru ultrabook kesayangan Toshiba Portege Z830.
Walaupun berbagai barang berharga hilang syukur kepada ALLAH SWT kerana tiada yang cedera atau dicabul sebagaimana yang berlaku pada yang lain. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada nilainya. Hari ini kami dihukum ALLAH SWT kerana kesilapan kami tetapi pasti suatu hari nanti ALLAH SWT akan menghukum penjenayah dengan hukuman yang lebih dahsyat. Akibat daripada kejadian pecah masuk rumah terpaksalah mengubah kaedah pemilihan pemenang Nuffnang Blogopolis 2012 dan membatalkan niat menghadiri majlis Pelancaran 701Pages.com (tak dapat den jumpo Lisa Surihani).
Teman bangsa Cina selalu ingatkan aku supaya simpan sedikit wang tunai di rumah jadi kalau berlaku pecah rumah penjenayah tidak akan beraksi agresif kerana mereka mendapat apa yang mereka nak. Penjenayah selalu akan bertindak kejam dengan mencederakan tuan rumah atau mencabul apabila tidak mendapat wang atau barang berharga setelah bersusah payah memecah masuk rumah. Lagi satu tips jangan berlagak hero melawan hanya kerana nak meyelamatkan beberapa belas atau puluh ribu ringgit. Nyawa lebih bernilai dari segala-galanya.
Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan simpati dan menziarahi kami. Siapa kata tiada teman semasa susah! Doakan semuga isteri yang masih phobia sehingga tidak dapat tidur malam pertama selepas kejadian supaya dapat melalui masa susah ini dengan tenang.
244 Comments
rmh aku dulu pun pernah dipecah masuk..nasib baik tiada ahli keluarga yg cedera
kalau mereka setakat nak merompak je tak pe….asal jangan mencenderakan anggota keluarga…
Curahan rasa Nana @ ..Piranha Serang Selatan China
Mengerihkan sekali gan bikun aku jantung aku dekdekan bacanya juga. tapi bagi penderita yang sabarya. itu cobaan dari Allah SWT.
Curahan rasa Obat Tradisional Diabetes Melitus @ ..Cara Tradisional Mengobati Penyakit Asam Urat
iya, dengan kejadian adalah sebagai pembelajaran
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Buku Tutorial dan Cara Penyusunan Skripsi
Semoga Allah Memberi balasan setimpal buat mereka yang telah berbuat jahat kepada Anda
Curahan rasa smp3lembang @ ..SMS m enyambut Ramadhan
semoga mereka tertangkap stu saat nanti…
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki Hilang Semua Jari Kena Jangkitan Tikus
syukur semua ahli kelauarga dan Tuan DH selamat,tak pelah ..apa yg dicuri tu kita boleh cari balik
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Inspirasi ku
betul tu…nyawa yang penting, harta boleh di cari ganti….
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki Hilang Semua Jari Kena Jangkitan Tikus
ngeri banget q dengar kjadiannya,apalagi itu org Indonesia lg kampung halamanq sndri
uihh mmg dpt imagine bgaimana perasaan penulis ketika itu..
kerna pernah ada pengalaman tp bkn penjenayah tp pihak berkuasa ketuk pintu awal pagi..
semoga penulis sekeluarga selamat..
Curahan rasa akhil @ ..Iklan Penuh Makna | Bersatu Itu Kekuatan
Ngeri juga dengar pengalaman denaihati.
Moga kami sekeluarga dijauhi dari perkara seumpama itu.
Takziah kpd Denaihati dan ada benarnya panduan yg diberikan.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Mini Legoland
Andai katau rumahnya usang, berdindinkan alas rumbia, dindin rumah berlubang, rumah condong menunggu hendak menyembah bumi, adakah mereka ni(penjenayah) mahu memecah masuk rumah kita?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Kadang2 rumah yg besar dan mewah akan membuat penjenayah tertarik utk memecah masuk ke rumah kita!! Mereka rasa dgn rumah yg besar sudah pasti tuan punya rumah hartanya byk, emas byk, wang byk dan segala-galanya byk.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Banyak bersabar, minta doa byk2 supaya keluarga kita dilindungiNya, solat hajat supaya keselamatan kita dan keluarga terpilihara,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Apa yg terjadi terhadap Denaihati, menjadi satu perngalaman yg tragedis yg dahsyat, mereka ni terlepas dan akan membuat lagi perkara yg sama. Jadikan ini satu pengajaran kepada semua bahawa keselamatn penghuni di sesebuah taman ini sama2 menjaga, buat rondaan bersama secara bergilir tapi ini semua memerlukan sukarelawan yg benar2 mahu berkhidmat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Kadang2 kedatangan terlalu ramai pendatang asing ke negara kita juga salah satu penyebabnya, bukan semua yg datang mahu bekerja dgn elok, ada juga yg dtg membuat perkara ygmelanggar undang2 negara kita. Harus ditangani segera!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Kegagalan pihak berkuasa spt polis, rela, Rukun Tetangga dll akan membuatkan penjenayah bermaharajalela.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Apa yag terjadi akan tetap terjadi lagi jika pihak berkuasa dan berwajib tidak mengambil tindakan segera.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Dlm masyarakat ni ada banyak katogeri, ad yg jahat dan ada yang baik, kita sbg manusia perlu berwaspada selalu, sama2 kita menjaga keselamatan kampung, bandar, desa, perumahan, jiran2 dll supaya tiada penjenayah yg bertindak sesuka hati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Comments are closed.