Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kes pecah masuk rumah semakin menjadi-jadi dengan aksi yang semakin berani. Kes terbaru seorang lelaki gila seks telah memecah masuk rumah untuk mencuri pakaian dalam tetapi malang tersilap langkah apabila rumah yang dimasuki adalah milik seorang anggota polis. Kes yang lain rumah ibu kepada Wakil Rakyat Balik Pulau, Pulau Pinang telah dipecah masuk jam 4.00 am dan berjaya melarikan barangan berharga dan wang tunai. Sebelum itu 5 lelaki Indonesia diberkas kerana pecah rumah kerabat Di Raja Selangor.
Apa perasaan kita apabila membaca berita penjenayaah pecah masuk rumah sehingga ada yang dirogol dan terkorban? Pecah masuk rumah pengalaman mengerikan kepada yang pernah melalui. Mungkin tidak terasa sangat sehingga terkena batang hidung sendiri seperti kami.
Suboh 12/7/2012 tidur nyenyak kami sekeluarga diganggu. Aku, isteri dan anak perempuan bongsu sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan aku dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan isteri dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging sambil meminta kami diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Daripada bahasa yang dipertuturkan sangat jelas loghat Indonesia tetapi bukan Jawa atau Padang atau Aceh mungkin bahasa Flores.
Aku, isteri dan anak perempuan bongsu terbaring dikatil dikelilingi beberapa lelaki yang sedang mengeledah almari pakaian dan almari solek. Aku terfikir apa yang terjadi kepada anak perempuan 14 tahun dan anak lelaki 9 tahun yang tidur di bilik bawah. Ketika itu aku sudah mengambil keputusan untuk tidak melawan kerana nyawa keluarga lebih bernilai daripada segala barang dan wang tunai. Di dalam hati aku terdetik ini sebagai ujian daripada ALLAH SWT di atas apa juga ke khilafan aku sebagai hamba Allah. Lega rasanya apabila anak perempuan aku dibawa masuk ke bilik dengan tangan terikat juga.
Dalam bilik aku memang tak ada banyak barang berharga. Salah seorang penjenayah agak marah dan bertanya di mana emas. Beliau menarik isteri dan dibawa untuk menunjukkan tempat simpanan emas dengan seorang penjenayah berdiri di samping aku. Isteri aku bukanlah seorang yang begitu minat dengan emas jadi memang tak ada banyak simpanan emas. Setelah beberapa minit isteri aku dibawa masuk kembali ke bilik. Selang beberapa minit penjenayah itu beredar dari bilik aku sambil meminta aku untuk tidak berbuat apa-apa kalau nak anak lelaki aku yang masih di bawah selamat. Setelah merasa penjenayah sudah keluar aku membuka ikatan tangan isteri dan anak perempuan dan terus turun ke bawah untuk melihat anak lelaki. Anak lelaki aku sedang tidur nyenyak lansung tidak sedar kejadian yang berlaku.
Anak perempuan aku yang pertama melihat 5 lelaki Indonesia masuk melalui dapur kerana kebetulan ketika itu jam locengnya berbunyi. Isteri aku cakap punyalah gembira penjenayah sampai mengigil-gigil memasukan duit yang mereka perolehi. Harap-harap mereka tak kecewa kerana duit yang mereka ambil itu adalah gabungan duit Rupiah, Yuan, Hong Kong Dollar, Singapore Dollar, USD, Euro dan paling banyak duit Republik Czech yang semuanya dalam dominasi kecil. Selain daripada wang tunai mereka rembat barang kemas, paling mahal koleksi jam tangan aku dan isteri dan semua tujuh biji berbagai jenis smart phone, tiga buah laptop termasuk yang terbaru ultrabook kesayangan Toshiba Portege Z830.
Walaupun berbagai barang berharga hilang syukur kepada ALLAH SWT kerana tiada yang cedera atau dicabul sebagaimana yang berlaku pada yang lain. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada nilainya. Hari ini kami dihukum ALLAH SWT kerana kesilapan kami tetapi pasti suatu hari nanti ALLAH SWT akan menghukum penjenayah dengan hukuman yang lebih dahsyat. Akibat daripada kejadian pecah masuk rumah terpaksalah mengubah kaedah pemilihan pemenang Nuffnang Blogopolis 2012 dan membatalkan niat menghadiri majlis Pelancaran 701Pages.com (tak dapat den jumpo Lisa Surihani).
Teman bangsa Cina selalu ingatkan aku supaya simpan sedikit wang tunai di rumah jadi kalau berlaku pecah rumah penjenayah tidak akan beraksi agresif kerana mereka mendapat apa yang mereka nak. Penjenayah selalu akan bertindak kejam dengan mencederakan tuan rumah atau mencabul apabila tidak mendapat wang atau barang berharga setelah bersusah payah memecah masuk rumah. Lagi satu tips jangan berlagak hero melawan hanya kerana nak meyelamatkan beberapa belas atau puluh ribu ringgit. Nyawa lebih bernilai dari segala-galanya.
Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan simpati dan menziarahi kami. Siapa kata tiada teman semasa susah! Doakan semuga isteri yang masih phobia sehingga tidak dapat tidur malam pertama selepas kejadian supaya dapat melalui masa susah ini dengan tenang.
244 Comments
semoga Allah menganti kehilangan itu dengan halyang lebih baik
Curahan rasa smp3lembang @ ..Mesjid Indah Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei
semoga tabah selalu…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Semoga bisa menjadi hikmah yang berharga…dan diberi keihlasan
Curahan rasa Mas Gie @ ..Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia
semoga untuk kedepannya bisa lebih hati-hati..
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obesitas dan Damfak ekonomi
betul tu, semoga DH lebih hati2 di massa akan datang…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Semoga tak terulang untuk yang kedua kalinya
jadikan ini sebagai bahan pembelajaran bagi kita 🙂
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERP
bahaya perompak mcm tu…nasib semuanya selamat…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Biarlah harta yang hilang yang penting nyawa selamat
Curahan rasa Mas Gie @ ..Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia
Nasib baik tiada yg cedera. Nyawa lbh brnilai. Harta boleh dicari…
Curahan rasa Makwe Kintan @ ..Hanis Zalikha Kena Kritik Hebat Di YAHOO !!!
kalau hal mcm itu berlaku, eloklah jangan melawan…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Nyawa lebih berharga ketimbang harga benda
Curahan rasa Mas Gie @ ..Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia
mudah-mudahan di jauhkan…
Curahan rasa akhiyy @ ..Tiga Tetamu Misteri
saya pun harap sama….mudah2an tak mnempuh pristiwa macam tu…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
saya juga pernah alami nasib yang sama, 2x dalam masa setahun mmg trauma terutama anak2..:)
tapi tentu ada hikmahnya,
kalau tak kena curi tak akan ada Macpro tu
Curahan rasa budak felda @ ..Isu Pelajar Sekolah dibenarkan Bawa Telefon Bimbit
harap budak felda lebih hati2 di masa akan datang…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Alhamdullilah semua selamat..
Thanks datang blog saya!!!!! Terharu!!!!!
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Kelebihan dan Amalan di Bulan Ramadhan – Mari Jadi Muslim Yang Baik
alhamdulillah, selamat. rumah ikhwan pon pernah kena pecah masuk, tapi waktu tu tengah bercuti. balik aje tengok berselerak..
Curahan rasa Ikhwan Pauzi @ ..Pray to Allah!
kalau masa ada kat rumah lagi bahaya…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Amatlah perit dan sukar untuk diterima apabila ditimpa musibah ini, namun jika kita praktikkan amalan sunnah dan ayat-ayat pendinding bersama-sama dengan usaha kita meningkatkan keselamatan kita dan keluarga, insyaallah kita akan dilindungi oleh Allah.
Curahan rasa Syarih @ ..Musibah Kecurian, Kehilangan – Adakah Ia Satu Ujian.
Saya percaya DH pasti sabar menerima ujian ini…
Curahan rasa Dadan @ ..Makanan dan Minuman Penyebab Rambut Beruban
semoga sentiasa sabar dan tabah menghadapinya…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Semoga penjenayah sebegini ditangkap pihak berkuasa….sepandai2 tupai melompat pasti akan jatuh ketanah jua satu hr nanti.
Curahan rasa yas @ ..Wordless Wednesday – JUAL TUDUNG JATUH HARAM?
penjenayah macam tu merbahayakan. selagi bebas selagi itu tak aman…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
Ya Allah..takut nya..mcm mn la perasaan time tu kan??hanya tuhan jer tahu…kalau sorg dua boleh la nk wak hero kan?kalau 4,5 org, baik duk diam jer..mintak jauh la menda mcm ni..
Curahan rasa Hafizul @ ..Rakan Blogger Baca Ni
walaupun seorang dua….baik dok diam. tp kalau pandai silat, boleh ler…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut
fuh..memang pengalaman yang mengerikan..tak dapat dibayangkan kalau kajadian sebegini berlaku kat diri sendiri..mohon dari Tuhan, dielakkan la segala malapetaka..ape2 pun, tumpang simpati kepada bro..nasib baik takde pape.
Curahan rasa hafiz @ ..Persediaan bulan Ramadhan
pengalaman yang menakutkan sekali…
Curahan rasa Nana @ ..Suami Isteri Terbakar Ketika Tidur
harap bersabar lah DH ya…bsyukur ler tak ada apa2 yang buruk berlaku…
Curahan rasa Nana @ ..Piranha Serang Selatan China
Alhamdulillah semua selamat
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Pole Vault/Logo google Hari ini
Comments are closed.