Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips tuntut hutang daripada kawan-kawan yang liat membayar“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi panduan beli kereta baru bergaya oleh pakar hartanah Tuan Azizul Azli Ahmad, kalau belum follow bagus sangat follow FB sifu sebab banyak ilmu kewangan yang dikongsikan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebulan dua ini memang banyak model kereta baru dilancarkan. Paling baru Produa Myvi, orang muda kata merciklah tengok model Myvi terbaru. Jualan Myvi baru pun hebat beberapa hari sudah cecah 5 ribu tempahan. Kepada yang sedang merancang untuk tukar kereta baru jom kita baca panduan daripada Sifu Azizul Azli Ahmad.
PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA
1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.
2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza
3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.
4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.
Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja
5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.
Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”
6. Boleh juga guna formula ini;
20 : 5 : 15
20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta
7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.
Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.
Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.
Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.
8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.
9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.
10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga
Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap
89 Comments
masa sekarang bukan terbaik untuk tukar kereta baru..
keadaan ekonomi tidak menentu..
kalau guna kereta habis bayar paling seronok..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Kereta ni bukan pelaburan pun tapi liabiliti
melainkan kereta tu boleh buat duit
macam buat grab dan uber
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!
buat kereta sewa pun ok..
tapi kos operasi agak tinggi apabila kereta sudah lanjut usia..
kalau kereta baru memang ok la.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
ukur baju di badan sendiri. tak mampu, beli manual, yg paling murah. kalau tak mampu jugak beli terpakai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jumlah dan Kemaskini BR1M 2018
Kereta baru koyak plastik ni memang ramai orang yang suka, tapi koyak poket jenuh nak bayar tiap-tiap bulan ramai yang tak fikir.
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..CARTA Pergerakan Bayi dalam Kandungan 27 Minggu
kadang-kadang nafsu kalah kepada realiti poket..
biar papa asalkan bergaya ..
tak boleh diguna pakai sekarang ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
mmg merecik model myvi baru ni, baru plan tak nak berhutang 🙂 huhuhu mengoda…awal g kerja
Myvi baru atau mana mana kereta memang cantik, nak bayar ansuran pun cantik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
haha dugaan je semua ni nak duit dalam bank cepat habis. tapi myvi tu mmg cantik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jumlah dan Kemaskini BR1M 2018
siapa yang pertama kali nak beli kereta boleh fikir-fikirkan Myvi tu..
rekabentuk yang elegan dan menawan habis..
nanti tahun hadapan ada lagi model baru yang lebih cantik ..
hehehehe
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Nak bayar ansuran bulanan tu kena kira komitmen sekali dengan maintenance, minyak dan tol. Baru merecik
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Panduan Lengkap Memilih Vitamin E
siapa yang pernah ada kereta baru memang faham …
bayar bulan harus lebih sebenarnya untuk cover perkara lain
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Myvi ni kereta yang dekat dgn hati dan poket rakyat Malaysia. Dah jadi mcm fenomena pulak menunggu launching Myvi baru ni. Kalau dulu setiap kali Civic line nk launching, akan jadi fenomena. Myvi pun dah jadi begitu, tapi atas sebab yang lebih dekat dengan hati rakyat Malaysia, iaitu :
– Harganya
– Penggunaan petrolnya
– Saiz nya
– Reliabilitinya yang dah terbukti.
Paling Best, Myvi boleh jadi all purpose vehicle kat Malaysia nih.
– Sport Car
– Keta Gi Pasar
– Keta Angkut Barang
– Keta 4WD
– Apa aje yg terfikir oleh org2 Malaysia.
hahahaha
Boleh jadikan aset untuk buat duit seperti kereta sewa, paling tidak buat Uber.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
ada duit ada segalanya..
alangkah bestnya banyak duit.
boleh tukar kereta baru setiap 3 tahun…
macam membazir tetapi dah banyak duit segalanya menjadi mudah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Ha, bagus juga kalau boleh buat side income macam sewa dan uber. Yang tu memang best
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Suntikan Kancing Gigi Anti Tetanus Toxoid masa 25 Minggu
bukan setakat side income..
dah ada juga yang buat jadi main income..
tulah yang seronoknya sesiapa yang berminat menjadi pemandu Uber dan Grab Car ini.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Memang cantik perodua myvi baru nih, rase nak tukar kereta pulak…hehehe
Kalau mampu nak bayar ansuran bulanan apa salahnya, tak da siapa nak halang. hehe
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Amalan Rezeki Melimpah Ruah Tak Pernah Habis!
tukar jangan tak tukar..
lagipun guna kereta baru memang best.
yang penting ada income yang stable untuk cover monthly installment
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
cantik design myvi baru ni, hebat jugak tapi agak mahal lah.. apa pun design yang cun dari engineer perodua.. kipidap dongibab
myvi terbaru masuk dalam mimpi. btw, nice sharing especially for orang yang mmg tak da knowledge psl kereta2 nie
Curahan rasa TAH @ ..Domperidon, Ikhtiar Ibu Menyusu Yang Kurang Susu Badan
Nak beli kereta elok ikut kemampuan supaya tak membebankan kemudian hari
kena ukur baju di badan sendiri
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Shaklee untuk ibu mengandung? Ini amalan dilarang keras supaya kesan terbaik!
Beli kereta baru untuk buat Uber tak mengapa, jadi aset.
Banyak lagi formula nak dapat kereta baru seperti gandingan ASBF atau hartanah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftar Uber
Kalau ada gandingan hartanah dan ASB tu, boleh lah lepas bayar deposit besar, so bulanan makin kurang, komitmen tahunan pun makin sikit
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..CARTA Pergerakan Bayi dalam Kandungan 27 Minggu
haha. ayat last tu makan dalam. kereta baru tapi pagi2 masuk ofis lambat sebab masih merokok di kedai kopi.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Online Revolution 2017 Diskaun Menggila
Sepatutnya naik kereta baru, azam baru, pergi office lebih laju, boleh sampai cepat ke tempat yang dituju
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Setuju sangat tu, tapi kat minda rakyat Malaysia ni kalau kereta baru keluar ja pakat serbu lah menempah. Bab boleh bayar ke tidak tu ramai yang tak nak ambik kisah dulu
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Senaman KEGEL Ketatkan Otot Vagina, Senaman Wajib bagi Wanita yang Pernah Bersalin
Apa yang saya faham begini.. beli rumah dulu dapatkan penyewa yang boleh memberikan aliran tunai positif..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Selepas tu beli rumah lagi dan lagi atau beli kereta.. kalau boleh gunakan lebihan duit sewa untuk bayar kereta..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Kalau ada yang lagi pandai, beli rumah subsale di bawah harga pasaran..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Mackup loan sehingga sama dengan harga rumah.. kawteam dengan tuan rumah dan lawyer.. dapat lulus loan, bayar harga rumah pada tuan rumah, lebihan tunai boleh dogunakan untuk bayar muka kereta..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Bila bayaran muka tinggi ansuran bulanan akan jadi rendah.. dapatkan penyewa rumah untuk selesaikan ansuran bulanan rumah.. boleh dapat beli rumah dan kereta dengan ansuran bulanan cuma dalam RM200-RM300
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Kalau tahu stratrgi da teknik yang berul, memang boleh beli kereta free kan? maksudnya guna duit aliran tunai dari hartanah sahaja
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..CARTA Pergerakan Bayi dalam Kandungan 27 Minggu
Saya setuju dengan tips yang sifu berikan.. beli rumah dulu sebagai pelaburan baru beli kereta..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Jangan malu untuk naik kereta second hand.. tiru cara Abang Ensem urus wang..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Abang Ensem beli sampai 14 buah rumah, tapi maintain naik kereta wira second hand..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Dari segi fizikal dan gaya nampak sengkek tak apa.. biar tak nampak bergaya, asalkan poket penuh berisi..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Terima kasih di atas perkongsian sifu hartanah Dr Azizul Azli.. kagum dengan pencapaian sifu berjaya memiliki beberapa buah rumah sebagai pelaburan..
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Ayat yang terakhir sekali tak tahan tu… betul juga.. nail kereta baru, kalau sampai office lewat tak guna juga
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Comments are closed.