Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Pembangunan laman sesawang sudah menjadi rutin seharian yang tidak dapat dipisahkan. Saban hari pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan dan ianya membuatkan proses pembelajaran perlu dilakukan secara berterusan atau kita akan ketinggalan dalam dunia yang bergerak serba pantas ini. Sejak tahun lepas, percubaan demi percubaan untuk membangunkan aplikasi berasaskan iOS atau OSX dilakukan, tetapi disebabkan konsep tertutup yang diamalkan oleh pihak Apple Inc. banyak kekangan dan cabaran yang terpaksa dilalui.
Namun disebabkan keperluan untuk membangunkan aplikasi berasaskan sistem operasi ini, pihak Denaihati Network telah menambah pelaburan dengan membeli sebuah MacBook Pro 13″ dengan paparan Retina. Gadget terbaru ini akan digunakan untuk projek-projek yang telah lama dirancang untuk rangkaian Denaihati tetapi masih tidak berjalan disebabkan pelbagai kekangan.
Artikel kali ini, akan berkongsikan pengalaman pertama kali menggunakan MacBook Pro dan juga sistem operasi Mac OS X oleh pengguna tegar Windows selama ini. Terus terang, pertama kali cuba untuk menggunakan MBP ini memang agak ragu-ragu, kerana tidak pasti bagaimana keadaan dan cara ianya berfungsi. Namun perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.
Perkara pertama yang dibuat setelah pertama kali login ke MBP ini adalah mengaktifkan langganan waranti yang dibeli bersama-sama dengan gadget ini. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sistem operasi OS X ini pada mulanya memang tampak janggal. Namun disebabkan paparan yang ringkas dan mudah untuk dinavigasi, perkara asas seperti memuat turun peralatan pembangunan seperti sublimetext, ftp, dan seumpamanya dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
Peralatan pembangunan laman sesawang dan aplikasi online bukanlah kerisauan utama, tetapi email akaun, dan data-data sensitif dari workstation yang lama itu lebih penting. Nasib menyebelahi kerana amalan menggunakan perisian cross platform sebelum ini, sedikit sebanyak memang membantu dalam memastikan semuanya boleh digunakan juga pada Workstation baru ini.
Perisian email yang digunakan adalah Thunderbird, email-email dalam perisian ini boleh dibackup dan kemudian dialihkan ke MBP ini. Saiz total backup mencecah hampir 30GB. Memang banyak data yang disimpan sejak tahun 2007. Salinan email ini kadangkalanya berguna untuk membuat rujukan, terutama perkara yang melibatkan pembelian lesen perisian dan seumpamanya.
24 Jam menggunakan Macbook Pro Retina ini memberikan pengalaman yang berbeza berbanding semasa menggunakan Windows. Ianya merupakan pengalaman pertama yang menyeronokkan terutama untuk seorang pengaturcara. Banyak development tools yang boleh digunakan dengan lebih baik pada platform Mac OS X ini.
Ikuti pengalaman bagaimana pertukaran sistem operasi mempengaruhi produktiviti seharian dalam artikel seterusnya yang akan diterbitkan dalam masa terdekat. Adakah ianya menyebabkan produktiviti berkurang atau sebaliknya.
Berikut beberapa gambar Macbook Pro Retina 13″ yang sempat diambil.
[customgallery]
Nantikan rentetan artikel seterusnya mengenai MacBook Pro Retina ini.
81 Comments
Sejak dahulu lagi saya suka dengan paparan produk apple. tapi belum mampu membelinya lagi.
Curahan rasa faizal @ ..7 Tip Pembahagian Masa
Kalau ade rezeki lebih atau pendapatan lumayan dalam blogging memang nak beli Macbook Pro nie …. kategori gadget idaman jugak nie
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – McDonalds Chicken McNugget
Dapat tumpang pakai mr hubby punya pun jadila…tpi x berapa nak pandai guna berbanding windows..
Curahan rasa Niniqaisara @ ..Kulit Cantik Berseri
Akhirnya tercapai juga matlamat team DH nak ada macbook pro.. teruskan !!..
Retina ni mmg puas la kan?
Curahan rasa Muaz @ ..Kenapa Superibu patut pilih saya untuk menyertai Contest iPhone 5S
Cantiknya…ada baca di blog amanz & insta eizil…harga sikit lagi 6K..takpelah pakai yang cabuk jelah hehe
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Saya Seorang Blogger Wanita Melayu
Memang nantikan ada blogger yang review gadget kegemaran ni.. Semenjak nampak di Instagram Bro Eizil tempoh hari memang nak bertanya banyak perkara, apakah ciri-ciri yang ada pada macbook pro 13 Retina ni.. dengar kata kawan yang dah beli sejak ada macbook pro retina ni dia mula bosan dengan PS3 dia.. Memang best dari grafik dan sebagainya.. Puas hati memiliki gadget idaman macam ni..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Wajah Baru Google
Tuan sudah menikmati macbook pro 13 retina display ni..
Keren… nnati bila ada penghasilan ;ebih saya bisa menambung buat membelinya juga …
Curahan rasa Rina @ ..Create Horizontal Tabbed Content Menu Using jQuery And CSS
Saya teringin jugak nak pakai MacBook, tapi takut susah nak adaptasi. Dah guna Windows sejak zaman kanak-kanak. Haha!
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..5 Sebab Anda Perlu Memilih Omega Shaklee
gambar walpaper tu nampak real lah, x pernah lagi ada pengalaman pakai mac nih
Curahan rasa Juan @ ..Cadangan Bajet 2014 Malaysia Sebagai Rakyat Marhaen
wow…menarik…tapi apakan daya..masih tidak berkemampuan lagi…insyallah suatu hari nanti…
Curahan rasa MyRitz @ ..Lebih 100 Juta Lelaki Di Dunia Ketagih, Ketagih Apa?
tengah kumpul duit jugak nak beli macbook huhu harap2 dapat beli nanti.
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Iklan Sticky – Program PPC Paling Sempoi
teringin nak dapatkan satu.. tak boleh Macbook Pro, Macbook Air pun jadi la.. senang mobility nak bawa pi mana mana ja selain tablet ni… 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
tak terkejar oleh diriku
Curahan rasa sweetkurma @ ..poligami senyap
terkejar rasanya teknologi ni
tak berapa nak mampu lagih nih…
Curahan rasa encikarman @ ..Jagung Berwarna warni Pertama Dicipta Di Dunia (10 GAMBAR)
Comments are closed.