Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Pembangunan laman sesawang sudah menjadi rutin seharian yang tidak dapat dipisahkan. Saban hari pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan dan ianya membuatkan proses pembelajaran perlu dilakukan secara berterusan atau kita akan ketinggalan dalam dunia yang bergerak serba pantas ini. Sejak tahun lepas, percubaan demi percubaan untuk membangunkan aplikasi berasaskan iOS atau OSX dilakukan, tetapi disebabkan konsep tertutup yang diamalkan oleh pihak Apple Inc. banyak kekangan dan cabaran yang terpaksa dilalui.
Namun disebabkan keperluan untuk membangunkan aplikasi berasaskan sistem operasi ini, pihak Denaihati Network telah menambah pelaburan dengan membeli sebuah MacBook Pro 13″ dengan paparan Retina. Gadget terbaru ini akan digunakan untuk projek-projek yang telah lama dirancang untuk rangkaian Denaihati tetapi masih tidak berjalan disebabkan pelbagai kekangan.
Artikel kali ini, akan berkongsikan pengalaman pertama kali menggunakan MacBook Pro dan juga sistem operasi Mac OS X oleh pengguna tegar Windows selama ini. Terus terang, pertama kali cuba untuk menggunakan MBP ini memang agak ragu-ragu, kerana tidak pasti bagaimana keadaan dan cara ianya berfungsi. Namun perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.
Perkara pertama yang dibuat setelah pertama kali login ke MBP ini adalah mengaktifkan langganan waranti yang dibeli bersama-sama dengan gadget ini. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sistem operasi OS X ini pada mulanya memang tampak janggal. Namun disebabkan paparan yang ringkas dan mudah untuk dinavigasi, perkara asas seperti memuat turun peralatan pembangunan seperti sublimetext, ftp, dan seumpamanya dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
Peralatan pembangunan laman sesawang dan aplikasi online bukanlah kerisauan utama, tetapi email akaun, dan data-data sensitif dari workstation yang lama itu lebih penting. Nasib menyebelahi kerana amalan menggunakan perisian cross platform sebelum ini, sedikit sebanyak memang membantu dalam memastikan semuanya boleh digunakan juga pada Workstation baru ini.
Perisian email yang digunakan adalah Thunderbird, email-email dalam perisian ini boleh dibackup dan kemudian dialihkan ke MBP ini. Saiz total backup mencecah hampir 30GB. Memang banyak data yang disimpan sejak tahun 2007. Salinan email ini kadangkalanya berguna untuk membuat rujukan, terutama perkara yang melibatkan pembelian lesen perisian dan seumpamanya.
24 Jam menggunakan Macbook Pro Retina ini memberikan pengalaman yang berbeza berbanding semasa menggunakan Windows. Ianya merupakan pengalaman pertama yang menyeronokkan terutama untuk seorang pengaturcara. Banyak development tools yang boleh digunakan dengan lebih baik pada platform Mac OS X ini.
Ikuti pengalaman bagaimana pertukaran sistem operasi mempengaruhi produktiviti seharian dalam artikel seterusnya yang akan diterbitkan dalam masa terdekat. Adakah ianya menyebabkan produktiviti berkurang atau sebaliknya.
Berikut beberapa gambar Macbook Pro Retina 13″ yang sempat diambil.
[customgallery]
Nantikan rentetan artikel seterusnya mengenai MacBook Pro Retina ini.
81 Comments
bro denai tolak la lappy yang lama tu kat saya…hehe
Curahan rasa Farid Adam @ ..Menggatal Nak Guna Google Adsense…
Dah 3 tahun guna macbook pro. Bagi aku sangat meningkatkan produktiviti. Aku banyak belajar di forum mac indonesia. Bagi pengguna produk apple boleh skodeng kat sana.
Curahan rasa Arman @ ..Teknik SEO Ciri-Ciri Blogger Berjaya
Takk pernah lagi guna perisian apple ni..
Curahan rasa hafiz @ ..Khaleeda sudah 2 bulan
menariknya tapi duit tak termampu nak beli benda tu. byk yang perlu didahulukan
Curahan rasa zool @ ..Menulis untuk jadi penulis
aku pun dah ama bercita-cita nak beli macbook ni..tapi impian belum kesampaian
Curahan rasa blogger lelaki @ ..7 Tahun Kemarau
hoho..sudah tambah barang baru..bagus, baguss..
Curahan rasa titan @ ..Seminggu bersama Ninetology U9X1 dan Samsung Galaxy S4
Assalammualaikum…denaihati,
wahh… lagi bertambah sukses lah bro.. macbook pro 13 retina nie,,,,keluaran apple..
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
Dah lama mengidam Macbook ni…iPhone dan iPod dah ada. Macbook pulak lepas ni, bila dah ada bajet.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Minyak oh Minyak (Edisi Penjimatan)
Tahniah! Denaihati Network telah membeli sebuah MacBook Pro 13″ dengan paparan Retina, moga semua projek yang dirancang bisa dilaksanakan dengan lancar
Curahan rasa Dawaihati @ ..Merajut Cinta dan Kebersamaan
Ketajaman gambar sangat menyusuk kalbu.
Curahan rasa akubiomed @ ..ChurpOut 2013 macam macam ada
fuh! ambe tunggu next episode…
membaca pengalaman sebenar seorang pengaturcara macam bro ezil mmg mengujakan!
p/s- dah lama tak guna mac…hohoho
Curahan rasa hafizmd @ ..Kontest Review Klinik Cinta
smart jugak kawalan desktop yang macam tuh…
Curahan rasa papa mifz @ ..Kek Coklat Smarties by Mama Mifz Bakery
mmg smart bro PM!
serius, cubalah sendiri…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Kontest Review Klinik Cinta
menarik sekali tampilannya
Curahan rasa cara diet aman @ ..Manfaat Air Putih Atasi Jantung
bestnya kalau dapat sebijik ni…tak pernah try OS selain windows..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jadual persekolahan 2014 dah keluar
hehehehe…cikgu kena try sekali…
buat presentation guna mac os ni…mesti lebih menarik dan kebaboom! =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Kontest Review Klinik Cinta
Macam menarik…
Ada plan nak angkat sebijik, malangnya kena fokus pada benda yang utama dulu.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Siapa Bakal Mengantikan Datuk Lee Chong Wei?
Moga berjaya bro! ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Kontest Review Klinik Cinta
Comments are closed.