Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku tengok memang ramai kawan-kawan yang menggunakan cermin kereta berwarna gelap. Ada sorang sahabat ini memang gelap betul cermin kereta sehingga orang luar memang tak boleh nampak. Kalau tak silap sudah beberapa kali kena saman dengan Polis tapi nampaknya cermin kereta dia masih gelap. Tak tahulah kalau dia berubah hati nak tukar tinted menjelang ops cermin gelap pada 16/6/2014.
Kereta aku pun guna tinted jadi nak kena periksa semula berapa ketelusan cahaya samada mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan. Aku memilih tinted yang tidak terlalu gelap kerana matlamat aku bukanlah nak melindungi wajah yang memang tak menjadi rebutan sesiapa seperti Abang Ensem atau popular seperti Zarul Umbrella. Tujuan aku pasang tinted hanyalah satu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta ketika cuaca panas.
Aku pun kurang faham kepada sebahagian kereta yang menggunakan cermin terlalu gelap sehingga yang berada dalam kereta pun susah nak tengok luar. Teringat kata-kata seorang mekanik sehingga terpaksa buka cermin tingkap untuk melihat kebelakang dek kerana terlalu gelap cermin kereta. Kalau dah kes macam ini apalah faedahnya kalau boleh membahayakan diri sendiri. Melainkan anda seorang pembuli jalan yang tidak mahu dilihat wajah yang segaja berselindung di sebalik cermin gelap.
Alhamdulillah mengikut cerita di blog kereta no satu Malaysia, JPJ telah mengubah peraturan cermin gelap dimana kita telah dibenarkan menggunakan tinted yang lebih gelap bermula Jun 2014. Mengikut peraturan baru cermin gelap ketelusan cahaya cermin depan adalah 70%, cermin sisi pemandu depan dan penumpang belakang adalah 50% dan cermin belakang adalah 50%. Dengan peraturan baru ini jangan pulak kita bagi alasan sehingga buat demo di Dataran Merdeka jika ditahan dalam operasi cermin gelap yang bermula pada 16/6/2014.
Mengikut kata kawan Polis kalau dulu bila kena saman cermin kereta terlajak gelap boleh bayar saman terus di kaunter bayaran saman di mana-mana Balai Polis. Selepas peraturan baru diperkenalkan sudah tidak semudah itu, nak bayar saman kena tunjukan surat kelulusan daripada JPJ yang menunjukan pesalah sudah menukar tinted yang mengikut peraturan. Kalau betullah cakap kawan aku ini memang semakin rumit nak bayar saman untuk kesalahan cermin terlajak gelap jadi ikut sahaja peraturan supaya tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Kepada pembaca yang nak semak saman trafik penjelang perayaan ini boleh semak saman trafik secara online atau SMS untuk menjimatkan masa.
[box type=”shadow”]Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. Pemohonan menggunakan cermin gelap boleh di buat di website JPJ.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya. [/box]
Aku memang tak faham kalau isu sekecil ini menjadi isu besar kerana ada banyak lagi isu lain yang boleh kita fikirkan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Tapi itulah lumrah manusia suka melanggar undang-undang, hukum ALLAH pun kita langgar inikan pulak undang-undang buatan manusia, ada sahaja alasan yang diberi untuk mengiyakan tindakan mereka.
151 Comments
untung jadi menteri, tak panas. huhuhu
cermin kereta skrg betul2 ikut spec JPJ tapi, memang panas jugak lah. huhuhu
Curahan rasa sekilass @ ..Semester baru, semangat baru, tekanan baru 🙂
haha. nampaknya menteri saja la yang selesa dan selamat. siapa lah rakyat ni.. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
isu cermin gelap ni dah senyap macam tu aje ke. tak tahu boleh guna atau tak
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hairan bila memikirkan kenapa la nak ‘bergelap’ sangat..sedangkan tindakan macam tu boleh mengundang banyak masalah..perasan VIP kot..hehehe
pada asalnya tinted utk elak panas, tapi ada yang buat terlebih gelap. cantik kot
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hahaha…baca tajuk saja pun saya mahu gelak…ermmm, masih ramai lagi saya lihat pemilik kereta menggelapkan cermin kereta mereka tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan…style katanya…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
alhamdulillah peraturan baru ni boleh lah diterima daripada yang lama tu, sebab cuaca sekarang semakin panas kalau tinted pun masih lagi boleh rasa bahang.. rasa tak selesa memandu walaupun aircond berfungsi dengan baik
Curahan rasa Azri Johan @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
sekarang ni memang panas dan kalau tinted pun macam tak ada beza
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Gelap melampau lampau tu yang buat masalah. Tapi masalahnya pihak yang membuat penahanan sendiri kadang kadang waktu luar bekerja depa pun pakai cermin gelap. kalau kena tahan sebut je pangkat lepas. hmmm
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
Betul tu, Sepatutnya kita ni hendaklah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Jangan sampai terlalu gelap sehingga diri sendiri yang susah.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
betul-betull..ada tak tip untuk mengurangkan gelap tinted cermin kereta bila dah terpasang tinted gelap..hahaha…dah setahun lebih gelap je lagi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Ada pros n cons ttg cermin gelap ni tapi yg pasti ianya menjadi penyelamat kepada wanita yg memandu berseorangan…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
cermin gelap penting juga untuk keselamatan…tapi janganla gelap melampau-melampau…ada aku nampak…sampai semua cermin gelap 100%..sah gilo
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Betul tu, cuma janganlah sampai cermin kereta telalu gelap sehingga diri sendiri yang susah nanti. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
ada yang tinted sampai tak nampak apa pun, kadang2 susah nak berkomunikasi
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
haaa… ni salah satu sebab kenapa ramai yg setuju tentang tinted gelap. utk keselamatan pemandu wanita
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sekarang dah senyap pasal cermin gelap nieh hanya seketika saja kecohnya agak-agak mereka akan alert tak dengan apa yang mereka katakan di media
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
seram jugak kalau kita sedang ada tinted yang gelap…kalau ternampak roadblock oleh jpj..memang naya je…hari tu nasib baik terlepas dari roadblock jpj pasal anggota-anggota jpj baru nak di brief sebelum buat operasi..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
semua orang kena tau kenapa kita di larang pasang cermin gelap, jika cermin kita gelap kita tidak tau apa yang berlaku dekat orang dalam kreta. jika ada kecemasan atau ada kanak-kanak dalam kreta dan ia terkunci kemungkinan ia akan melibatkan nyawa seseorang.
Macam tiada penguatkuasaan jer… Sebelum ni bukan main kecoh! Tapi kelihatan masih banyak kereta yang cermin gelap macam dicat, xkena apa-apa tindakan pun. Selalunya beginilah…kecoh masa ada operasi, lepas tu tidak dipantau secara berterusan…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
Ikut je la peraturan yang dah ditetapkan melainkan ada sebab yang memang kena cermin gelap. Bukan susah pun. Agaknya duit dah banyak rela bayar saman dari ikut peraturan kot.Cermin gelap ni boleh mengundang kesan yang negative jugak sebab tu kena ikut apa yang telah ditetapkan
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Semoga apa yang telah disyorkan akan dipratikkan. Jika ada kekurangan dalam penguatkuasaan cermin gelap ini, akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa
Curahan rasa kizmyself @ ..This Is Kuala Pilah Legend
Cermin kereta gelap sampai sekarang sentiasa mendapat bantahan dan kritikan daripada sesetengah orang ramai. Saya pasti, bukan hati semua orang boleh dipenuhi.
Tetapi dalam masa sama selidikilah semula sama ada peraturan ini masih relevan, atau sekurang-kurangnya ada kelonggaran dan ruang yang boleh mempermudahkan semua pengguna dalam beberapa isu tertentu.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Saya faham bahawa JPJ membuat peraturan ini demi kebaikan semua pengguna dan memudahkan kerja pihak berkuasa. tetapi dalam masa yang sama, banyak aspek lain juga perlu dinilai, sebagaimana saya telah sebutkan sebelum ini berkenaan isu keselamatan dan privacy. Wallahu a’lam.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Dalam hal ni, saya rasa cermin kereta tinted gelap perlu ada kajian dan pungutan suara rakyat supaya banyak perkara boleh dipertimbangkan. Sebab yang jadi mangsa ragut dan yang tak selesa dalam kereta, pemilik kereta juga, bukannya JPJ.
Dari sudut negatif pula, cermin gelap hanya memudahkan perompak atau penjenayah berselindung. Sebab kalau cermin kereta tak gelap, polis ada kemahiran untuk membaca keadaan dan melihat suasana meragukan oleh penumpang-penumpang kereta.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Comments are closed.