Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku tengok memang ramai kawan-kawan yang menggunakan cermin kereta berwarna gelap. Ada sorang sahabat ini memang gelap betul cermin kereta sehingga orang luar memang tak boleh nampak. Kalau tak silap sudah beberapa kali kena saman dengan Polis tapi nampaknya cermin kereta dia masih gelap. Tak tahulah kalau dia berubah hati nak tukar tinted menjelang ops cermin gelap pada 16/6/2014.
Kereta aku pun guna tinted jadi nak kena periksa semula berapa ketelusan cahaya samada mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan. Aku memilih tinted yang tidak terlalu gelap kerana matlamat aku bukanlah nak melindungi wajah yang memang tak menjadi rebutan sesiapa seperti Abang Ensem atau popular seperti Zarul Umbrella. Tujuan aku pasang tinted hanyalah satu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta ketika cuaca panas.
Aku pun kurang faham kepada sebahagian kereta yang menggunakan cermin terlalu gelap sehingga yang berada dalam kereta pun susah nak tengok luar. Teringat kata-kata seorang mekanik sehingga terpaksa buka cermin tingkap untuk melihat kebelakang dek kerana terlalu gelap cermin kereta. Kalau dah kes macam ini apalah faedahnya kalau boleh membahayakan diri sendiri. Melainkan anda seorang pembuli jalan yang tidak mahu dilihat wajah yang segaja berselindung di sebalik cermin gelap.
Alhamdulillah mengikut cerita di blog kereta no satu Malaysia, JPJ telah mengubah peraturan cermin gelap dimana kita telah dibenarkan menggunakan tinted yang lebih gelap bermula Jun 2014. Mengikut peraturan baru cermin gelap ketelusan cahaya cermin depan adalah 70%, cermin sisi pemandu depan dan penumpang belakang adalah 50% dan cermin belakang adalah 50%. Dengan peraturan baru ini jangan pulak kita bagi alasan sehingga buat demo di Dataran Merdeka jika ditahan dalam operasi cermin gelap yang bermula pada 16/6/2014.
Mengikut kata kawan Polis kalau dulu bila kena saman cermin kereta terlajak gelap boleh bayar saman terus di kaunter bayaran saman di mana-mana Balai Polis. Selepas peraturan baru diperkenalkan sudah tidak semudah itu, nak bayar saman kena tunjukan surat kelulusan daripada JPJ yang menunjukan pesalah sudah menukar tinted yang mengikut peraturan. Kalau betullah cakap kawan aku ini memang semakin rumit nak bayar saman untuk kesalahan cermin terlajak gelap jadi ikut sahaja peraturan supaya tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Kepada pembaca yang nak semak saman trafik penjelang perayaan ini boleh semak saman trafik secara online atau SMS untuk menjimatkan masa.
[box type=”shadow”]Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. Pemohonan menggunakan cermin gelap boleh di buat di website JPJ.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya. [/box]
Aku memang tak faham kalau isu sekecil ini menjadi isu besar kerana ada banyak lagi isu lain yang boleh kita fikirkan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Tapi itulah lumrah manusia suka melanggar undang-undang, hukum ALLAH pun kita langgar inikan pulak undang-undang buatan manusia, ada sahaja alasan yang diberi untuk mengiyakan tindakan mereka.
151 Comments
Isu cermin kereta gelap ni berkenaan isu privasi seseorang individu.
Ada yang memberikan alasan kerana isteri dan anak-anak perempuan dalam kereta nak buka tudung, mereka nak berehat dan dah tentu aurat semua nak dijaga.
Ada pula yang beri alasan berlakunya pecah cermin kereta oleh peragut kerana beg tangan yang jelas kelihatan dalam kereta. Ingat, ini kes yang memang jelas sudah berlaku kepada ramai orang, termasuk mak kawan saya dan kawan saya lelaki yang lain.
Duit berkepul-kepul, jika dah terang kelihatan, memang ada je orang yang mengambil peluang. Jadi dikaitkan pula dengan isu keselamatan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
isu cermin gelap kereta ni memang tak reda lagi ye? wawa ingat kes ni dah selesai. Tapi ada je pengguna jalan raya guna cermin gelap. wawa cadangkan buat cermin yang kebal tu. Bila pencuri pukul cermin nak rompak kereta, tak pecah. Agaknya boleh ke?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
lama betul kerajaan meeting pasal ni. ada yang buat cermin gelap utk elak kecurian
Mencabar juga ya kira percent cahaya masuk.
Tinted bagus untuk elak silau matahari di waktu siang, tapi kalau terlalu gelap, apa pula objektif nya kan
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Kan. Rasanya kalau nak cover cahaya guna sahaja penghadang cahaya tu, atau pakai sun glasses.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
percentage tinted yang kurang tu saya setuju sangat. tapi kalau dah gelap sangat, merbahaya pada diri sendiri dan orang lain
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
hmm no komen, den bukan pengguna kereta. mungkin nak nampak raget je la kot.
Curahan rasa Zuan @ ..Pengalaman Buat Popcorn Dengan Periuk Tekanan
Saya lagilah, pandu kereta pun tak. Daripada bayar mahal buat cermin gelap, baik beli benda lain yang lebih baik.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
kereta pun tak ada. tapi selalu menumpang kerete orang. bagi saya tinted ni penting untuk mengelakkan silau dan panas. tapi kalau dah gelap sangat, ini memudaratakan.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Ada baik dan buruknya apabila berbicara tentang tinted nih, apapun saya yakin kerajaan dh lakukan yang terbaik untuk semua..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
setuju. tak semua yang dibuat mereka teruk dan buruk. keep positive dengan apa yang dilakukan mereka
Curahan rasa Zuan @ ..Pit-Stop Sebelum Pergi Meeting, Ramly Halal Kiosk LRT Kelana Jaya
betul ada baik buruk nya tinted ni. kalau digunakan secara baik, baik la. dan sebaliknye
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Kalau tinted sampai tak nampak luar, bayangkan macam-macam boleh terjadi. Kemalangan senang-senang je bleh berlaku sebab orang dalam tak perasan apa yang ada di sekeliling dieorang.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Tapi tak semua yang tinted macam tuh. Mungkin ada beberapa peratusan kegelapan yang mungkin boleh diteirma pakai..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
Itu dah kena rujuk pakar Fizik untuk kadar kemasukan cahaya. :v
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
memang betul tak semue yang macam tu. tapi bayangkan mereka yang tinted kereta sampai gelap sangat tu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
ya banyak lagi perkara yang boleh kita improve untuk memajukan negara, bangsa dan agama selain daripada isu tinted kereta ini.
apa2 pun doakan semoga negara kita sentiasa berada dalam keadaan tenteram
Setuju. Tappi tu la. biasanya hal-hal kecil sebgini akan membawa masalah yang besar kalau tidak dikawal dengan sebaiknya..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
setuju. selagi kite boleh mula menangani masalah-masalah kecik macam ni yang mungkin akan membawa ke masalaha yang besar
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
informasi yang sangat berbobot.. sangat membantu gan,terimakasih banyak atas informasinya,terus semangat,ditunggu postingan selanjutnya .
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
Cermin kereta saya pun gelap tapu tak ler gelap sampai tak nampak luar. Maklum ler kereta dibawa masuk dari jepun…
Hehe. Gelap sesikit tu biasa la kan.. Nak elak panas dan sebagainya..
Curahan rasa amirnawawi @ ..MLM? Maaf Saya Tidak Berminat
Tak faham kenapa ada sesetengah yang nak tinted sampai tak boleh nampak luar.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
maksudnya perlu ke JPJ lepas tukar tinted glass tu ke?? saya pun tak pasti tahap peratusan tinted kereta saya sebab memang cermin asal kereta ( bawa balik dari jepun)..semoga selamat kereta saya
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Cara Untuk Kuat Ingatan
boleh check dengan jpj tahap tinted kereta awak
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Bermasalah juga kalau tinted kereta terlampau gelap..lagi kalau yang memandu malam atau dalam keadaan hujan lebat..nampak ke jalan…
Curahan rasa shahfir @ ..GAMBAR LELAKI BRAZIL UBAH MUKA JADI SEPERTI KOREA
Betul tu Shahfir.. Ada reason sebenarnya mereka buat macam ni..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
betul. jpj tak kan pandai-pandai buat rules akan tidak ada faedah kepada pengguna
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Itulah, bahaya dan berisiko tinggi. Tinggi keberangkalian dapat kemalangan yang tak diingini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Aik..bukan cermin belakang & cermin sisi penumpang dah turun ke 30% (70:50:30) ke..50% tu spesifikasi lama tu..70:50:50..Untuk pengguna kereta ok la barang2 simpan dalam bonet. Untuk pengguna MPV barang2 letak di belakang je..dah turun ke 30% ok la sket sebab anak2 pun boleh tidur selesa takde silau bila long distance…
yang terbaru tu rasanya belum rasmi lagi, laman web rasmi JPJ belum update lagi nampaknnya.
http://www.jpj.gov.my/pemasangan-cermin-gelap
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun
tinted perlu dipasang dan ada baiknya pasang yg ada security sebab kalaua da penyangak nak pecahkan cermin susah sikit.. cuma kalau boleh jgn terlampau gelap.. 🙂
Curahan rasa myvitrd @ ..Sekitar Majlis Kenduri Aqiqah Anak Saudara Di Penang
Comments are closed.