Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku tengok memang ramai kawan-kawan yang menggunakan cermin kereta berwarna gelap. Ada sorang sahabat ini memang gelap betul cermin kereta sehingga orang luar memang tak boleh nampak. Kalau tak silap sudah beberapa kali kena saman dengan Polis tapi nampaknya cermin kereta dia masih gelap. Tak tahulah kalau dia berubah hati nak tukar tinted menjelang ops cermin gelap pada 16/6/2014.
Kereta aku pun guna tinted jadi nak kena periksa semula berapa ketelusan cahaya samada mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan. Aku memilih tinted yang tidak terlalu gelap kerana matlamat aku bukanlah nak melindungi wajah yang memang tak menjadi rebutan sesiapa seperti Abang Ensem atau popular seperti Zarul Umbrella. Tujuan aku pasang tinted hanyalah satu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta ketika cuaca panas.
Aku pun kurang faham kepada sebahagian kereta yang menggunakan cermin terlalu gelap sehingga yang berada dalam kereta pun susah nak tengok luar. Teringat kata-kata seorang mekanik sehingga terpaksa buka cermin tingkap untuk melihat kebelakang dek kerana terlalu gelap cermin kereta. Kalau dah kes macam ini apalah faedahnya kalau boleh membahayakan diri sendiri. Melainkan anda seorang pembuli jalan yang tidak mahu dilihat wajah yang segaja berselindung di sebalik cermin gelap.
Alhamdulillah mengikut cerita di blog kereta no satu Malaysia, JPJ telah mengubah peraturan cermin gelap dimana kita telah dibenarkan menggunakan tinted yang lebih gelap bermula Jun 2014. Mengikut peraturan baru cermin gelap ketelusan cahaya cermin depan adalah 70%, cermin sisi pemandu depan dan penumpang belakang adalah 50% dan cermin belakang adalah 50%. Dengan peraturan baru ini jangan pulak kita bagi alasan sehingga buat demo di Dataran Merdeka jika ditahan dalam operasi cermin gelap yang bermula pada 16/6/2014.
Mengikut kata kawan Polis kalau dulu bila kena saman cermin kereta terlajak gelap boleh bayar saman terus di kaunter bayaran saman di mana-mana Balai Polis. Selepas peraturan baru diperkenalkan sudah tidak semudah itu, nak bayar saman kena tunjukan surat kelulusan daripada JPJ yang menunjukan pesalah sudah menukar tinted yang mengikut peraturan. Kalau betullah cakap kawan aku ini memang semakin rumit nak bayar saman untuk kesalahan cermin terlajak gelap jadi ikut sahaja peraturan supaya tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Kepada pembaca yang nak semak saman trafik penjelang perayaan ini boleh semak saman trafik secara online atau SMS untuk menjimatkan masa.
[box type=”shadow”]Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. Pemohonan menggunakan cermin gelap boleh di buat di website JPJ.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya. [/box]
Aku memang tak faham kalau isu sekecil ini menjadi isu besar kerana ada banyak lagi isu lain yang boleh kita fikirkan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Tapi itulah lumrah manusia suka melanggar undang-undang, hukum ALLAH pun kita langgar inikan pulak undang-undang buatan manusia, ada sahaja alasan yang diberi untuk mengiyakan tindakan mereka.
151 Comments
Isu ni timbul barangkali ramai pengguna cermin tinted disaman sebab terlampau gelap tintednya dan isu siapa yang boleh guna dan siapa yang tak boleh guna.
Sebab tu jadi viral.
Tapi, bagi saya kalau takda tinted silau woooo! Tambah jalan time tengahari hehe.
Curahan rasa Hanim a.k.a Kenit @ ..BerMonopoly Dengan Ayah!
jarang kita nampak kereta tak bertinted kat negara kita…cuma kena ikut undang-undang dan garispanduan JPJ.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Memang suka original standard tapi bab tinted ni pun ok gak.
Curahan rasa myliferia @ ..COD Shaklee Putrajaya
cuaca negara kita macam wajib pasang tinted film, panas dan berbahang. terutamanya kalau jalan jauh.
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun
memang jauh beza kalau pakai tint dengan tak pakai, kalau ikut keterangan dari penjual yg penting ialah tahap menahan UV dan kepanasan ada tint yang tak gelap tapi boleh sekat haba dengan baik. Yang penting sekat haba bukan sekat cahaya… tak tahulah betul ke tak maklumat ni.
Curahan rasa KelipKelip @ ..Idea Bisnes Online Dari Rumah Kak Rose
kadang-kadang penjual buat demonstrasi, kita boleh rasa sendiri panas atau tak. mungkin sekarang ada yang guna alat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
ikut sahaja peraturan yg ditetapkan.memang ada pro and kont dia.tapi setiap yg dciptakan tu bersebab. 🙂
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Serum Vitamin Rambut Terbaik Dari NSA Beauty
yang untung taukey tinted…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Idea Bisnes Online Dari Rumah Kak Rose
Cuaca kita sekarang memang panas so penggunaan cermin gelap sekurang2nya dapat mengurangkan kepanasan..tetapi ikutkan had yang telah ditetapkan .
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Kek Coklat Moist Kukus Pasti Sedap
Dengan teknologi terkini kadar telus haba bukan ditentutkan berapa gelap tinted yg kita pasang.
saya setuju yg ini, ramai yang salah faham “telus haba” dengan “telus cahaya”…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Idea Bisnes Online Dari Rumah Kak Rose
cermin gelap ni bagus untuk kita yang ada dekat dalam bagi2 bila panas.hahahaha! tapi tulah, untuk unsur keselamatan lain, tak bolehlahlah gelap sangat.kena ikut piawaian
Curahan rasa Lizz @ ..Pengalaman Memandu Kereta Hybrid
gelap boleh beri macam2 impak…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Idea Bisnes Online Dari Rumah Kak Rose
Cuaca kat Malaysia sekarang nih memang panas..tapi tak perlulah sampai pakai tinted yg terlalu gelap sampai tak nampak langsung orang di dalam..jangan marah orang luar bila kita senyum sensorang macam kerang busuk pun kat dalam kereta tapi orang kat luar tak senyum kat kita balik..bukan dia sombong, tapi dia tak nampak senyuman manis kita tuh..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
senyum sorang-sorang, angkat tangan pun sorang-sorang dalam kereta, member tak nampak siapa kat dalam.
untuk kurangkan bahang panas ada tinted film yang lebih berkuality mampu filter, yang bagusnya dengan warranti, sikit tahan calar.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
pelik la..buat ape pakai tinted gelap sgt..bkannya ada apa2 dlm kete tu..
Curahan rasa jiesusanos @ ..Tempat Menarik Di Kelantan | Pekan Bukit Bunga
Boleh bawa kekasih gelap heeee
dah ada rujukan camni senang sikit org nk buat tinted..
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..2 Tips Memilih Kain Cotton
Elok juga disemak semula memandangkan ‘global warming’.
Kes cermin gelap dh huru-hara seluruh malaysia…. Kalau dh tinted 2..kena cheak plak kat kedai..
nak tgk reaksi pak menteri dan orang besar yang kebanyakkannya menggunakan cermin terlajak gelap pada kenderaan mereka.
ada pelepasan bagi orang-orang besar macam menteri dan sebagainya tu bagi tujuan keselamatan. untuk orang awam mesti buat permohonan jika ada lain contohnya, masalah kesihatan tak boleh kena cahaya ke…
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
tu yg bahaya tu kdg2 ada yg guna kereta VIP utk buat “bisnes”
Curahan rasa KelipKelip @ ..Idea Bisnes Online Dari Rumah Kak Rose
saya baru tukar cermin depan kereta saya. belum sempat tinted lg. panasnya memang tak tahan kalau tak letak tinted ni.. hari ni nak pegi cari kedai tinted lah..
dah tahu spesifikasi terbaru JPJ, senanglah dah pilih, ada rujukan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Batas bersosial di sosial media
pilih yg berkualiti ye bang…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Idea Bisnes Online Dari Rumah Kak Rose
Cermin depan saya 90%, cermin sisi 70%..
I guest 🙂 sebab x gelap langsung dan panas je..
Curahan rasa Sue AK @ ..Giveaway Puasa RM50
ini jauh lebih sendah dari spesifikasi. panas tu, ada banyak pilihan jenis tinted film yang baik, bahang panas tak sampai dalam dan ada warranti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 Brazil pasukan pilihan
Comments are closed.