Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku tengok memang ramai kawan-kawan yang menggunakan cermin kereta berwarna gelap. Ada sorang sahabat ini memang gelap betul cermin kereta sehingga orang luar memang tak boleh nampak. Kalau tak silap sudah beberapa kali kena saman dengan Polis tapi nampaknya cermin kereta dia masih gelap. Tak tahulah kalau dia berubah hati nak tukar tinted menjelang ops cermin gelap pada 16/6/2014.
Kereta aku pun guna tinted jadi nak kena periksa semula berapa ketelusan cahaya samada mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan. Aku memilih tinted yang tidak terlalu gelap kerana matlamat aku bukanlah nak melindungi wajah yang memang tak menjadi rebutan sesiapa seperti Abang Ensem atau popular seperti Zarul Umbrella. Tujuan aku pasang tinted hanyalah satu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta ketika cuaca panas.
Aku pun kurang faham kepada sebahagian kereta yang menggunakan cermin terlalu gelap sehingga yang berada dalam kereta pun susah nak tengok luar. Teringat kata-kata seorang mekanik sehingga terpaksa buka cermin tingkap untuk melihat kebelakang dek kerana terlalu gelap cermin kereta. Kalau dah kes macam ini apalah faedahnya kalau boleh membahayakan diri sendiri. Melainkan anda seorang pembuli jalan yang tidak mahu dilihat wajah yang segaja berselindung di sebalik cermin gelap.
Alhamdulillah mengikut cerita di blog kereta no satu Malaysia, JPJ telah mengubah peraturan cermin gelap dimana kita telah dibenarkan menggunakan tinted yang lebih gelap bermula Jun 2014. Mengikut peraturan baru cermin gelap ketelusan cahaya cermin depan adalah 70%, cermin sisi pemandu depan dan penumpang belakang adalah 50% dan cermin belakang adalah 50%. Dengan peraturan baru ini jangan pulak kita bagi alasan sehingga buat demo di Dataran Merdeka jika ditahan dalam operasi cermin gelap yang bermula pada 16/6/2014.
Mengikut kata kawan Polis kalau dulu bila kena saman cermin kereta terlajak gelap boleh bayar saman terus di kaunter bayaran saman di mana-mana Balai Polis. Selepas peraturan baru diperkenalkan sudah tidak semudah itu, nak bayar saman kena tunjukan surat kelulusan daripada JPJ yang menunjukan pesalah sudah menukar tinted yang mengikut peraturan. Kalau betullah cakap kawan aku ini memang semakin rumit nak bayar saman untuk kesalahan cermin terlajak gelap jadi ikut sahaja peraturan supaya tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Kepada pembaca yang nak semak saman trafik penjelang perayaan ini boleh semak saman trafik secara online atau SMS untuk menjimatkan masa.
[box type=”shadow”]Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. Pemohonan menggunakan cermin gelap boleh di buat di website JPJ.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya. [/box]
Aku memang tak faham kalau isu sekecil ini menjadi isu besar kerana ada banyak lagi isu lain yang boleh kita fikirkan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Tapi itulah lumrah manusia suka melanggar undang-undang, hukum ALLAH pun kita langgar inikan pulak undang-undang buatan manusia, ada sahaja alasan yang diberi untuk mengiyakan tindakan mereka.
151 Comments
setuju 100% ..tak yah gelap2..risau nanti buat apa je kat dalam tu ..hmm
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Orang Gaji Makan Kucing Hidup-Hidup
Setuju x yah nk wat isu sangat…saper suruh tinted gelap sangat
Curahan rasa weschairs @ ..Fenomena SHC – tubuh badan terbakar sendiri
Bila cermin dah terlalu gelap..tak mustahil ada yg tertangkap bersama kekasih gelap..masih tak faham kenapa ada yg suka bercermin gelap smp sendiri pun susah nak nampak luar..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
yang tu JPJ kena bekerjasama dengan jabatan agama Islam ni… malam minggu mesti banyak kes…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Tak dinafikan bila tinted terlalu gelap nih..banyak jumpa ‘kereta rosak’ dengan enjin dan aircond terpasang di taman-taman rekriasi dan tepian pantai especially waktu malam..kalau tinted tak terlalu gelap, takder la orang fikir yg bukan2 dan timbul fitnah.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
isu yang tidak patutnya dibesar-besarkan
Curahan rasa faizal @ ..Persediaan Emosi Penyusuan Sejak Mengandung
Isu ni mudah. Orang kita je suka cari pasal sebenarnya..
Curahan rasa titan @ ..Powerbank Tenaga Solar – Boleh percaya ke?
macam biasa, suka meremehkan perkara mudah, kekadang nakkan bergaya punya pasal.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
kalau cermin terlalu gelap memang akan berbahaya bagi pengendara mobil dan juga seluruh isi penumpang.
Akan tetapi ada juga tujuan negatif memakai cermin gelap seperti yang diulas diatas
Curahan rasa Hamizan @ ..Pendaftaran CPNS Guru Dosen 2014
merbahaya juga buat pemandu lain bila dah visual kurang baik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Operasi cermin gelap kereta bukan kekasih gelap
cermin gelap kereta yang over spec merbahaya..ganggu penglihatan pada waktu malam
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Demam Selsema Dan Cara Atasinya
hujan, malam lebih mengganggu penglihatan dan bahayakan sendiri dan pemandu lain juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
owh baru tahu pasal ni, ada nampak berita ni tapi buat x tau jer, hehe
Curahan rasa myrujukan @ ..Cara Kurangkan Pinjaman Rumah Dengan Cepat Untuk Bumiputera
Bagi kawe, cermin kereta tidak boleh terlalu gelap sangat sampai driver yang lain tak nampak pemandu di dalam. Adakalanya di simpang jalan, kita perlukan lebih dari isyarat lampu kereta. Kita perlukan eye-contact atau sebarang reaksi agar tidak berlaku perlanggaran terutama dalam keadaan masing-masing tidak pasti siapa yang patut jalan dulu.
Lebih sulit bila pemandu yg pinjam kereta bercermin gelap, adakala dia lup dia guna kereta orang lain dan tidak sedar pemandu lain tidak nampak isyarat tangan dari dalam kereta yg dia berikan. Ini boleh membawa kepada kemalangan.
Curahan rasa Ismail N @ ..Mee Kolok at Restoran D’Kenyalang, Tuaran
Banyak keburukan dari kebaikan kalau guna tinted terlalu gelap tapi orang kita memang suka melawan undang-undang sebab ada yg nak membela mereka.
Curahan rasa denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
yang nak membela juga berjiwa yang sama dengan pelanggar undang-undang
Curahan rasa faizal @ ..Persediaan Emosi Penyusuan Sejak Mengandung
Tak pernah pasang cermin gelap di kereta. Guna yang standard je, pasal tu tak pernah kena saman.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Dunia 2014: Senarai Pemain Pasukan Brazil
saya pun sama juga
Curahan rasa faizal @ ..Persediaan Emosi Penyusuan Sejak Mengandung
kalau tinted gelap-gelap sangat lepas tu ada kekasih gelap.. itu yang haru tu.. hehhee
Curahan rasa KiD @ ..Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeoâs
memang kalau terlalu gelap amat merbahaya …
kena ada spesifikasi yang tetap oleh JPJ
Curahan rasa zool @ ..Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap
nak bergaya punya pasal, boleh mendatang bahaya kemalanganan sebab pandangan kurang jelas terutamanya malam dan hujan, memang tak bebrbaloi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
kenapa la isu kecil macam ni lenih diperbesarkan. Isu… Banyak lagi isu besar yang patut di perbesarkan
Curahan rasa brohantu @ ..Cara Memancing Teknik Jigging
tak bebankan dan takde kos tambahan pun…malahan ada tujuan dan kebaikkanya juga, itu yang penting.
Curahan rasa Denaihati @ ..Batas bersosial di sosial media
sebab ramai yang menggunakan tinted tu…
ramai yang nak tau tentang kegunaan yang dibenarkan…
Curahan rasa zool @ ..Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap
Aturan manusia pasti ada lemahnya, tapi peraturan dibuat utk kebaikan manusia. takde peraturan dibuat semata2 nak susahkan kita.
so, ikutlah peraturan..takde masalah sbb byk lagi masalah yg lebih besar perlu kita tgk macam yg tuan DH sebut di akhir ayat
Curahan rasa hafizmd @ ..Jawatan Kosong PTD Pegawai Tadbir Diplomatik & 22 Jawatan Kosong di SPRM!
tak susah nak ikut pun, balik pada tujuan asal untuk mengurangkan kepanasan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 Brazil pasukan pilihan
Ramai yang tak puashati bukan sebab peraturan, tapi sebab enforcement yang pilih bulu.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Format Dan Contoh Soalan/ Instrumen PT3
Yang tak puas hati tu sebab mereka langgar peraturan kemudian kena tindakan tapi kalau ikut peraturan masti tak kena tahan punyalah.
agaknya bukan pilih bulu,,,dah mmg ‘bulu yg terplih itu” dibenarkan pakai cermin gelap..agaknyelah =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Jawatan Kosong PTD Pegawai Tadbir Diplomatik & 22 Jawatan Kosong di SPRM!
Comments are closed.