Nuzul Al-Quran

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap 17 Ramadhan umat Islam akan menyambut Nuzul Al-Quran dan sebahagian daripada negeri memberi cuti umum. Mengimbas kenangan silam belajar membanca Al-Quran ni sungguh memang banyak ceritanya. Aku belajar Al-Quran dengan emak setiap hari selepas solat maghrib. Di sekolah ketika itu sangat tidak ditekankan untuk belajar Al-Quran dan aku pulak tak masuk sekolah agama kerana terlalu jauh untuk berulang-alik. Jadi kesimpulannya ilmu hukum hakam Al-Quran ni tak berapa lah mahir sangat.

Kitap Suci Al-Quran

Alhamdulillah dengan izin Allah aku taklah lupa sangat dengan Al-Quran. Aku akan berusaha untuk baca setiap hari apabila berkesempatan. Aku masih teringat pesan ustaz ketika sekolah, katanya sehari tak baca Al-Quran maka setitik titik hitam akan melekat di hati kita. Bukti yang paling jelas aku lihat hampir majoriti teman-teman sekolah dan sekampung yang tak suka belajar A-Quran dahulu kini memang agak jauh dengan Islam (semuga Allah bagi hidayah).

Pernahkah teman-teman baca Al-Quran dan maknanya? Kalau belum usahakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Nak jadi Al-Hafiz dan Pakar Tafsir seperti Ustaz Zahazan mungkin sudah agak terlambat bagi aku (alasan je ni kot) tetapi usaha untuk memahami dan mengamalkan ajaran dalam A-Quran mesti diteruskan terutama untuk anak-anak yang bakal mengharungi dugaan yg sungguh mencabar di masa akan datang.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan Al-Quran seperti firman Allah swt dalam ayat Al-Baqarah ayat 185, “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan A-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan batil“. Justeru itu marilah kita berazam untuk menjadikan amalan membaca A-Quran di bulan Ramadhan yang merupakan bulan madrasah diteruskan dibulan-bulan yang lain supaya ianya menjadi petunjuk terutama kepada anak-anak dan keturunan kita agar tidak terjerat dengan masalah masyarakt seperti buang bayi yang sedang melanda masyarakat kita.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

103 Comments

    1. memang majoriti termasuk bila ada masalah cuba memerah akal yg dangkal ini untuk mencari penyelesaian sedangkan Allah sudah turunkan Al-Quran sebagai petunjuk…

  1. alhamdulillah…. now sy pun da semakin mendekati kitab suci Al-Quran. rasa tenang apabila membaca nya dengan perlahan-lahan dan cuba memperbaiki setiap sebutan. Tempat kiter org lama tak ada ustaz, nak mencari ustaz pun banyak alasan….(tp mmg jauh dr tempat tgl)..skrg dah ada ustaz tpt kiter org.. bila belajar semula, dan bacaan pun dibetulkan seronok rasa… terasa nikmat dan bahagia, ditambah lagi slps membaca nya, trs buka tafsirnya…
    Curahan rasa tpinky @ ..Cuti-Cuti WanitaMy Profile

  2. Alhamdulillah membaca entry ni..

    Insya’Allah saya juga harap dapat membaca Al Quran bila2 masa berkesempatan.. Tiada guna sekiranya mempunyai Al- Quran di rumah tetapi tidak dibuka dan diletak seperti perhiasan..

    Saya suka membaca Al-Quran yang ada maknanya sekali.. Senang nak difahami dan lebih Asyik membaca.. 🙂
    Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Silent TearsMy Profile

    1. Sebaiknya ikut sunah Rasulullah baca Yassin setiap hari selepas solat suboh. Nak tau dan rasa hebatnya cuba dulu 40 hari berturut2.

    1. Syukur Allah beri hidayah dan insyallah Allah juga akan permudahkan kerana segala ILMU dari yg Maha Esa. Terus bersama mereka yg kuat beribadat insyallah kita juga terpelihara dari ujian.

    1. ” Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan tiap hasanat mempunyai pahala berlipat 10 kali. Saya tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dn Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)
      Curahan rasa PUTRI MALU @ ..KERUPUK NGANGGURMy Profile

    2. ”Orang yang mahir dalam membaca Al-Qur’an akan berkumpul para malaikat yang mulia-mulia lagi taat. Sedang siapa orang yang megap-megap dan berat jika membaca Al-Qur’an, mendapat pahala 2 kali lipat.” (HR Bukhori, Muslim)
      Curahan rasa PUTRI MALU @ ..KERUPUK NGANGGURMy Profile

        1. “Siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia mendapatkan satu kebaikan, sedangkan kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR. At-Tirmidzi)
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hidup Seorang Blogger Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!