Mengejar Matawang di Alam Akhirat
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, “Duit-duit dimana kau duit, ada yang panggil dollar, ada yang panggil rupiah dan ada yang panggil ringgit” itulah antara lirik lagu yang yang pernah dipopularkan oleh Sifu M.Nasir. Duit ada matawang di dunia yang digunakan untuk menerus kelansungan hidup dengan membeli makanan, pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya. Duit juga akan membezakan status manusia samada miskin atau kaya, berumah setinggan atau banglow besar atau berkereta Produa Viva atau Mercedes S Class.
Ada juga orang kata “Ada Duit semua jadi“, begitulah pentingnya Duit sehinga tak kurang ramai manusia yang bertuhankan Duit tanpa mereka sedari. Apa taknya lebih 3/4 dari MASAnya setiap hari digunakan untuk mengejar duit. Yang lebih malang semakin dikejar semakin jauh lari duitnya. Sebab tu orang bijak berkata duit jangan dikejar kerana bila dikejar ianya akan lari tapi yang mesti dibuat adalah berusaha untuk menjemput duit masuk ke kocek.

Tidak salah kita mencari duit di dunia tetapi apa yang kita perlu fikirkan bagaimana matawang di dunia ini boleh menjadi matawang yang bernilai di akhirat iaitu PAHALA. Tanpa PAHALA kita akan menjadi manusia yang miskin di akhirat kelak dan tidak mampu membeli kesenangan di akhirat maka kita akan susah di alam kubur dan Padang Mashyar dan seterusnya akan dilemparkan ke dalam Neraka bersama kaum kafir dan iblis….Subhan’Allah.
Antara amalan yang boleh menjadi bekalan PAHALA di akhirat :
1. “Kalian tidak akan masuk Surga hingga kalian beriman dan tidaklah kalian beriman hingga kalian saling menyayangi. Maukah kalian aku beritahu tentang suatu perbuatan yg jika kalian lakukan niscaya kalian saling menyayangi? Sebarkan salam di antara kalian.”
2. “Setiap kebajikan merupakan sedekah dan orang yg menunjukkan kepada kebajikan mendapat pahala seperti orang yg melaksanakan kebaikan tersebut.”
3. “Maukah kalian aku beritahu tentang suatu perbuatan yg terbaik bagimu tersuci bagi Tuhanmu tertinggi dalam derajatmu lbh baik daripada menafkahkan emas dan perak serta lbh mulia daripada peperangan dgn musuhmu?” Mereka menjawab “Tentu kami mau.” Beliau meneruskan “iaitu dzikrullah.”
4. “Barangsiapa mengajak kepada hidayah maka baginya seperti pahala orang yg mengikuti ajakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.”
5. “Bacalah Al Qur’an krn ia akan memberi syafa’at pada hari Kiamat bagi yg membacanya.”
6. “Barangsiapa keluar utk mencari ilmu niscaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke Surga.”
Semuga peringatan ini kita sama-sama jadikan panduan untuk menjadi Manusia yang Kaya Raya di akhirat kelak.
