Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi tulisan ustaz Lutfi Lokman. Abang kenal beliau secara online masa beliau belajar di Makkah. Pernah sekali buat temu janji nak jumpa di Madinah tetapi tak ada rezeki nak jumpa akhirnya jumpa kat Malaysia setelah ustaz tamat belajar,
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ketika mengunjungi Kota Makkah, pasti anda akan terlihat papan tanda seperti yang ada di dalam gambar tersebut kan?
‘MUSLIMS ONLY‘
للمسلمين فقط
Kecuali kau tidur dalam bas atau kau khusyuk baca buku doa. Biasa yang pertama je.
Papan tanda ini diletakkan beberapa kilometer sebelum check point polis sempadan yang mengawal Kota Makkah. Ia terletak di As-Syumaisy (22km dari Masjidilharam) atau sempadan lain yang menuju ke Makkah.
Ia memberi maksud hanya Muslim sahaja yang dibenarkan masuk ke Kota Makkah. Selain daripada Muslim dipersilakan membuat pusingan U-Turn kembali ke Jeddah atau tempat di mana anda datang.
Ada beberapa pendapat yang boleh kita gunakan untuk memberikan justifikasi tentang larangan ini.
Pertamanya, ini berdasarkan firman Allah SWT,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan Kota Makkah)” At-Taubah :28
Maksudnya masjid haram di sini adalah Masjidil haram dan juga Tanah Haram.
Pendapat kedua di dalam tafsir Fathul Qadir karya Imam Syaukani dikatakan:
والمراد بالمسجد الحرام جميع الحرم
Yang dimaksudkan dengan masjid haram adalah semua tanah haram.
Dalam tafsir tersebut juga dikatakan:
وذهب غيره من أهل العلم إلى أن المراد المسجد الحرام نفسه فلا يمنع المشرك من دخول سائر الحرم .
Ada juga yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan Masjidil haram adalah masjid haram itu sendiri. Jadi orang musyrik boleh masuk ke Tanah Haram yang lainnya (selain masjid)
Namun, para ulama dan Kerajaan Arab Saudi memilih pendapat pertama yang dimaksudkan dengan Masjidilharam adalah Tanah Haram keseluruhannya. Mereka juga menjaga dengan ketat kemasukan non-muslim ke dalam Kota Makkah. Ada yang dapat masuk dengan kelulusan tertentu dan dengan sebab tertentu sahaja.
Beruntunglah kita dapat masuk ke Kota Makkah. Jangan siakan peluang ini.
Eh? Belum pernah pergi?
Lutfi Lokman
Bekas pelajar Umm Al Qura University, Makkah dan pernah bermastautin di sana selama 9 tahun.
Klik link nama beliau untuk follow FB beliau. Banyak info Mekah dan Madinah yg ustaz kongsikan.
42 Comments
miinta minta kerajaan Saudi kekalkan sahaja macam sekarang. kalau dibuka nanti boleh timbul perkara yang tidak diingini. kan?
ye.. baik kekal kan sahaja utnuk elak perpecahan dan rusuhan.. kekal kan apa yang baik sekarang ni
apa akn jadi jika selain daripada Muslim tak membuat pusingan U-Turn kembali ke Jeddah atau tempat di mana dia datang?
Bagus juga kalau tak benarkan non muslim. Nanti mereka brkelakuan tak senonoh pula
Ada sebab dan hikmah dia kenapa Allah tak benarkan non muslim masuk. Tu salh satu kan
Beruntung menjadi muslim..masih berpeluang menikmati kesucian tanah suci Mekah. Ini juga nikmat dalam Islam..
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
Dalam perancangan saya dan isteri tunggu anak ke 3 & anak ke 4 besar sikit.. lepas nak pergi satu keluarga ke sana.. Doakan semoga hajat kami kesampaian..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
InsyaAllah, niat dah ada tu bro. Semoga urusan bro sekeluarga ke sana dipermudahkan oleh Allah swt..
semoga impian bro untuk ke tanah suci bersama keluarga menjadi kenytaan. niat yg baik allah mudahkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Semoga dipermudahkan urusan untuk ke sana.
Saya dan suami pun ada plan begitu, tunggu anak ketiga ni dah 2 tahun boleh bawa bersama. InsyaAllah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bila anak masih kecil agak susah nak kesana ke mari. Tunggu besar sikit baru syok holiday
insyaallah. aku sentiasa doakan untuk kawan kawan semua di beri peluang sampai ke sana.
Sebagai orang islam sangat beruntung kita boleh masuk Makkah… tapi sayang belum ada rezeki nak kesana..
satu nimat untuk orang islam untuk berada di tempat yang suci bersama orang islam sahaja.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Saya juga masih elum berpeluang ke sana.. harap satu hari nanti boleh ke sana dgn keluarga
alhamdulillah, sangat beruntung. InsyaAllah ada rezeki kita ke sana. Sama sam doakan tuan
ye.. lagi pun kos untuk tunai umrah dah tak mahal sanagt kan? gaji beberapa bulan tu dh boleh pegi
info yang bermafaat ni, memang sejak zaman dulu lagi non muslim tak boleh masuk.
yup, sejaka bertahun tahun sebelum ini lagi non muslim tidak dibenarkan masuk kota mekah
dari dulu lagi memang ia diharamkan oleh orang non muslim.. yang masuk tu mungkin tak tahu dan tak aware..
ntah kenapa la mereka nak masuk ke tempat ibadat agama lain kan. Kalu dah termaktub takleh masuk, takleh la kan
Kalau tempat Suci memang non Muslim tak boleh masuk. Kalau masjid Rasanya pun tak boleh kalau tengok dari luar boleh la. Tapi tak tau la, saya tengok ada juga non Muslim masuk masjid mungkin nak tau pasal Islam
mungkin juga mereka tak tahu. pihak berkuasa sepatutnya semak dahulu passport dan sebagainya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Ada masjid benarkan non muslim masuk dengan syarat tutup aurat. Tu pasal disediakn jubah dan tudng
beruntung sangat sebab kita ni dah dilahirkan dalam keadaan beragama Islam. tanah haram adalah tempat kita beribadat jadi tak perlu kot nak debatkan kenapa perlu dibuka kepada orang bukan Islam.
Kan? Lahir sahaja ibubapa dah Islam. Semoga kita mati pun dalam keadaan husnul khotimah
Ye. Mungkin mereka nak melawat dn lihat budaya islam. Sayangnya bukan di makkah. Tmpat lain boleh
Tu la. Kenapa la nak didebatkan perkara sebegini. Dah Dia tak bagi, dah le. terima je la kan
bertuah kan jadi islam? ada tempat khas untuk kita sahaj dan tak boleh cmpur dgn yg lain
Info bermanfaat. Sejak nabi dan sahabat masuk ke makkah semula, non muslim dah tak boleh masuk kota mekah. Untuk menjaga kesucian kota mekah.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..5 Kelebihan CoQ-Trol Plus Untuk Anda Yang Lemah Lesu Tidak Bertenaga
elok kekalkan sahaja macam sekarang. kalau dibuka nanti boleh timbul perkara yang tidak diingini
Betul tu. kekalkan sahaja larangan kepada no muslim. Tak yah nak layan sangat
sangat berguna kan info ni. Kadang kadang kita pun terlupa yang kita pernah tahu ttg ini.
Benar, non muslim tak boleh masuk makkah. Tapi bagaimana pula Syiah? Adakah ada permainan politik antara Arab Saudi dan Iran.. Wallahua’lam.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Syiah tetap islam kan. Tapi ikutan atau mazhab yang berbeza atau telah ditokok tambah kan
Comments are closed.