Kumpulan kisah pengalaman ngeri ketika bercuti luar negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri terutama entri yang paling banyak dapat share untuk bulan november iaitu “Non muslim tak boleh masuk MAKKAH”.

Tanpa pembaca pasti blog Denaihati hanya menjadi dokumen catatan sendiri untuk kenangan masa akan datang. Kali ini nak kongsi kisah-kisah pengalaman ngeri semasa bercuti di luar negara yang diceritakan oleh kawan-kawan yang selalu travel.

Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bila dengar kawan-kawan pergi bercuti pasti kita rasa cemburu, bilalah kita nak pergi bercuti seperti mereka. Apa lagi apabila melihat gambar cantik-cantik yang mereka kongsikan di sosial media menambah teruja kita nak mengumpul duit untuk ikut bercuti seperti mereka. Di sebalik setiap kegembiraan pasti ada ujian yang kekadang menjadi kita serik untuk bercuti di luar negara.

Abang yang telah mengembara berpuluh-puluh buah negara juga telah melalui berbagai pengalaman gembira dan mendebarkan. Tiga pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah :

  1. Kena tahan polis Macau lebih sejam.
  2. Kena tipu travel agen ketika bercuti di Beijing.
  3. Kena pick pocket dan hilang pasport di London.
  4. Tersangkut enam jam di Allenby Border nak masuk Palestine

Nak tahu ceritanya boleh klik link semuanya telah dicatat sebagai pengalam kembara di blog ini.

Pengalaman ngeri bercuti di luar negara

Lyna Noh : Tayar lori sebelah tiba-tiba meletup kat lereng bukit di Albania. Nasib baik pemandu cekap.

Mir Izwan Azhari : Tak lepas di imigresen International Airport Hong Kong. Masalah nampak macam biasa pasal pasport tak boleh baca tapi agak lama menunggu untuk perlepasan.

Azuraa Rahman : Kena tahan kat Narita. ceritanya gini. Flight dari busan ke narita. Dlm flight ada sorang je malaysian. Perempuan lak tu habis beg di buka, beg baju kecik besar semua dibuka. Sebab takut smuggle emas atau dadah. Lepas tunjukkan surat pass hotel booking baru lepas. 1 jam jugalah dia tahan.

Saiyid Jalaluddin : Hilang passport dekat Korea. Kalau tak lepas balik, jadi pelarian. Masa tu 1st time dan seorang diri. Tanpa internet dan ketidakcukupan duit.

Suriyani Wan Chek : Turun subway ikut waze cari tempat makan wagyu kat Jepan. Jalan punya jalan punya jalan tak sedo dekat 4 km ada berjalan kaki, macam nak tercabut kaki rasanya dah la perut lapo. Time nak balik tengok ada je subway celah bangunan tepi tu je.

Mohd Azrin Roselan : Tersilap naik train. Nasib baik sempat dapat naik flight balik. Berlari tak ingat kaki dalam Airport.

Syahirah Sabri : Tak ngeri sangat la. Stuck dalam jem dari Pattaya ke Bangkok sebab ada rusuhan lepas tu tertinggal flight dari Bangkok ke Chiang Rai.

Zunaidah AB Razak 

1. Kena tahan kat airport Vietnam sport cek pasal beg yang bawak barang mecurigakan. Bila buka dan scan kali kedua rupanya saya beli barang aksesori wanita untuk hadiah kat sanak saudara.

2. Ini pengalaman paling ngeri sekali bila nak mendarat dari Medan ke Bayan Lepas Pulau Pinang ribut terlalu kuat. Percubaan pertama tak berjaya mendarat dan percubaan ke dua juga tidak berjaya lalu flight berpatah balik ke Medan untuk isi minyak. Perjalanan Bayan Lepas ke Medan cuma 30 minit. Sampai saja d Medan kita buka balik sim info kat hubby kita terkandas dalam ribut. TV Medan sudah info flight Medan ke Bayan Lepas ada kes. Tapi di Malaysia diam sampai pernerbangan ke 2 hantar kami balik Bayan Lepas. Ya Allah dalam tu kita sempat tengok jambatan Pulau Pinang dan kita sedang di hempas pulas di udara. Terasa nak jer terjun dalam laut tu sebab dah sampai negeri. Alhamdulillah selamat juga memdarat.

Amir Rahman : Di tahan imigresen Jepun tanpa sebab, di soal macam-macam selama sejam. Bertukar orang datang soal. Perbualan pula macam itik dengan ayam. Nasib lepas bila tunjuk beberapa gambar rakan lain yang datang awal.

Zahari Unc : Naik flight balik Sabah dalam cuaca buruk dengan kilat dan petir satu hari selepas MAS terhempas di Tanjung Kupang yang mengorbankan Menteri Pertanian ketika itu. 

solat di new zealand

Mohd Hazwan : Masuk penjara imigresen Korea 5 hari. Sebab kena rush masa tengah kerja di kilang. Memang takkan lupa sampai bila-bila. 

Fauzi Mohd Som : Kena picpocket kat Rome. Nasib baik family ada. Kalau tak memang tak ada duit langsung.

Hisyamudin Fadzil : Tak berapa ngeri. Cuma flight Acheh kena tunda dari pagi sampai tengahari sebab ada orang cakap ada bom. Dah laa tak sarapan lagi.

Aizat Hassan : Paling ngeri, duit dah joli sakan lupa yang kena bayar airport tax lepas tu aiport tak accept kad kredit.

Ani Ahmad : Kena tahan kat imigresen USA ( airport Los Angeles) Depa panggil “bilik kopi”. Tunggu berjam-jam lamanya tanpa tahu apa sebab. Sejurus sebelum nama dipanggil, anak umur 5 tahun masa tu nak buang air, teman anak masuk toilet. Elok anak tengah buang air dengar nama dilaung-laung dengan kuat dan nada keras! Serba salah nak tinggal anak ke nak tunggu. Last-last cakap dekat anak, mama pergi kejap. Soal siasat tup tap dengan officer dia, tau-tau anak dah menangis macam apa dalam toilet (toilet dia dipisahkan macam pagar kecil je dengan bilik kopi tu) semua orang dalam tu pandang je kami.  Pastu officer tu tengking-tengking marah sebab tinggal anak camtu. Dah dia panggil nama kita macam orang gila. Akhirnya lepas anak datang, dia lepas je. Serabut agaknya.

Nordin Ab R :Kes pertama saya pernah mengalami turbulence dari jakarta ke Singapore (Garuda Airlines). Memang agak kuat flight bergoncang (lebih kurang 10 min ) sehingga air yang sedang di hidangkan tertumpah ke pakaian saya.

Kes ke 2 ditahan di immigration Tokyo, sewaktu di hantar oleh company untuk buat R&D, cuma pada masa itu tak bawa duit banyak dan duit elaun juga di bayar semasa berada di Jepan, so Pegawai immigration tu ingat datang japan nak Kerja. Lama juga kena tahan selepas beberapa jam baru di release.

Nor Iman Nazuki : kasi cash 4 ribu euro di Paris untuk beli beg LV. Rupa-rupanya gua ni dijadikan orang tengah unttk beli limited item. Nasib baik tak jadi kes besar.

Saliza Santhiman : Lalu ditebing curam dan laluan yang sempit di zojila adventure sonamarg Kashmir, lagi-lagi bila bertembung dengan kenderaan dua hala. Tayar dah kat gigi gaung. Boleh pitam sedar pitam sedar.

Zalinda Zainon : Lepas 9/11 masuk US. Sebab kita muslim and pakai tudung asyik kena random check aje. Tak lah ngeri tapi menjengkelkan.

Anne Raihan : tertinggal beg berisi 15k pound dalam uber last year. Dapat balik lepas 2 jam lebih tunggu driver uber datang balik. Tu pun kelam kabut cari no driver sebab dia tak de kol kita, nasib dia jujur.

Lee Ros : Air pocket plane drop few meters je rasa jantung dok atas kepala.

Kembara turki selamat sampai di istanbul atartuk airport

Melihat kawan-kawan kembara memang seronok tapi ada berbagai cerita disebalik kisah pengembaraan setiap orang tersebut. Semuanya akan menjadi pengalaman yang indah suatu hari nanti. Seperti kisah berikut :

  1. Berbagai kisah boarding di KLIA2 sehingga ada yang tak mahu pergi lagi KILA2
  2. Kisah tertinggal persawat Airasia sebab salah sendiri
  3. Kisah tak lepas imigresen Malaysia

Tips travel luar negara

Print semua dokumen simpan dalam file antaranya Booking hotel, Tiket balik, Surat jemputan event dan Biz kad. Bila pegawai imigresen tanya banyak soalan hulurkan file dokumen, insyallah selesai masalah terutama yang kurang fasih berbahasa English. Bawa duit secukupnya sebab kekadang kastam nak tengok duit.

Jadi kepada yang nak mengembara kena siapkan diri, siapkan dokumen dan mental kena kuat.

64 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!