10 fakta tentang Gua Hira Jabal Nur MAKKAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Non muslim tak boleh masuk MAKKAH”. Kali ini nak kongsi tulisan ustaz Lutfi Lokman. Abang kenal beliau secara online masa beliau belajar di Makkah. Pernah sekali buat temu janji nak jumpa di Madinah tetapi tak ada rezeki nak jumpa akhirnya jumpa kat Malaysia setelah ustaz tamat belajar. Tulisan beliau di Facebook Lutfi Lokman memang selalu viral, tak rugi untuk follow.

Kali ini Abang nak kongsi catatan Ustaz berkenaan Gua Hira di Jabal Nur Makkah. Ramai jemaah umrah dan jemaah haji yang berusaha nak bersolat dalam Gua Hira.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kebanyakan daripada kita ketika mengerjakan umrah, pasti akan menziarahi tempat-tempat bersejarah ketika program lawatan yang telah disediakan oleh pihak travel agensi.

Kalau tak ada, hang kena tanya travel agensi hang pasal apa tak ada.

Antara tempat yang kita akan pergi, adalah Gua Hira’.

Gua Hira’ ini terletak di sebuah bukit (jabal) yang bernama Bukit Nur yang memberi maksud bukit cahaya.

Tahukah anda,

1. Jabal Nur terletak kira-kira 4.8km dari Masjidilharam.

2. Untuk menaiki Jabal Nur, anda perlu mendaki selama lebih kurang sejam dari kaki bukit.

3. Gua Hira’, tidak terletak di puncak bukit. Ia terletak kira-kira 5 meter dari puncak. Anda perlu turun ke bawah melalui jalan yang curam untuk menuju ke Gua Hira’.

4. Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW diturunkan di sini. Mengikut pendapat ulama, surah Al -Alaq ayat 1-5 disampaikan oleh Malaikat Jibrail AS kepada Baginda.

5. Nabi Muhammad SAW sebelum ‘kenabian’ telah pun mengunjungi Gua Hira’ ini untuk beruzlah dan menjauhi pemuda puak musyrikin Makkah yang lain.

6. Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun ketika dilantik menjadi Nabi.

7. Bukit ini terletak di Syaraye’ di mana ia adalah jalan menuju ke Ji’ranah dan juga Taif.

8. Dari puncak bukit, anda akan dapat melihat tepat ke arah Masjidilharam.

9. Terdapat penjual warga Pakistan yang menjual minuman sejuk seperti Pepsi, Coke, Mirinda, dan juga teh panas di atas puncak bukit. Ada juga peti ais di atas sana. Entah macam mana depa pikul peti aku pun tak tergambar di fikiran.

10. Tinggi Bukit ini adalah kira-kira 634 meter.

Banyak lagi gambar-gambar Gua Hira dan Jabal Nur yang gambar ini dirakam oleh Ustaz Lutfi Lokman ketika belajar di sana. Keterangan ada pada setiap gambar. Nak tengok klik Gambar Gua Hira.

Ustaz Lutfi Lokman
Bekas pelajar Umm Al Qura University, Makkah dan pernah bermastautin di sana selama 9 tahun.
EPL TRAVEL AND TOURS

54 Comments

  1. Terdapat penjual warga Pakistan yang menjual minuman sejuk seperti Pepsi, Coke, Mirinda, dan juga teh panas di atas puncak bukit.” Org Pakistan ni memang rajin btol kan

  2. Fakta yang sayn baru tahu- Gua Hira’, tidak terletak di puncak bukit. Ia terletak kira-kira 5 meter dari puncak.

  3. Owh Ustaz Lutfi ni bekas pelajar Umm Al Qura University, Makkah dan pernah bermastautin di sana selama 9 tahun ye

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!