Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada Rakan Blogger yang membaca blog Amanz.my pasti mengetahui betapa lajunya perkembangan teknologi dunia dengan pelancaran berbagai smartphone baru boleh dikatakan setiap hari. Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dengan mengeluarkan produk jenama sendiri yang sama tinggi berdiri dengan produk berjenama dunia yang lain.
Baru-baru ni Denaihati dijemput ke Majlis Pelancaran Smartphone Terbaru Ninetology yang diadakan di Hilton Hotel Kuala Lumpur. Dalam majlis tu, Ninetology telah memperkenalkan 3 model terbaru Smartphone Siri U9 keluaran mereka iaitu Ninetology X1, Ninetology Z1 dan Ninetology Z1+.
Ketiga-tiga Smartphone Ninetology Siri U9 ini yang menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean boleh didapatkan di pasaran sekarang. Harga bagi setiap peranti Android keluaran Ninetology ini ialah RM1,099 untuk Ninetology U9X1, RM1,199 untuk Ninetology U9Z1 dan RM1,299 untuk Ninetology U9Z1+.
Apa yang menarik pada Smartphone Ninetology Siri U9 ni adalah ia didatangkan dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu milik. Ketiga-tiga smartphone Ninetology dengan processor Quad-Core 1.2Ghz ini turut dilengkapi dengan kamera 13 Megapixel untuk Ninetology X1 dan Ninetology Z1+ manakala untuk Ninetology Z1 pula dengan kamera 12 Megapixel.
Peranti dengan saiz paparan antara 4.8 hinga 5.7 inci ini juga menawarkan 1GB RAM yang didatangkan bersama memori terbina 16GB.
Ninetology U9X1
- Skrin bersaiz 4.8 inci Super AMOLED HD, Capacitive 5-point, IPS Touch Screen, 309ppi
- Kamera belakang 13.0 Megapixel
- Kamera hadapan 2.0 Megapixel dengan sokongan rakaman 720p
- Processor Quad Core 1.2 GHz
- Storan 16GB (sokongan MicroSD sehingga 32 GB)
- Memori 1GB RAM
- Dual-SIM, HSDPA+, WiFi, Bluetooth 3.0, GPS
- Bateri kapasiti 2200 mAh
- Pilihan warna Hitam / Merah
- Harga RM1,099
Maklumat lanjut tentang spesifikasi hardware dan fungsi-fungsi Smartphone Ninetology U9X1 boleh lihat di halaman http://www.ninetology.com/u9/products/x1/
Ninetology U9Z1
- Skrin bersaiz 5.7 inci Corning Gorilla Glass 2, IPS, Capacitive Multi Touch Screen
- Kamera belakang 12.0 megapixel
- Kamera hadapan 5.0 megapixel
- Processor Quad Core 1.2 GHz
- Storan 16GB (tiada sokongan MicroSD)
- Memori 1GB RAM
- Dual-SIM, HSDPA+, WiFi, Bluetooth 4.0, GPS
- Bateri kapasiti 2600 mAh
- Pilihan warna Hitam / Putih
- Harga RM1,199
Maklumat lanjut tentang spesifikasi hardware dan fungsi-fungsi Smartphone Ninetology U9Z1 boleh lihat di halaman http://www.ninetology.com/u9/products/z1/
Ninetology U9Z1+
- Skrin bersaiz 5.0 inci Corning Gorilla Glass 2, IPS, Curve Touch Point, Capacitive Multi Touch
- Kamera belakang 13.0 Megapixel
- Kamera hadapan 5.0 Megapixel
- Processor Quad Core 1.2 GHz
- Storan 16GB (sokongan MicroSD sehingga 32 GB)
- Memori 1GB RAM
- Dual-SIM, HSDPA+, WiFi, Bluetooth 4.0, GPS
- Bateri kapasiti 2000 mAh
- Didatangkan bersama dengan powerbank daripada Ninetology
- Warna Putih
- Rekaan berasaskan aluminium
- Harga RM1,299
Maklumat lanjut tentang spesifikasi hardware dan fungsi-fungsi Smartphone Ninetology U9Z1+ boleh lihat di halaman http://www.ninetology.com/u9/products/z1plus/
Smartphone Ninetology merupakan produk keluaran syarikat Malaysia yang bekerjasama dengan China. Kualiti smartphone Ninetology dijaga dan dikawal sepenuhnya untuk kepuasan pengguna. Ninetology satu-satunya syarikat yang menawarkan “1 to 1 Exchange Policy” di mana jika ada masalah pada phone, ia boleh ditukar dengan phone yang baru bergantung pada syarat-syarat warranty yang ada didatangkan bersama dengan produk Ninetology. Service Centre Ninetology juga ada di setiap negeri dalam Malaysia bagi memudahkan pelanggan berurusan sekiranya phone mengalami masalah.
Ninetology Blogger’s Review Program
Berita baik buat semua blogger yang nak miliki peranti terbaru daripada Ninetology secara PERCUMA. Rakan Blogger berpeluang untuk dapatkan peranti terbaru Ninetology ini dengan menyertai Program Blogger’s Review.
Untuk program ni, anda perlu buat review mengenai smartphone Ninetology. Mereka akan bagi anda gunakan Smartphone Ninetology selama 1 minggu, kemudian hasilkan entri perbandingan smartphone Ninetology dengan smartphone jenama lain.
Cara Join Blogger’s Review Program
- Daftar dulu dengan menghantar email ke [email protected] beserta maklumat Nama, Blog URL, Email, Contact Number dan Unit smartphone yang anda ingin review iaitu 1x Ninetology Device + 1x Jenama terbaru phone lain yang ada.
- Tunggu panggilan daripada Ninetology untuk pengesahan dan anda akan diberitahu bagaimana nak collect smartphone yang akan digunakan selama 1 minggu untuk direview (ONLY be within Klang Valley).
- Sebelum diberi smartphone yang akan direview, perjanjian T&C akan dibuat dan perlu ditandatangan bagi memastikan anda akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada smartphone.
- Pada hari untuk pulangkan balik smartphone tu, anda juga perlu submit URL entri untuk melayakkan anda join program atau contest Ninetology ini. Entri review perlu ditulis dengan 200 – 250 patah perkataan dan juga perlu ada sekurang-kurangnya 3 gambar beserta banner Ninetology.
Program Ninetology ini dipanggil “Tech Kaiju Arena” dan akan berlangsung bermula 12 Ogos 2013 sehingga 31 Disember 2013 dengan tema yang berbeza setiap 30 hari.
Hadiah Hebat Yang Ditawarkan
- Grand Prize : A Ninetology’s Latest Device & RM3,000
- 1st Runner-Up : A Ninetology’s Latest Device & RM2,000
- 2nd Runner-UP : A Ninetology’s Latest Device & RM1,000
Ninetology juga menawarkan ganjaran kepada pembaca-pembaca blog! Ninetology akan memperuntukkan RM15,000 – RM20,000 Ninetology E-Vouchers hanya untuk 100 pembaca terawal yang melanggan newsletter melalui banner. Voucher akan membolehkan mereka untuk membeli produk Ninetology pada harga diskaun.
Untuk dapatkan lebih maklumat tentang Ninetology, boleh layari laman web Ninetology di www.ninetology.com atau layari Facebook Ninetology Malaysia.
Aku tengok ramai juga Rakan Blogger yang menggunakan smartphone Ninetology versi lama mungkin boleh kongsikan pengalaman anda dan ini peluang terbaik untuk bertukar ke versi baru percuma … cuma kena usahalah sikit.
77 Comments
harga Ninetolody pun nak cecah ribu…ingatkan still nak buat smartphone yang canggih tapi dengan harga yang murah dan berpatutan untuk rakyat Malaysia
Curahan rasa master slave @ ..Cara Pasang Autolink Untuk Blogger
Boleh juga cuba review ni.. mana tahu ada rezeki.. hehehe
Curahan rasa myvitrd @ ..Hadiah Hari Raya | Cosway Hexagon Water Filtration System 2
Lihat dari spesifikasi Ninetology ini setanding dengan yang berjenama. Tawara jaminan tukaran ‘one to one exchange’ memberikan keyakinan kepada pembeli. Model Ninetology terdahulu pun mendapat sambutan untuk paket Smartphone belia.
Curahan rasa akubiomed @ ..Misi memburu Meteor Perseid
Kesempatan baik kepada rekan blogger yang mempunyai versi lama dan ingin berganti dengan versi terbarunya
Curahan rasa Ferry @ ..Demam Tifoid Tifus
menarik hadiah yg ditawarkan tu..
Curahan rasa wan gerrard @ ..Preview Liverpool Musim 2013/2014
mak aih hebat betul teknologi dia tapi tulah mesti belum mampu beli.hahahaha!!!
Curahan rasa Lizz @ ..Lizarazak Dot Com Kini 5 Tahun
pada saya teknologi yang dimiliki oleh syarikat ini agak ke hadapan dan mampu bersaing dengan syarikat gergasi yang lain. keluarga saya dan isteri saya juga ada yang menggunakan smartphone ini
Curahan rasa faizal @ ..Rahsia Meninggal Dunia Ketika Sujud
Nak join lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Raya 08.08.2013 bersamaan 1 Syawal 1434
Semakin banyak telepon pintar yang bermunculan sekarang ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Macam Dan Bahaya Riya
ala… kat Klang Valley je… tak berpeluang le sy…
Curahan rasa ieta @ ..BLOGGER SEBAGAI KERJAYA?
Saya seorang yang sgt lambat update bab teknologi ni. Balik kampung masa raya anak perempuan yang duduk dgn mak minta tukar hp sebab yang ada dah uzur sangat dia minta belikan Ninetology inilah. Saya pulak blur mengenai jenama ni tak dak input langsung lepas tolak bahagi darab sebagainya saya belikan samsung sahaja bukan apa bila kita tak ada ilmu tentang sesuatu produk tu jadi takut nak membeli.
Mungkin minda ni perlu dibuka sikit yang baru tak semestinya tak bagus kualitinya.
Curahan rasa JunAina @ ..Salam Aidilfitri Kad Raya Pengganti Diri
nama samsung dah melekat dalam hati majoriti pengguna smartphone hingga tak perasan ada banyak jenama lain yg lebih bagus kualitinya seperti Ninetology, HTC, Nokia dan lain-lain.
Curahan rasa denaihati @ ..Adakah Blogger keliru dengan SEO
Menarik hadiah yang ditawarkan..Gadget + cash tu….
apa lagi bro.. kasi testlah.. hehehe
Curahan rasa myvitrd @ ..Hadiah Hari Raya | Cosway Hexagon Water Filtration System 2
dah hantar email.. hopefully dapat join..
jom baca : Ninetology Black Pearl 2.. Apa kata pengguna?
Dah baca reviea Ninetology Balck Pearl 2 bertambah tak menyesal bercerita tentang update model baru produk smartphone ni
Curahan rasa denaihati @ ..Kalau Aku Kaya
Antara 3 model ni berkenan dengan U9X1.. Nak joinlah program review Ninetology tu.. Mana tau bleh menang..
Curahan rasa Anarm @ ..Sekeping Kad Raya daripada Isteri
Mesti join tu utk bagi team DH bekerja kuat bantu menang hadiah tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Persiapan Blogger Menyambut Hari Raya
Gajet baru….gajet baru… ayooo siapa yang mau… hehehe
Program Blogger’s Review ini hanya untuk rakan blogger Malaysia kah?
Comments are closed.